SAKIT SINUS SEMBUH SERTA MIGRAIN DAN GASTRIK SEMAKIN BERKURANGAN SEJAK AMALKAN VIVIX

Hi semua, selamat pagi. Bersyukur kita dengan cuaca yang baik pada pagi ini.. Tentunya senang untuk melakukan kerja-kerja seharian kan.. Pagi ini mari saya bawakan anda dengan satu lagi testimoni yang mana sakit sinus sembuh serta migrain dan gastrik semakin berkurangan sejak amalkan vivix.

Assalamualaikum W.B.T.. Saya Ayu Adyani Ab Rahman, berumur 33 tahun dan berasal dari Kota Bharu. Saya bekerja sebagai guru dan memiliki 3 orang anak. Saya ingin berkongsi pengalaman saya menghidap penyakit sinus, migrin dan gastrik di tahap kritikal.

Antara simptom yang saya hadapi adalah bersin yang berpanjangan, bengkak muka dan migrin yang teruk sehingga muntah-muntah. Saya juga kerap mengambil cuti sakit akibat daripada penyakit-penyakit ini. Saya telah menghidap penyakit ini sejak dari bangku sekolah lagi.

Untuk mengatasi masalah ini, Saya kerap kali berjumpa dengan doktor, mengambil pain killer, PCM dan yang sewaktu dengannya. Saya juga pernah jumpa pakar neuro akibat masalah migrain yang teruk. Doktor memberi saya ubat-ubatan, pain killer dan ubat sinus pula perlu kerap diambil ketika sinus menyerang.

Saya mula mengenali Shaklee selepas kelahiran anak ketiga ketika hadir ke sebuah kelas nutrisi anjuran shaklee. Pakar nutrisi dalam kelas telah menjelaskan serba sedikit tentang kepentingan mengambil supplemen tambahan shaklee. Pulang dari kelas nutrisi, saya mula membuat kajian tentang vivix, polifenol, resveratrol dan juga antioxidant.

Saya mula mengamalkan vivix sejak kelas nutrisi tersebut dan mengambil sekurang-kurangnya dua sudu sehari dan kadang-kadang lebih kerana rasanya sangat enak. Antara produk  shaklee yang turut saya ambil ialah ESP, Vitalea, Garlic complex, B-complex, Omega Guard, Vita-C, Alfalfa, Ostematrix, Lecithin, Herblax, GLS complex dan juga Vita E.

Di awal pengambilan supplemen-supplemen ini, saya mengalami ‘healing crysis’ yang agak teruk seperti muka menjadi sembap, pening dan deman yang teruk selama seminggu. Setelah beberapa minggu, saya mula perasan jerawat batu mulai kecut, muka semakin ok, parut-parut semakin pudar dan tidak lagi didatangi selesema.

Kini setelah 2 tahun, Alhamdulillah saya tidak lagi didatangi sinus dan tiada lagi rekod MC akibat sinus. Migrin dan gastrik saya juga semakin berkurang dan bebas daripada pain killer dan PCM. Yeayy!! Dah dua tahun tak sentuh PCM. Saya masih lagi konsisten mengamalkan supplemen-supplemen ini dan sudah tidak terkira berapa bilangan vivix yang telah saya ambil.

Pesanan saya kepada anda ialah jaga kesihatan sebaik mungkin dan berikhtiarlah dengan cara yang paling selamat. Amalkan makanan supplemen sebelum datang penyakit yang tidak diundang. Saya sangat berpuas hati dan berazam untuk membantu mereka yang ada masalah sama dengan saya untuk mencuba ikhtiar dengan vivix dan supplemen yang lain juga. Kesihatan adalah nikmat yang perlu disyukuri dan dijaga! Bila sihat apa yang kita lakukan akan menjadi lebih bererti dan cemerlang!

Terima kasih Allah kerana telah menemukan saya dengan produk hebat ini. Tq juga kepada pakar nutrisi yang memberi penerangan dan terima kasih juga kepada encik suami yang banyak memberi sokongan. Terima kasih buat ahli keluarga lain dan kawan-kawan. Lurve uolls..

