PUNCA-PUNCA DAN CARA MENGATASI SEMBELIT & SAKIT PERUT

Hi semua, selamat berhujung minggu, Rehatkan diri anda bersama keluarga yang tercinta. Bukan selalu pun kan hehee.. Pernahkah anda lama terkurung di dalam tandas atau dengan kata lain sembelit? Sembelit jangan dipandang ringan ya, mari kita sama-sama menimba ilmu punca-punca dan cara mengatasi sembelit dan sakit perut ini.

Penyebab sembelit ini sebenarnya sukar untuk diketahui secara pasti. Namun secara umumnya ada beberapa faktor yang menyebabkan sembelit ini berlaku ;

  • Cara pemakanan yang tidak seimbang – Kekurangan serat buah-buahan, sayur-sayuran, kekurangan cairan dan pengambilan susu yang banyak juga penyumbang kepada sembelit.
  • Kehamilan – Sekitar 40% daripada wanita hamil mengalami sembelit selama kehamilan, terutamanya di awal kehamilan. Ini berlaku kerana tubuh seorang wanita hamil banyak mengeluarkan hormon progesteron yang mengakibatkan  otot menjadi kendur  sehingga sukar untuk membuang air besar.
  • Menunda waktu membuang air besar – Perkara yang sering berlaku bagi anak-anak mahupun orang dewasa dengan pelbagai alasan yang kurang munasabah. Namun sifat menunda-nunda waktu ini boleh membawa penyakit yang serius terhadap usus.
  • Pengaruh ubat-ubatan – Pengambilan ubat-ubatan juga boleh mempengaruhi untuk sukar membuang air besar
  • Mempunyai tahap kesihatan yang kurang sihat – pada umumnya dan tidak selalunya berlaku, sembelit boleh memberikan signal atau petanda kepada badan kita terhadap sejauh mana tahap kesihatan kita, seperti diabetes, sindrom iritasi usus besar, kelebihan kalsium dalam darah, kelenjar tiroid yang kurang aktif, penyakit parkinson, kanser usus besar atau dubur, atau cedera tulang belakang.
  • Faktor-faktor fizikal dan mental – kesukaran untuk membuang air besar juga boleh berlaku bagi mereka yang sentiasa tertekan, merasa selalu cemas, depresi, trauma dan lain-lain keadaan yang boleh menganggu hidup mereka

CARA MENGATASI SEMBELIT DAN SAKIT PERUT

Langkah menangani atau mengatasi sembelit ini tergantung kepada punca atau penyebabnya. Namun, secara umumnya ianya boleh diatasi dengan mengubah gaya hidup kita seperti berikut;

  • Minum air putih yang secukupnya bagi mencegah dehidrasi.
  • Banyakkan pengambilan serat  setidaknya 18-30 gram sehari. Serat ini boleh di dapati dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan sereal.
  • ketika membuang air besar di toilet, pastikan kedudukan dalam keadaan yang betul atau selesa, kerana cara duduk juga boleh mempengaruhi terutamanya kanak-kanak.
  • Jangan menunda-nunda waktu untuk membuang air besar.
  • Sekiranya sembelit berlaku terhadap anak, berikan buah-buahan seperti apel, anggur, pir atau kismis, begitu juga dengan orang dewasa.

Dengan mengubah gaya hidup kita yang sihat, sebenarnya bukan perkara yang mudah sekiranya tidak dipraktikan selalu malah jika kita memaksa diri kita untuk berubah, maka ianya boleh saja menjadi satu bebanan dan masalah bagi kita. Apa tidaknya kan.. harus memakan beberapa banyak buah-buahan dan sayuran hehee…

Dengan mengambil suplemen yang tinggi serat dan mempunyai prebiotik semulajadi, jawapannya terletak pada GUM ARABIC. Hanya bancuh dan minum. Senangkan 🙂

KENAPA PERLUNYA MINUM GUM ARABIC?

  • Altenatif pelbagai masalah kesihatan
  • Prebiotik semulajadi
  • Diimport Eksklusif dari sudan
  • Gred terbaik
  • 100% Asli & halal
  • Tanpa bahan pengawet
  • Dan banyak lagi

Untuk lebih lanjut, bolehlah hubungi saya ya 🙂

Nyna – 010 9555229

Like my page – GumArabic2U

Sekian sedikit info mengenai sembelit, dan terima kasih kerana sudi melawat entri saya:)

KHASIAT SERBUK GUM ARABIC AL-MANNA

Hi semua, selamat pagi..Cuaca kelmarin membuatkan saya risau dan takut, dengan awan yang gelap, angin yang kuat diikuti hujan yang kuat, tetapi hari ini kita bersyukur kerana cuaca yang baik. Hari ini saya mahu dan terus berkongsi mengenai khasiat serbuk Gum Arabic Al-Manna.

