MENGURANGKAN PARAS GULA DALAM DARAH DENGAN VIVIX

Hi selamat siang semuanya.. Info tentang cuaca, Cuaca panas yang melanda negara kita ditahap yang boleh dikatakan membimbangkan, dan disarankan jangan berada terlalu lama di bawa sinaran matahari terik kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan.

Bercakap tentang isu kesihatan, zaman ini penyakit ada bermacam-macam jenis. Dan penyakit baru muncul atau juga lebih dikenali sebagai penyakit moden sudah tidak mengira had umur seseorang itu. Banyak faktor yang menyebabkan, kenapa ianya berlaku sedemikian, salah satunya adalah faktor pemakanan kita.

Pemakanan seharian kita sangatlah penting bagi menjaga tubuh yang Tuhan telah anugerahkan kepada kita. Namun kepelbagaian makanan zaman kini juga semakin moden dengan melakukan proses penyuntikan,penyemburan racun serangga, penggunaa bahan terlarang yang tinggi dan sebagainya.

Diakui makanan-makanan yang lazat @ berkolestrol tinggi, sangatlah mempengaruhi selera makan kita sehingga kita lupa, apakah itu baik  untuk tahap kesihatan kita ataupun tidak. Namun siapalah kita untuk tidak menidakan, sekiranya makanan sudah ada di depan mata kan.. Lazat pula tu..kalau saya pun terus makan..Heheee

Berikut adalah antara contoh makanan yang sesuai bagi menurunkan paras gula dalam darah :

  • SUSU – Kombinasi vitamin D dan kalsium sangat bagus untuk kurangkan paras gula dalam darah
  • SALMON -Salmon kaya dengan asid lemak omega 3, jenis lemak sihat ini berfungsi bagi mengurangkan risiko penyakit jantung, menurunkan berat badan, mengurangkan peradangan serta memperbaiki perkembangan insulin. Ikan salmon ini juga mempunyai vitamin D.
  • CEREAL ATAU OATMEAL – Merupakan sarapan sihat, sedap dan sangat digalakkan. Selain mengandungi serat yang tinggi, ia juga merupakan sumber tenaga.
  • BROKOLI – Kajian mendapati brokoli memiliki zat penting yang mampu memperbaiki dan mengembalikan fungsi pembuluh darah yang rosak.

VIVIX – Didalam satu penemuan utama, kajian klinikal terkini menunjukkan ramuan aktif vivix berupaya mengaktifkan pengawalan utama genetik yang menolong melambatkan penuaan pada tahap sellular. Seperti yang kita lihat, ramuan vivix ini mampu dan terbukti dapat mengurangkan paras gula dalam darah.

Untuk lebih lanjut mengenai vivix dan produk shaklee,hubungi saya di talian 010-9555229. Sekian entri saya untuk kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca entri saya 🙂

 

KULIT CANTIK, AWET MUDA DAN FLAWLESS DENGAN VIVIX

Hi selamat pagi dan selamat bercuti-cuti kepada mereka yang bergelar cikgu dan murid. Tapi walaupun cuti ke sekolah, kesibukan itu sentiasa adakan…kerja memang macam itu.. Tidak akan pernah habis. Kulit cantik, awet muda, flawless..FUHHH siapa yang tidak mahukan, saya percaya semua kita pun mahu.

Anak dan ibu, macam adik beradik kan..Sebenarnya VIVIX ni terlalu banyak kelebihannya. Kalau untuk diceritakan satu persatu kelebihan vivix ni, alamatnya entri saya ini tidak akan  ada penghujungnya hehee… 🙂

Untuk pengetahuan semua, Vivix ini adalah suplemen Shaklee yang mempunyai fitonutrien proprietari dan resveratol yang mana gabungan kedua-dua komponen ini membantu melambatkan mekanisma utama penuaan selular. Disebabkan itulah kita akan kelihatan muda dan awet muda berbanding dengan usia sebenar kita.