Inilah kata-kata seorang yang sembuh dari penyakit yang dialaminya. Kepada kawan-kawan  dan anda, sekiranya ingin mengetahui info lanjut mengenai vivix dan produk shaklee yang lain. Hubungi saya terus di talian 010-9555229. Berilah peluang diri anda untuk membuktikan yang produk shaklee sebenarnya membantu anda untuk sihat. Sekian, sehingga kita bertemu lagi di entri saya yang seterusnya 🙂

 

CARA-CARA DAN KELEBIHAN MENJADI AHLI DENGAN SAYA

Hi semua selamat hari pekerja. Ambillah peluang ini untuk melakukan aktiviti anda sebaik mungkin ya, yang mana mungkin boleh memberikan manfaat kepada diri anda atau juga kepada orang lain.. Baiklah dalam kita santai-santai ni, saya ingin kongsikan kepada anda cara-cara dan kelebihan menjadi ahli shaklee bersama saya.

Terdapat 2 cara mudah untuk menjadi dan mendaftar sebagai ahli shaklee

  1. Membayar RM69 sebagai yuran pendaftaran dan mendapat beg memberkit yang terdapat didalamnya product guide, info tentang shaklee dan banyak lagi
  2. Membeli produk shaklee sekitar RM660 ke atas yang bersamaan dengan 200uv dan akan mendapat keahlian PERCUMA serta bonus sekitar RM28++ pada bulan hadapannya. Maksudnya anda tidak perlu membayar yuran pendaftaran

APAKAH KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE

  1. Menikmati harga ahli yang lebih rendah sekitar 15-20% berbanding harga retail
  2. Tidak pelu maintain point setiap bulan
  3. Tidak perlu bisnes shaklee sekiranya tidak berminat

seperti saya, adalah seorang surirumah sepenuh masa demi menjaga anak-anak yang kian membesar. Saya inginkan ada pendapatan sendiri tanpa bergantung penuh dengan suami. Dengan kata lain, ingin meringankan beban suami untuk menampung kehidupan harian kami.

Sekiranya anda adalah ibu bapa yang berkerjaya dan perlukan pendapatan sampingan agar dapat menanggung kos sara hidup yang kian meningkat juga boleh dan berpeluang untuk menjana income melalui shaklee. Jika anda ingin dan sangat berminat untuk menjana pendapatan bersama, dipersilakan mendaftar melalui saya dan antara intensif yang shaklee tawarkan adalah;

1)CASH BONUS SETIAP BULAN

  • Bonus peribadi sehingga 21% berdasarkan prestasi anda
  • Leadership bonus sehingga 6 level
  • Intensif coordiantor sehingga 1.5%

2)CAR BONUS BULANAN

  • Bonus kereta secara tunai akan dibayar terus ke dalam akaun anda sekiranya berjaya menepati syarat-syarat yang ditetapkan
  • bonus kereta tersebut tidak semestinya digunakan untuk membeli atau perbelanjaan kereta

3)FREE INTERNATIONAL AND NATIONAL CONVENTION

  • menikmati konvensyen dan trip ke luar dan dalam negara secara PERCUMA
  • Sekiranya layak, anda boleh berpeluang menunaikan umrah berkelas 6 bintang secara PERCUMA

Apakah KELEBIHANNYA MENJADI AHLI SHAKLEE BERSAMA KAMI?

  1. Bimbingan dan tunjuk ajar diberikan secara PERCUMA. Kami akan ajar anda tentang Marketing, blogging dan banyak lagi.
  2. Diberikan access percuma ke dalam group-group dan intimewa di bawah bimbingan kamu yang mana di dalam group ini, kami akan kongsikan cara-cara untuk berjaya dalam shaklee, Marketing strategies, info-info tentang produk, tips-tips dan banyak lagi. Juga bagaimana upline kami meraih pendapatan sehingga 6 angka sebulan.
  3. Kami akan bimbing anda agar dapat membantu anda menaikkan taraf hidup anda serta menikmati bonus yang anda mahu
  4. Konsultasi dan selok belok tentang perniagaan Shaklee ini akan kami kongsikan secara EKSKLUSIF dengan sesiapa yang berminat menjadikan Shaklee sebagai pendapatan sampingan atau utama
  5. Jika anda betul-betul berusaha dan sanggup belajar, anda akan rasai perubahan dalam hidup. Bukan sahaja dalam bentuk kewangan malah kesihatan juga semakin baik
  6. Jika anda membuat bisnes online, anda tidak perlu memikirkan untuk keluar rumah bagi menghantar order kepada customer. Anda boleh meminta kepada shaklee untuk poskan terus kepada customer, So anda jimat masa dan tenaga kan:)
  7. Kelas secara maya, webinar dan ilmu-ilmu tentang shaklee diajarkan secara online. Jadi anda tidak perlu risau sekiranya anda seorang surirumah dan perlu meninggalkan anak untuk hadir kelas-kelas ilmu, kerana kelas secara maya boleh anda ikuti melalui handphone atau laptop di rumah sahaja
  8. Kelas offline kami adalah kelas yang mesra kanak-kanak. Anda boleh sahaja membawa anak-anak dan suami anda sekali semasa menghadiri kelas-kelas ilmu. Ini kerana kebanyakan ahli shaklee group kami memang adalah surirumah atau ibu-ibu yang mempunyai anak
  9. Kami juga akan kongsikan cara-cara membuat blog, facebook page, bagaimana meningkatkan traffic blog, Facebook adds dan cara-cara pemasaran online

