MENGAPA GUM ARABIC AL-MANNA AMEER BERBEZA

Hi semua, selamat pagi, semoga hari ini akan menjadi hari yang indah bagi anda semua ­čÖé seperti biasa, entri saya kali ini ialah mengapa Gum Arabic Al-manna Ameer berbeza dan apakah keistimewaannya? haa… jom kita baca sampai habis ­čÖé
Gum Arabic Al-Manna Ameer sangat larut dalam air, hanya menunggu 7 saat untuk larut dan mudah untuk di minum. Membancuh Gum Arabic adalah  semudah membancuh gula dalam air. Gum Arabic ini, tidak mempunyai rasa yang kuat. Cara pengambilan yang dicadangkan ialah dengan membancuh 5 gram Gum Arabic dengan 1 gelas air biasa. Boleh juga ditambah dengan sedikit limau atau mana-mana jus untuk menambahkan rasa rasa pada bancuhan itu agar lebih enak dan sedap.

Gum Arabic adalah 100% gum Arab yag asli, kualiti terbaik. Kandungan karbohidrat dalam Gum Arabic menjangkau 85% yang berupa serat makanan larut(soluble dietary fiber). Serat larut ini juga dikenali sebagai serat prebiotik kerana efek prebiotik yang terkandung di dalamnya.

Jadi.. Gum Arabic ini boleh dikatakan sebagai suplemen dua dalam satu iaitu suplemen serat larut dan juga suplemen prebiotik. Jadi dengan pengambilan Gum Arabic, anda mendapat bekalan serat larut dan prebiotik yang terbaik untuk memelihara kesihatan sistem pencernaan anda sekaligus melindungi anda daripada penyakit-penyakit kronik

KENAPA SERAT LARUT SANGAT PENTING?

Sumber serat makanan, puratanya orang dewasa memerlukan serat makanan di antara 25 gram hingga 38 gram sehari untuk memelihara kesihatan sistem pencernaan, di mana satu pertiga daripadanya dalam bentuk serat makanan larut.

Golongan lelaki lebih memerlukan banyak serat makanan. Pengambilan 10 gram sehari Gum Arabic akan membekalkan  serat larut secukupnya untuk badan anda. Serat selebihnya diperolehi daripada makanan-makanan lain seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang. Serat tidak larut diperlukan untuk membersihkan dinding usus (cleansing effects) dan melancarkan pergerakan najis ke bahagian dubur

Serat larut pula memainkan peranan yang lebih kepada perlindungan dan pengawalan. Ramai pakar berpendapat bahawa kanser kolon berlaku ekoran daripada kekurangan serat larut dalam pemakanan. Serat larut bertindak membentuk asid lemak rangkaian pendek dalam usus yang akan menghalang bakteria berbahaya, terutamanya patogen, daripada membentuk sel-sel kanser (cancerous polyps) pada dinding usus.

Serat larut juga memainkan peranan dalam mengawal kandungan gula dan kolesterol dalam darah. Kebanyakan penyakit-penyakit kronik  berlaku ekoran kehadiran gula dan kolesterol yang berlebihan dalam darah terutamanya kencing manis dan sakit jantung koronari. Jadi pengambilan serat larut yang secukupnya akan memelihara  anda daripada penyakit-penyakit kronik ini.

APA YANG KAN BERLAKU BILA MENGAMBIL GUM ARABIC?

Kehadiran kesan positif daripada pengambilan Gum Arabic adalah bergantung kepada individu. Ada yang dapat merasakan perubahan dalam masa seminggu dan ada juga yang mengambil masa sebulan dua. Ada seseorang pengguna memberitahu yang dia merasa cerdas dan bertenaga  setelah seminggu mengamalkan Gum Arabic. Sebelum itu dia mudah letih dan mengantuk.

Gum Arabic adalah sumber tenaga semulajadi. Peladang-peladang di sudan biasanya akan memakan Gum Arabic ini dalam perjalanan mereka ke ladang dan mereka mampu bekerja di ladang sehingga ke petang tanpa menjamah apa-apa makanan sehingga mereka kembali ke rumah.

Kesan pengambilan Gum Arabic juga bergantung kepada jumlah dos, masa dan cara pengambilan . Jadi banyak faktor yang mempengaruhi keberkesanan Gum Arabic ini.

Oleh kerana Gum Arabic ini bukan ubat, maka tiada dos  tertentu untuk penyakit tertentu. Kajian mencadangkan pengambilan sehingga 30 gram sehari untuk merawat sesuatu dan 10 gram sehari untuk tujuan pemeliharaan kesihatan.

Masa pengambilan yang dicadangkan adalah ketika perut kosong dan sebelum tidur supaya serat prebiotik  dalam Gum Arabic ini akan terus sampai ke bahagian kolon dan terus dicerna. Yang pentingnya, Gum Arabic ini adalah suplemen kesihatan  dan perlu diambil secara berterusan sebagaimana perlunya kita mengambil sayur-sayuran  dan buah-buahan secara berterusan.

Dengan adanya Gum Arabic dalam pemakanan kita, kita akan mendapat bekalan serat prebiotik yang secukupnya untuk membantu badan kita memperolehi mineral dan nutrien yang mencukupi.

Untuk mengetahui Gum Arabic berkesan ataupun tidak, dan samaada anda telah menggunakan Gum Arabic  dengan cara dan dos yang betul, lakukan ujian sebelum dan 3 bulan selepas menggunakan Gum Arabic, terutamanya ujian tekanan darah dan ujian paras gula dan kolesterol dalam darah.

Sebenarnya setiap usaha kita itu penting dan selebihnya kita berdoa serahkan kepada Tuhan. Biar Dia yang berkerja ┬ádan semoga kita semua dijauhkan daripada segala jenis penyakit dalam dan luaran. Amen ­čÖé

Sekian entri saya untuk kali ini dan terima kasih kerana melawat entri saya. Untuk lebih lanjut anda bolehlah terus hubungi saya dan rakan seperjuangan saya di talian berikut;

Nyna – 010 9555229 (Penampang, kota kinabalu sabah)

Melan – 019 2792752 (W.P Labuan)

Donald – 011 26853059 (Ranau, Sabah)