Antara kelebihan VIVIX ini adalah;

  1. Produk yang mempunyai Resveratol dan Polifenol, antioksida terbaik yang mampu untuk memperbaiki DNA dan sel dalam badan. Ini tiada dalam suplemen lain. Apabila DNA dan sel badan kita sihat, pastinya kulit luaran dan sistem pertahanan badan kita juga sihat dan kelihatan cantik.
  2. Vivix ini, seperti yang anda tahu, Shaklee satu-satunya produk yang terlibat dengan Landmark Study iaitu kajian yang dilakukan oleh badan bebas yang mana telah membuktikan bahawa, pengambilan vivix secara konsisten akan melambatkan pemendekan Telomeres, penutup kromosom. Apabila penutup atau pelindung Kromosom ini lambat utnuk pendek, Maka kita kan kurang terdedah kepada risiko penyakit merbahaya terutamanya apabila usia kita semakin meningkat.
  3. Pengambilan Vivix secara konsisten juga membantu DNA dan sel badan 25 tahun lebih muda. Oleh sebab itulah, kulit kita akan krlihatan lebih sihat, flawless dan awet muda.

Baiklah ,masih terlalu banyak lagi, tetapi cukup setakat ini. Untuk info details mengenai Vivix, senang saja, hubungi saya di talian 010-9555229. Berbanyak-banyak terima kasih kerana sudi membaca dan melawat entri saya, sehingga kita bertemu lagi di entri saya yang seterusnya.. Sekian 🙂

 

KENAPA SAYA SUKA TULIS BLOG

KENAPA SAYA SUKA TULIS BLOG….Meh sini,saya kongsi cerita..Mulanya saya tidak kenal si blog ni. Ceritanya bermula, dimana saya juga seorang yang suka dengan google-google benda yang ingin saya cari. Setelah sekian lama menggunakan google, satu waktu terdetik di hati ini untuk mengetahui bagaimana mereka memiliki blog sendiri dan juga bagaimana caranya.

Setelah berkenalan dan mengetahui intipati si blog melalui my upline,  juga seorang yang saya cukup kagumi iaitu Aryn Fadz Lee, barulah saya  sedar yang saya memang suka tulis blog hehee…Blog ni..kita boleh buat apa sahaja yang kita mahu kerana pada dasarnya, blog adalah media publik untuk menyalurkan apapun jenis idea, pandangan,cadangan dan catatan kita.

Secara peribadi, antara sebab kenapa saya suka menulis blog adalah;

  • Saya teringin sangat berjumpa dengan kawan-kawan lama saya yang mana, masa dulu kami sangat rapat dan akrab (Rinie & Aishah). Saya berpindah ke sekolah lain menyebabkan hubungan kami putus begitu sahaja, sebab dulu belum ada alat komunikasi yang canggih seperti sekarang. Dengan harapan Rinie dan Aishah dapat membaca blog saya ni dan kami dapat menyambung kembali persahabatan kami.
  • Saya juga ingin menambah kenalan yang jauh mahupun dekat agar kita boleh berkongsi dan mempelbagaikan story masing-masing, sentiasa memberi pandangan, nasihat, idea, berkongsi ilmu,saling membangun ke arah yang lebih positif.
  • Saya juga jadikan blog ini sebagai kamus saya atau tempat untuk merujuk dan refresh kembali, setiap apa yang telah saya kongsikan bersama anda.
  •  Walaupun masih baru dalam berblogging, saya akan usahakan dan pastikan blog saya ini sentiasa up to date, dengan harapan teman-teman mendapat info yang boleh diguna pakai dan mendapat manfaat.
  • Salah satu tempat saya untuk berurusniaga.

Inilah antara sebab kenapa saya suka berblogging dan bila saya fikirkan, bila saya ada blog sendiri, secara automatik membantu diri saya untuk lebih upgrade, salah satunya daripada seorang yang tidak suka membaca kepada suka membaca, daripada tidak suka menulis kini sangat suka menulis 🙂

Ok, sampai di sini sahaja dulu perkongsian saya mengenai KENAPA SAYA SUKA TULIS BLOG. Sekian 🙂

AKTIVITI ANAK-ANAK TERCINTA BERSAMA SAYA

Hi selamat berhujung minggu semua..Relaxkan diri sementara cuti-cuti ni kan.. Nikmati hari-hari yang indah bersama keluarga. Nak tanya ni..di hujung minggu, apa aktiviti yang selalu anda lakukan selain bersama keluarga..mari kita sama-sama berkongsi 🙂

Hahahaa… ni anak saya yang sulung, dia memang suka muzik. Asal ada muzik dan lagu dia akan menari dan ikut-ikut menyanyi. Agaknya pembawaan time saya mengandung dulu.

Yang ni selepas penat bersama gitar kesayangan dia, saya bawa dia bermain, dalam bermain saya juga selitkan aktiviti dalam bentuk pembelajaran agar mudah bagi dia untuk mengingati.