BAGAIMANA MENDAPAT PENDAPATAN LUMAYAN SETIAP BULAN

  1. Anda perlulah menjadi seorang yang berjiwa kental dan sanggup menghadapi cabaran ketika bersama shaklee
  2. Konsisten dalam memasarkan dan berkongsi kebaikan shaklee
  3. Sanggup membantu lebih ramai orang agar mereka juga mendapat pendapatan lumayan juga tahap kesihatan yang baik
  4. Meletakkan sepenuhnya pergantungan kepada Tuhan
  5. Sanggup belajar dan berusaha
  6. Mahu dan ingin berjaya
  7. Duplicate apa yang telah dikongsikan di dalam group Eksklusif kami
  8. Ada banyak lagi tips untuk berjaya di dalam Shaklee dan anda akan ketahuinya sekiranya mendaftar bersama kami 🙂

Untuk info lanjut, hubungi saya di talian 010-95552229. Saya pasti akan guide dan memberikan yang terbaik untuk anda.

KELEBIHAN VITA LEA FOR CHILDREN

Selamat pagi semua. Baru masuk jam 6.30am, sang matahari menyengat dan memancar dengan teriknya.. fuhhh, baru mandi dah berpeluh 🙁 ok, baiklah just think positif hehee..

Keadaan cuaca yang tidak menentu masa kini, amatlah membimbangkan bagi semua orang, terutamanya yang masih mempunyai anak kecil. Kenapa? Almaklumlah, anak-anak yang masih kecil sangat mudah terdedah dengan penyakit selesma, batuk dan demam dan salah satu penyebabnya ialah cuaca.

Bulan lepas, saya ada mengikuti kelas landmark study yang dianjurkan oleh upline saya sendiri iaitu Aryn Fadz Lee dan sangat menarik juga kerana selain menimba ilmu, kami juga ada soal jawab dan akan diberikan hadiah. Salah satu hadiah yang saya perolehi ialah Vita Lea for children. Saya memberikan Vita Lea itu kepada anak saya sampai hari ini dan salah satu perubahan yang saya nampak, anak saya suka makan..apapun yang saya berikan, mesti makanan tu habis.

KELEBIHAN VITA LEA 

  • Mengandungi zinc yang membantu menguatkan imunisasi dan mempercepatkan penyembuhan luka
  • Mengandungi vitamin A yang sangat baik untuk penglihatan
  • Mengandungi vitamin C yang membantu agar gusi, gigi dan kulit menjadi semakin kuat dan sihat
  • Mengandungi zat besi yang membantu dalam penghasilan sel darah merah
  • Mengandungi vitamin B yang membantu dalam perkembangan minda, mengawal perasaan anak, penghasilan tenaga agar anak tidak mudah letih dan anak lebih fokus dalam pembelajaran
  • Mengandungi kalsium, vitamin D yang penting dalam menguatkan tulang anak-anak
  • Berperisa anggur. Sedap tetapi secara semulajadi, bukan perasa tiruan
  • Pemanis semulajadi dengan xylitol di mana tidak menyebabkan kaviti

Buat ibu-ibu yang tidak suka memberikan ubat kepada anak, saya sangat cadangkan ibu-ibu agar menambah suplemen ini dalam diet seharian anak-anak kerana Vita Lea for children ini terdiri daripada vitamin A hingga E. Ianya mempunyai 18 sumber vitamin dan mineral yang diperlukan oleh anak-anak.

Untuk info lanjut, boleh saja hubungi saya di talian 010-9555229. Sekian 🙂

 

KELEBIHAN MEAL SHAKES SHAKLEE

Hi semua, anda kenal dengan Meal Shakes? Siapa yang tidak kenalkan.. sangat kenal dan lagi dikenali sebagai penambah berat badan atau pembangkit selera makan. Mari kita mengenali Meal Shakes ini dengan lebih dalam lagi.

Meal Shakes Shaklee ini menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya yang mudah diserap untuk kegunaan harian kita. Ianya diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin(sejenis susu) dan lain-lain lagi. Lactalbumin ini adalah bahan terbaik dan mengandungi orginsma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hinggalah ke orang dewasa.

MANFAAT UTAMA MEAL SHAKES SHAKLEE

  • Sumber Nutrisi lengkap – Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.
  • Membekalkan Nutrisi kepada sel tubuh – kaya dengan protin (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.
  • Membantu tumbesaran – Mengandungi asid folic, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.
  • Anti-oksida – Mengandungi vitamin A, C, E, Zink, Selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.
  • Mengembalikan seri wajah – Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik.
  • Detoksifikasi – Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.
  • Kelazatan rasanya – Minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi, penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat untuk dinikmati untuk semua golongan.

Untuk pengetahuan juga, hanya 120 kalori untuk setiap hidangan. Boleh dicampur/dikisar bersama buah-buahan, Shaklee Energizing Sop Protein atau apa-apa jenis minuman kegemaran anda.

Sekiranya anak anda mempunyai masalah kurang selera makan atau kurang berat badan, bolehlah mencuba Meal Shakes Shaklee. pasti anda akan berpuas hati, tapi dengan syarat kita kena maintain pengambilannya, barulah nampak hasil.

Setakat ini perkongsian saya mengenai Meal Shakes Shaklee. Sekiranya ada sebarang pertanyaan, hubungi saya di talian 010-9555229. Terima kasih kerana sudi membaca dan melawat blog saya 🙂

TIPS DAN PETUA TINGKATKAN SELERA MAKAN ANAK

Selamat siang semua.. Dengan harapan semua dalam keadaan yang sihat. Kali ini saya akan kongsikan bersama anda mengenai tips atau petua agar anak mempunyai selera makan yang boleh membuatkan ibu pada tersenyum gembira dan puas hati  melihat makanan anak sentiasa habis 🙂

Baiklah, disini ada beberapa cadangan dan cara yang mana boleh  membantu meningkatkan selera makan anak.

  • Membuat jadual kepada anak seperti bilamasa waktu anak bermain, waktu anak belajar dan waktu anak makan. Saya syorkan agar waktu makan anak adalah waktu di mana anak betul-betul merasa lapar.
  • Membuat hiasan yang lebih kreatif dan menarik untuk makanan anak. Bagi saya agak mencabar tetapi kena buat juga demi untuk anak.
  • Mempelbagaikan menu masakan untuk anak. Menu yang selalu sama membuatkan anak bosan dan selera makan juga semakin merosot.
  • No junk food before real meal. Junk food sangat menganggu selera makan anak sekiranya diberikan terlebih dahulu.
  • Berikan Meal Shakes yang mana juga boleh membantu  untuk tingkatkan selera makan anak.

Sekian entri saya, sekiranya ada sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi saya di talian 010-9555229. Terima kasih kerana sudi membaca dan melawat entri saya 🙂

SUPLEMEN UNTUK TINGKATKAN SELERA MAKAN ANAK

Selamat pagi semua. Sebelum masuk kerja, senyum dulu barulah kita boleh buat kerja dengan mudah hehehe… 🙂 Menjadi kerisauan besar bagi para ibu bapa sekiranya anak mereka kurang selera makan. Apabila kurangnya selera makan, maka perubahan yang paling ketara ialah berat badan anak. Begitu cepat dan mendadak susutnya berat badan anak.

Syukur ada MEAL SHAKES.. Kenapa Meal shakes? mari sini saya cerita,dan pastikan baca sampai habis tau 🙂

Meal Shakes Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi. Buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin(sejenis susu). Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa.