Haaa..yang ni, antara aktiviti luaran kami sekeluarga, membawa anak-anak ke taman permainan tetapi bukanlah selalu. Sekiranya Mr.husband cuti dan ada kesempatan masa, barulah akan ke tempat ini. Walaupun saya tidak turut serta bermain dengan anak saya, tetapi saya dapat melihat betapa happynya mereka.

                                                    wiefie bersama anak ke-2 saya 🙂 

Sekian dulu coretan kasih saya untuk kali ini. Terima kasih kerana sudi melawat dan membaca entri saya 🙂

RESEPI BAYI 6 BULAN KE ATAS BERSAMA LABU KUNING

Hi selamat pagi semua,Hari ini jumaat, besok cuti..yeahhh, bestkan ayat cuti tu hehe.. 🙂 Baiklah  Hari ni,saya mahu berkongsi dengan anda semua iaitu resepi buatan sendiri untuk bayi 6 bulan ke atas bersama labu kuning.

BAHAN-BAHANNYA IALAH;

  • Labu kuning – Hiris mengikut citarasa
  • Beras – sukatan mengikut keperluan
  • Garam – Campurkan dengan sukatan yang sedikit sahaja

CARA-CARANYA TERDAPAT DUA LANGKAH IAITU;

  1. Masukkan air mengikut sukatan masing-masing, masukan beras, labu kuning dan masak. Apabila mendidih, letakkan garam sedikit.
  2. Masukkan air mengikut sukatan masing-masing bersama beras. Apabila mendidih, masukkan labu kuning dan garam sedikit.

Yum..Yum..Inilah hasilnya, sangat simplekan tetapi kandungan vitaminnya tinggi…

ANTARA KHASIAT DAN VITAMIN LABU KUNING ADALAH;

  • Vitamin A dan beta karoten – Betakaroten adalah pigment kuning yang jika dicerna didalam tubuh kita, akan berubah menjadi vitamin A. Fungsi vitamin A dan bet karoten antara lain berguna sebagai kesihatan mata, kulit dan Kekebalan tubuh. Selain itu, zat gizi ini mempunyai manfaat sebagai antioksidan sehingga dapat mengurangi risiko terjadinya kanser dan penyakit jantung.
  • Vitamin C – Salah satu jenis vitamin yang larut dalam air ini, sangat diperlukan untuk metabolisme tubuh. Vitamin C juga berperanan pada fungsi kekebalan tubuh dan juga sebagai antioksidan.
  • Zat besi – Zat besi ini diperlukan dalam pembentukan darah. Khususnya hemoglobi(HB). Makanan yang mengandungi zat besi perlu, kerana zat besi dari saat ibu bayi dilahirkan akan beransur-ansur habis.
  • Kalium – Fungsi utama kalium adalah menunjang kepada kelancaran metabolisme tubuh.  Hal ini penting dalam menjaga keseimbangan air  dan elektrolit(asam-basa) di dalam sel tubuh.
  • kelebihan lain dalam labu kuning adalah kandungan seratnya yang tinggi, bermanfaat mengurangi risiko sembelit, di samping itu, kandungan lemak labu kuning juga rendah.

Sekian dulu perkongsian resepi saya untuk kali ini.. Dan terima kasih kerana sudi melawat blog saya. selamat mencuba 🙂

 

 

 

 

 

SET PENYUSUAN SHAKLEE

Hi semua dan selamat berhari khamis …. Begitu cepat masa berlalukan..sekarang sudah masuk pertengahan bulan Mac dan akan melangkah ke bulan April..emmmm rasa-rasanya azam tahun ini sudah ada yang tercapai atau masih dalam proses mcm saya ni hehehe…

Baiklah hari ini masuk hari ke-4 saya mengikuti contest blogging dan mari kita sama-sama belajar dan mengetahui tentang set penyusuan shaklee ini. Ianya sangat bermanfaat, baca sampai habis ya 🙂

Seperti yang anda nampak dalam gambar di atas, set penyusuan terdiri daripada 6 jenis vitamin iaitu ESP, Vita-Lea, Vita-C, B-Complex, Ostematrix dan Alfalfa. Nampak banyak kan, tetapi tahukah anda setiap anggota badan kita memerlukan vitamin yang berbeza dan vitamin ini sangat memainkan  peranan yang penting dalam memperlengkapi kebutuhan tubuh kita.