Kebiasaannya ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin, dan sebagainya. Meal Shakes dihasilkan untuk semua golongan. Bayi, pelajar, kanak-kanak membesar, ibu mengandung, para atlet, pengamal sayuran(vegetarian), orang sakit, pelajar, kanak-kanak, orang yang sibuk bekerja atau orang yang selalu mengambil makanan segera.

MANFAAT UTAMA MEAL SHAKES

  • Nutrisi lengkap
  • Membekal nutrisi kepada sel tubuh
  • Membantu tumbesaran
  • Antioksida
  • Mengembalikan seri wajah
  • Detoksifikasi
  • kelazatan rasanya

Jika sekiranya anda mencari sarapan pagi yang penuh berkahsiat, Meal Shakes merupakan pilihan bijak. Selamat Menikmati 🙂

Sekiranya ada sebarang pertanyaan mengenai Meal Shakes, sila hubungi saya di talian 010-9555229.

 

SUPLEMEN YANG SESUAI UNTUK KUATKAN PERTAHANAN BADAN ANAK

Hi semua, selamat berhujung minggu. Cuaca sekarang ni tidak menentu, kadang panas di waktu pagi dan tengahari, bila masuk sebelah petang, hujan akan turun lebat atau renyai-renyai. Keadaan cuaca seperti ini menyebabkan badan kita juga kena tempiasnya seperti adanya simptom badan kurang selesa atau lebih senang sakit terutamanya kanak-kanak.

Ini membuatkan kita sebagai ibu bapa sangat risau apabila anak kita sakit kan.. Perkara seperti ini tidak boleh dibiarkan berlanjutan sebaiknya berjumpalah dengan doktor dan untuk ikhtiar suplemen juga sangat digalakkan yang mana dapat menguatkan pertahanan badan anak. Bukan maksudnya anak kita langsung tidak akan pernah sakit, akan tetapi dapat mengelakkan atau mengurangkan anak kita daripada terlalu kerap sakit.

FUNGSI DAN KEBAIKAN OMEGAGUARD

  • ASID LEMAK – Omega -3 merupakan asid lemak yang penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu, kita perlu mengambilnya dari makanan. Omega 3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Omega 3 membantu rembesan prostagladin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos.
  • Mencegah penyakit saluran darah dan strok – DHA dan EPA boleh menentang thrombosis tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah dan peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu, ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan dileher atau sakit kepala. Ia juga merendahkan kolesterol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan, mengawal obesiti, membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • MEMBANTU TUMBESARAN & PERKEMBANGAN OTAK JANIN DAN  MEMBANTU PERKEMBANGAN MEMORI – DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, memelihara penglihatan dan pendengaran dan mencegah migraine. Satu hidangan OmegaGuard dapat membekalkan 905mh asid-asid lemak omega EPA dan DHA.
  • MENINGKATKAN SISTEM IMUN DAN MENYIHATKAN PARU-PARU
  • MENENTANG KANSER – Kajian telah menunjukkan bahawa Omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudarah, prostat dan kolon.
  • MEMELIHARA FUNGSI-FUNGSI SENDI(ARTHRITIS) – Paras asid lemak Omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleg sebab itu, ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan.
  • MENCEGAH INSOMNIA DAN MEMBANTU MENGURANGKAN TEKANAN

FUNGSI DAN KEBAIKAN VITA -LEA

  • Membekalkan 19 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan kanan-kanan.
  • Sebagai sumber kalsium pembina tulang yang kuat.
  • Baik untuk kesihatan.
  • Bekalan harian untuk vitamin B.

FUNGSI DAN KEBAIKAN NUTRIFERON

  • Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari – Mampu meransang dan mempertingkatkan secara keseluruhan sistem tubuh.
  • Melawan kanser dan tumor – Interferon semulajadi mengandungi polisakarida yang meransang dan mengaktifkan immunogbulin melawan sel-sel tumor dan kanser.
  • Melindungi dari influenza – Ia mengimbangi kepada respon alergi persekitaran dan pencemaran udara.
  • Meringankan strees dan kelesuan – Meringankan kemudaratan yang disebabkan oleh keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup yang sibuk.
  • Melambatkan penuaan – Meransang pengeluaran makrofag untuk mengurangikan radikal bebas, virus dan kuman.
  • Mengurangkan infeksi oleh pesakit-pesakit hepatitis B & C
  • Mempertingkatkan Menopaus – Hypertensi, tahap kolesterol yang tinggi, kitaran haid dan masalah lain berkaitan menopaus akan menjadi lebih baik.
  • Mempertingkatkan PMS – Terbukti secara klinikal mengurangkan simptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endokrin iaitu kekejangan waktu haid, sakit belakang, sakit payudarah, masalah jerawat, kegelisahan, insomnia dan mood swing.

Ketiga-tiga suplemen ini sangat berkaitan antara satu sama lain dan sememangnya diperlukan oleh kanak-kanak yang sedang membesar.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan mengenai vitamin untuk anak anda, jangan segan untuk hubungi saya ya..di talian 010-9555229. HIDUP SIHAT, HIDUP CERIA KEUTAMAAN KAMI 🙂

TIPS ANAK JADI LEBIH SIHAT DAN TIDAK MUDAH SAKIT

Halo-halo semua, selamat pagi. Moga semuanya dalam keadaan kesihatan yang baik-baik saja. Bercakap mengenai kanak-kanak yang sedang membesar, Mereka mudah terdedah dengan jangkitan kuman yang menyebabkan mereka akan sakit demam, selesema dan batuk. Sebagai ibu bapa, sememangnya sangat risau bilamana anak mereka kerap sakit.

Dengan itu betapa pentingnya mendidik dan  mengajar anak-anak supaya pandai menjaga kesihatan diri supaya risiko sering jatuh sakit dapat dikurangkan dan tentunya mendisiplinkan mereka dari kecil adalah perkara yang baik.

Kanak-kanak ini, mudah meniru gaya atau perbuatan orang dewasa terutamanya ibu bapa mereka. Oleh itu, apa kata biasakan anak-anak anda dengan beberapa amalan kesihatan  berikut supaya akan menjadi rutin dalam hidup mereka dan secara tidak langsung mengajar mereka cara hidup sihat.

1)KERAP MENCUCI TANGAN 

Tangan adalah tempat paling banyak bakteria membiak. Apatah lagi dalam kalangan kanak-kanak yang aktif meneroka pelbagai aktiviti lasak di sekeliling mereka. Oleh itu sentiasa ajar anak anda membersihkan tangan sebelum makan, selepas makan atau selepas melakukan aktiviti bermain. Ajarkan mereka langkah membersihkan tangan dengan betul sambil memberitahu apa sebab mereka perlu mencuci tangan.

2)DISIPLINKAN WAKTU TIDUR

Biasakan anak anda tidur secara teratur setiap hari. Sentiasa pastikan dia tidur pada waktu yang sama setiap malam. Tidur dengan jadual yang sama setiap hari melatih anak anda menjadi lebih berdisiplin dan paling penting dia akan lebih sihat dan terhindar daripada mudah mendapat penyakit.

3)BANYAKKAN MAKAN SAYUR DAN BUAH-BUAHAN

Amalan pemakanan yang sihat juga menjadikan anak anda membesar sebagai kanak-kanak yang mempunyai sistem imun yang kuat. Cara terbaik memenuhi keperluan vitamin dan mineralnya iaitu dengan banyak makan sayur dan buah-buahan. Pilih makanan yang kaya dengan vitamin C seperti brokoli, strawberi dan kiwi, makanan yang kaya dengan vitamin D seperti ikan tuna, susu dan bijirin. Mengamalkan makan yogurt diperkaya probiotik aktif juga boleh meningkatkan ketahanan tubuh.

4)KONSISTEN BERIADAH

Aktiviti riadah secara konsisten dapat mengurangkan risiko kerap mendapat demam selesema. Beriadah secara sihat membuatkan sel-sel menentang jangkitan kuman berjalan dengan lancar. Ia lebih baik berbanding pengambilan ubat-ubatan. Oleh itu, bawa anak anda beriadah di luar rumah atau sekadar main kejar-kejar di taman.

5)JAUHKAN ANAK DARIPADA ASAP ROKOK

Kita selalu terlepas pandang hal ini. Anak-anak yang tinggal serumah dengan ibu bapa atau orang dewasa yang merokok terdedah kepada asap rokok secara tidak langsung. Berdasarkan hasil kajian epidemiologi, risiko bagi kanak-kanak mengalami jangkitan kuman pneumonia adalah lebih tinggi. Oleh itu silalah berhenti merokok wahai para bapa yang masih menghisap rokok. Walaupun anda merokok di luar rumah dan jauh daripada anak-anak tetapi kesan asap rokok pada pakaian dan mulut anda, tetap memberikan kesan yang sama kepada anak.