Melalui vitamin ini, selain bayi yang mendapat nutrisi lengkap, si ibu juga mendapat bahagiannya tau..salah satunya, walaupun dalam proses berpantang, si ibu tetap mempunyai kulit yang glowing dan anggun gitu 🙂

PERANAN DAN FUNGSI VITAMIN ADALAH;

  • ESP (Energizing Soy Protein) – Pembekal tenaga agat tidak cepat penat, milk booster, bantu baiki sel-sel kulit, rendah kalori, sumber kalsium dan iron terbaik,
  • Vita-Lea – Penambahan tenaga segera, pelengkap nutrisi, elemen penting pada sel tubuh, melindungi organ (buah pinggang, jantung dan hati)
  • Vita – C – membentuk kolagen, memperbaiki simptom pendarahan, peningkatan sistem imun, memerangi kanser, mencantikkan kulit, memperbaiki insomnia, mengekalkan kolesterol sihat
  • B-Complex – menukar makanan kepada tenaga, melawan tekanan, membantu tumbesaran, membaiki maslah rambut beruban dan gugur, baik untuk mata, mencegah anemia, meredakan senggugut, mencegah kerekahan mulut, detoksifikasi
  • Ostematrix – menguatkan tulang, memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas, meringankan stres, memperbaiki masalah haid, memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik
  • Alfalfa – mencuci hati, darah dan usus, melawan alahan, baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut, menyingkirkan lemak dan kolestrol, melawan tumor, melegakan keletihan, mencegah/merawat atritis

Dengan setiap pengambilan vitamin  yang konsisten, tubuh kita pasti merasai perubahan sebelum dan selepas pengambilan vitamin ini. Anda mahu, saya mahu, semua mahu kan..pastinya inginkan yang terbaik untuk si kecil.

Yang sudah mengamalkannya teruskan perjuangan dan yang masih tercari-cari produk yang sesuai untuk diri dan anak, berilah peluang kepada diri ya..percaya atau tidak, anda tidak akan rugi malah akan rugi sekiranya tidak mencuba hehe..

baiklah setakat ini untuk kali ini, terima kasih kerana sudi membaca sampai habis, sehingga kita berjumpa lagi di episod besok dengan tajuk yang berlainan dan lagi menarik. sekian 🙂

TIPS DAN CARA UNTUK MERIAHKAN SUSU IBU

Selamat pagi semua.. Ini adalah hari ke-3 saya untuk menyahut cabaran berblogging. Saya harap anda semua support saya ya.. 🙂 Baiklah hari ini saya ingin kongsikan kepada anda mengenai tips ataupun cara untuk meriahkan susu ibu khasnya pada yang bergelar wanita. Dan kepada encik suami juga, penting untuk take info ya.

Kita sedia maklum bahawa susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi dan tidak ada tolok bandingnya. Pada awal kelahiran, supply susu adalah sangat kurang malah segelintirnya langsung tiada. Akan tetapi tahukah anda, bahawa susu permulaan yang dipanggil kolostrum itu adalah susu yang paling penting kerana, ia mempunyai antibodi yang pertama dan boleh membuat betapa kebalnya antibodi bayi itu.

ANTARA TIPS DAN CARA UNTUK MERIAHKAN SUSU IBU;