Oleh kerana itu, Kanak-kanak memerlukan persekitaran yang bersih untuk membesar sebagai anak yang sihat dan tak mudah jatuh sakit. Selamat beramal 🙂

HOBI SAYA DIWAKTU LAPANG

Hi semua, nak tanya ni.. Apa hobi korang di waktu lapang. Bercakap tentang hobi memang banyak kan dan sudah semestinya hobi tu, benda yang buat kita suka, minat dan membuatkan kita gembira bila melakukannya.

                                                                    rakan kongsi sepermainan 🙂

Macam saya, asal ada masa terluang mesti bermain bersama-sama dengan anak, yang ni memang wajib. hobi juga kan, bermain bersama dorang membuatkan saya rasa relex dan kepenatan seharian membuatkan saya lupa seketika..

Selain itu saya ni suka memasak dan makan sebenarnya, suka mencari resepi-resepi masakan, akan tetapi bab memasak ni saya tidak begitu arif.. Hehee namun akan diusahakan juga nanti.

Dulu, sebelum ada anak, saya suka sangat menonton filem atau drama tv, tetapi sekarang bukan minat atau hobi tu dah hilang cuma kekangan waktu yang membuatkan saya kurang menonton.

Akan tetapi, ada satu drama bersiri ni yang sedang on sekarang,  memang saya kena ikut jalan ceritanya sampai habis iaitu pangako sa yo (Philipines drama). Minat sangat dengan para pelakon dan jalan ceritanya yang berunsurkan kehidupan kita seharian.

Sejak terjebak dengan Shaklee ni, membaca dan menulis itu seperti satu kewajiban seharian saya dan kini menjadi salah satu hobi saya juga. Banyak benda yang sebenarnya masih perlu saya belajar dan fahami.

Melancong ke negara orang juga menjadi salah satu hobi dan impian saya namun buat masa ini belum kesampaian dan moga melalui Shaklee ini, boleh membawa saya dan keluarga saya untuk mencapainya.

Setakat ini perkongsian saya mengenai hobi yang menjurus ke impian saya juga. Sekiranya korang ingin berkongsi hobi bersama saya, sangat dialu-alukan dan hanya komen di ruangan yang tertera ya 🙂

PENGEDAR DAN EJEN AKTIF DI KAWASAN PENAMPANG, DONGGONGON, KOTA KINABALU, RANAU, SABAH

Hi semua, Salam April. Bulan April ni, rasanya adalah bulan yang agak sibuk sedikit bagi saya, kerana ada beberapa perkara yang saya harus prepare.

Antaranya birthday my husband and my little princess yang mana genaplah satu tahun umur anak ke-2 saya. Juga kena sediakan hadiah birthday party untuk rakan sekelas anak saya. benda-benda seperti ini, membuatkan saya gembira melakukannya dan yang paling penting mereka juga gembira. Bukannya selalukan, hanya setahun sekali 🙂

love my prince & princess 🙂

Bulan ini sudah masuk 10 bulan saya bersama dengan Shaklee dan banyak benda yang saya telah belajar dari mentor saya iaitu Aryn Fadz Lee. Misi kami  di Shaklee ialah memberikan kehidupan yang lebih sihat untuk semua orang dan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa sahaja dan bersama Shaklee kita tahu ada tiga perkara benar iaitu SENTIASA SELAMAT, SENTIASA BERFUNGSI dan SENTIASA MESRA ALAM  🙂

Sekiranya anda perlukan suplemen atau vitamin semulajadi yang boleh membantu anda semakin sihat dan menjana pendapatan sampingan, hanya hubungi saya dan saya pasti akan guide anda sebaik mungkin sehingga kita sama-sama berjaya.

Saya Marlina Saidi dengan ID 1232615 merupakan pengedar  dan ejen Shaklee yang aktif di kawasan Penampang, Donggongon, Kota Kinabalu, Ranau  sabah dan seluruh semananjung Malaysia. Anda boleh hubungi saya melalui;

Call/Msg/Whatsapp : 010 9555229

Fb : Nyna marlina

Email : marlinasaidi@yahoo.com