  • Offer susu ibu – Teruskan penyusuan walaupun cuma sedikit secara berterusan tanpa putus asa kerana bayi juga seperti orang dewasa, melalui proses untuk belajar sesuatu yang baru. Ini membantu ransangan agar otak dapat memberi signal kepada badan untuk penghasilan susu.
  • Jaga pemakanan – Harus menitik beratkan jadual pemakanan. Apapun keadaan jangan lengahkan waktu makan. Sekiranya lapar selepas menyusukan bayi, makanlah sesuatu bagi mengelak rasa lapar. Menyusukan bayi akan membuat anda merasa cepat lapar kerana kalori anda banyak terbakar.
  • Minum banyak air – Pastikan ada minum air yang cukup setiap hari bagi mengelak daripada dehidrasi.
  • Berfikiran positif – Penting untuk yakin bahawa susu ibu anda ada dan banyak. Jangan ragu dengan itu. Anda perlukan pemikiran yang positif untuk bantu badan anda mampu mengeluarkan susu ibu.
  • Elak stres – Memang stres apabila kita rasakan susu ibu tidak cukup untuk bayi. Tapi stres inilah salah satu penyebab utama susu ibu tidak dapat dihasilkan. Otak perlukan hormon ‘ gembira’ daripada anda untuk meyakinkan badan anda boleh menghasilkan susu ibu.
  • Gali ilmu – Terdapat banyak ilmu penyusuan masa kini sama ada secara online atau offline. Cari ilmu berkaitan penyusuan sebelum kelahiran. Ia sangat-sangat membantu.
  • Sokongan suami – Bawa suami bersama-sama dalam menjayakan penyusuan susu ibu ini. Sokongan dan understanding suami sangat penting. Jika suami tidak faham, berikan info yang betul pada suami anda. Sokongan suami sangat-sangat membantu.
  • Talk to somebody – Jika rasa stres tidak berkurangan, talk to somebdoy yang tahu atau berpengalaman tentang susu ibu. Anda perlukan sokongan tentang hal ini. Saya pasti ramai yang boleh membantu. Anda juga boleh hubungi Kumpulan Sokongan Susu Ibu atau Unit Laktasi di hospital berdekat anda.
  • Ambil suplemen jika perlu – Suplemen yang sesuai mampu membantu anda lebih bertenaga, tidak cepat letih dan kurang stres. Ada suplemen yang boleh dijadikan sebagai Milk Booster. Apabila anda bertenaga dan happy, susu ibu pasti akan jadi lebih banyak.

Inilah antara tips dan cara untuk meriahkan susu ibu. Kepada ibu-ibu yang sedang berpantang ataupun masih menyusukan anak, selamat maju jaya dan berilah yang terbaik untuk anak anda. Sekian perkongsian saya untuk kali ini dan terima kasih kerana sudi membaca dan melawat blog saya 🙂

VITAMIN ATAU PRODUK KEGEMARAN SAYA

Selamat pagi dan selamat kembali di blog saya. Untuk info, saya sebenarnya sedang mencabar diri ini untuk mengikuti CONTEST 30 HARI BLOGGING  dan hari ini adalah hari ke-2. Dengan tajuk yang diberikan adalah vitamin atau produk kegemaran saya.

Antara produk shaklee yang telah saya amalkan, ESP (Energizing Soy Protein) adalah menjadi kegemaran saya. Ada apa dengan ESP? Haaa..mari kita sama-sama baca sampai habis 🙂

Energizing soy protein dari Shaklee merupakan satu-satunya produk didalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur dan kandungan indeks Glisemik (G.I.) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai bagi penghidap kencing manis.

Satu hidangan shaklee ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia. Dan tahukah anda, 10 juta sel kulit mati setiap hari, untuk tumbuh semula, ia perlukan protein.

MANFAAT UTAMA;

  • Awet muda – Asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.
  • Baik untuk hormon – Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
  • Baik untuk prostat – Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser.
  • kulit remaja – meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, mempercepat penyembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
  • Pembekal tenaga – Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun.
  • membaiki pigmentasi – Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki pigmentasi, kedutan dan kesan tua.
  • Membaiki memori – meningkatkan kualiti memori.

KEPENTINGAN PROTIN                                                                                      Protin adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama dalam hormon manusia. Maka setiap organ kita memerlukan protin.

Kekurangan protin menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kematian.

APA ITU ASID AMINO?                                                                                       Protin terdiri daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkanjenis protin yang berbeza mengikut kepada keperluan protin dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia.

Terdapat asid amono tertentu yang dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ini dikenali sebagai asid-amino tak perlu. Manakala asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh manusia dan harus diperolehi dari sumber pemakanan dikenali sebagai asid-amino perlu.

Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali sebagai identity preserved program(IPP). Ia memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik daripada benih sehingga kepada pengeluarannya.

Sangat jelaskan, betapa kita sangat perlukan protin. Kerna itu ESP adalah salah satu produk Shaklee kegemaran saya, terlalu banyak fungsi dan kebaikkannya pada tubuh badan kita.

Untuk lebih lanjut lagi mengenai ESP atau produk Shaklee yang lain, sangat mudah just hubungi saya di talian 010-9555229 ya..terima kasih kerana sudi membaca dan melawat blog saya. sehingga kita bertemu lagi, di entry yang akan datang. Sekian 🙂

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BAGAIMANA SAYA MENGENALI SHAKLEE DAN KENAPA SAYA MEMILIH SHAKLEE

Selamat pagi semua dan selamat menjalankan aktiviti harian, tidak kiralah yang bekerja disektor awam, swasta atau yang bekerja sendiri. Cuaca sekarang sangatlah tidak menentu kan..syukur pagi ini keadaan cuaca tidak hujan.

Baiklah pagi ini saya ingin berkongsi dengan anda semua iaitu, bagaimana saya mengenali Shaklee. Ceritanya bermula bilamana kulit muka saya mengalami masalah whiteheads, bintik hitam dan jeragat yang boleh dikatakan agak degil juga dan saya akui puncanya iaitu, saya suka bertukar produk dan yang lagi dahsyat produk2 yang saya gunakan mempunyai kandungan bahan kimia yang tinggi.

Melihat akan kulit muka yang semakin hari semakin merunsingkan, lalu terdetik di hati saya untuk mencari skincare yang benar-benar  selamat, berkesan tetapi dalam masa yang sama ianya semulajadi. Dengan adanya google, memudahkan saya untuk mencari skincare yang terbaik untuk kulit muka saya.

Akhirnya ranking produk yang menambat dan menarik perhatian saya ialah Nutriwhite skincare Shaklee. Saya terus hubungi Aryan Fadz lee (ejen shaklee) dan saya mulakan dengan gentle deep foaming cleanser. Ternyata cleanser nutriwhite sangat-sangat memuaskan hati saya. Masalah kulit muka saya kini beransur pulih.

KENAPA SAYA MEMILIH SHAKLEE                                                                 Inilah sebab kenapa saya memlilih Shaklee kerana kehebatan produknya, yang mana shaklee satu-satunya produk yang menjalankan kajian landmark iaitu kajian pertama yang direka untuk menilai kebaikan dan risiko pengambilan pelbagai jenis supplemen dalam jangka masa yang panjang.

Bermula dengan nutriwhite skincare iaitu cleanser, maka dengan itu saya sign up menjadi salah satu daripada ahli shaklee dan menjadi downline kepada Aryn Fadz Lee. Secara peribadi, saya sangat bersyukur bertemu dengan Aryn Fadz Lee kerana banyak membantu saya untuk lebih terbuka dan berkongsi dalam hal keluarga dan pandangan orang di luar sana terhadap kita dan juga sentiasa harus berfikiran positif.

Setakat ini perkongsian saya mengenai pengenalan saya bersama shaklee dan kenapa saya memilih shaklee 🙂 Sekiranya ada di antara anda yang mempunyai pengalaman sama seperti saya, dialu-alukan untuk berkongsi di sini dan tidak lupa juga, terima kasih kepada anda semua kerana sudi melawat dan membaca blog saya. Sehingga kita berjumpa lagi di enty yang lebih menarik. Sekian 🙂

HP : 010-9555229

 

 

 

PENGENALAN DIRI

Hi semua selamat berhari minggu.. Sudah semestinya hujung minggu ni adalah masa untuk  bersantai dan beristrirehat bersama keluarga tercintakan.. Dan di sini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk memperkenalkan diri saya dan ingin berkenalan dengan anda juga.

Nama sebenar saya ialah marlina saidi tapi boleh panggil saya nyna. Anak ketiga daripada 7 orang adik beradik. Saya berasal dari ranau dan kini menetap di penampang kota kinabalu bersama suami dan anak-anak tercinta. Kini saya sebagai suri rumah tangga sepenuh masa kepada dua orang anak saya.

Saya akui bukan senang untuk full time babysitter ni..hehee, banyak cabaran sepanjang proses pembesaran mereka, terutamanya apabila mereka sakit, keadaan menjadi tidak tentu arah termasuklah tidak ada selera makan. Namun inilah lumrah apabila sudah berumah tangga dan berkeluarga. Yang pasti proses pembesaran anak-anak tidak akan berulang dan menjadikan ini pengalaman yang terindah buat saya.

Dalam kesibukan menguruskan anak-anak, saya juga membuat bisnes online dari rumah untuk mengisi masa-masa terluang saya bersama anak. Blog inilah tempat saya berbisnes dan jana income. Selain itu juga blog adalah tempat saya untuk menambah kenalan yang dekat mahupun jauh. Dengan harapan kita dapat saling berkongsi pendapat juga adanya persahabatan yang baik.

setakat ini coretan ikhlas saya. Untuk info, blog terdahulu saya adalah http://nyna83.blogspot.my dan ini  adalah blog terbaru saya www.nyna83.com  Sudi-sudilah melawat blog saya ya hehee… dan terima kasih kerana sudi membaca pengenalan diri saya.

HP : 010-9555229