Sayangilah usus dan organ-organ dalaman kita dengan mengamalkan Gum Arabic, kerana ianya sangat membantu kita untuk kekal sihat. Berikut adalah antara khasiat dan manfaat Gum Arabic yang berkaitan dengan usus kita ;

  • Gum Arabic dapat merawat penyakit-penyakit yang berkaitan dengan saluran gastro usus. Saluran gastro usus adalah kawasan esofagus, perut, usus kecil, kolon, rektum dan dubur.
  • Gum Arabic juga membantu dalam menangani masalah buasir.
  • Kajian menunjukkan pengambilan Gum Arabic selama 30 hari sebanyak 15 gram hingga 30 gram dapat mengurangkan paras kolesterol dalam darah. Namun keberkesanannya berbeza bagi setiap individu mengikut tubuh masing-masing
  • Kajian juga menunjukkan pengambilan yang banyak dapat mengurangkan lemak bagi manusia. Ada pengguna yang dapat menurunkan berat badan dengan  pengambilan sebanyak 30 gram hingga 50 gram sehari.
  • Dr.Isam Siddiq, seorang pakar dalam Gum Arab dan kegunaannya dari sudan berkata, Gum Arabic adalah bahan prebiotik dan merupakan makanan tambahan yang amat penting untuk menyediakan badan dengan tenaga dan membantu meningkatkan prestasi kesihatan usus.
  • Prof.Omaima Mohi-Eddin Sabir, seorang pakar pediatrik berkata, Penyelidikan perubatan dijalankan ke atas Gum Arabic telah membuktikan bahawa iannya berkesan dlam rawatan pelbagai penyakit seperti penyakit usus dan lain-lain. Beliau menambah lagi bahawa ia telah terbukti dan amat berkesan dalam rawatan penyakit kulit sensetif, sembelit, cirit birit, kekeringan, saraf kolon, kencing manis, oestomalacia kanak-kanak, hiperaktif, kolesterol dan lain-lain lagi.

Untuk lebih lanjut lagi dan ingin mencuba, hubungi kami di lokasi-lokasi yang berdekatan dengan anda ;

Nyna – 010 9555229 (Penampang, Kota kinabalu sabah. Dan kepada yang berada di sekitar donggongon, bagi memudahkan anda, boleh dapatkan produk Gum Arabic ini di megalong,ABGAIL BOX,2nd floor, bersebelahan dengan MR.Diy)

Melan – 019 2792752 (W.P.Labuan)

Donald – 011 26853059 (Ranau, Sabah)

Sekian entri saya untuk kali ini, terima kasih kerana sudi melawat entri saya 🙂

MENGAPA GUM ARABIC AL-MANNA AMEER BERBEZA

Hi semua, selamat pagi, semoga hari ini akan menjadi hari yang indah bagi anda semua 🙂 seperti biasa, entri saya kali ini ialah mengapa Gum Arabic Al-manna Ameer berbeza dan apakah keistimewaannya? haa… jom kita baca sampai habis 🙂
Gum Arabic Al-Manna Ameer sangat larut dalam air, hanya menunggu 7 saat untuk larut dan mudah untuk di minum. Membancuh Gum Arabic adalah  semudah membancuh gula dalam air. Gum Arabic ini, tidak mempunyai rasa yang kuat. Cara pengambilan yang dicadangkan ialah dengan membancuh 5 gram Gum Arabic dengan 1 gelas air biasa. Boleh juga ditambah dengan sedikit limau atau mana-mana jus untuk menambahkan rasa rasa pada bancuhan itu agar lebih enak dan sedap.

Gum Arabic adalah 100% gum Arab yag asli, kualiti terbaik. Kandungan karbohidrat dalam Gum Arabic menjangkau 85% yang berupa serat makanan larut(soluble dietary fiber). Serat larut ini juga dikenali sebagai serat prebiotik kerana efek prebiotik yang terkandung di dalamnya.

Jadi.. Gum Arabic ini boleh dikatakan sebagai suplemen dua dalam satu iaitu suplemen serat larut dan juga suplemen prebiotik. Jadi dengan pengambilan Gum Arabic, anda mendapat bekalan serat larut dan prebiotik yang terbaik untuk memelihara kesihatan sistem pencernaan anda sekaligus melindungi anda daripada penyakit-penyakit kronik

KENAPA SERAT LARUT SANGAT PENTING?

Sumber serat makanan, puratanya orang dewasa memerlukan serat makanan di antara 25 gram hingga 38 gram sehari untuk memelihara kesihatan sistem pencernaan, di mana satu pertiga daripadanya dalam bentuk serat makanan larut.

Golongan lelaki lebih memerlukan banyak serat makanan. Pengambilan 10 gram sehari Gum Arabic akan membekalkan  serat larut secukupnya untuk badan anda. Serat selebihnya diperolehi daripada makanan-makanan lain seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang. Serat tidak larut diperlukan untuk membersihkan dinding usus (cleansing effects) dan melancarkan pergerakan najis ke bahagian dubur

Serat larut pula memainkan peranan yang lebih kepada perlindungan dan pengawalan. Ramai pakar berpendapat bahawa kanser kolon berlaku ekoran daripada kekurangan serat larut dalam pemakanan. Serat larut bertindak membentuk asid lemak rangkaian pendek dalam usus yang akan menghalang bakteria berbahaya, terutamanya patogen, daripada membentuk sel-sel kanser (cancerous polyps) pada dinding usus.

Serat larut juga memainkan peranan dalam mengawal kandungan gula dan kolesterol dalam darah. Kebanyakan penyakit-penyakit kronik  berlaku ekoran kehadiran gula dan kolesterol yang berlebihan dalam darah terutamanya kencing manis dan sakit jantung koronari. Jadi pengambilan serat larut yang secukupnya akan memelihara  anda daripada penyakit-penyakit kronik ini.

APA YANG KAN BERLAKU BILA MENGAMBIL GUM ARABIC?

Kehadiran kesan positif daripada pengambilan Gum Arabic adalah bergantung kepada individu. Ada yang dapat merasakan perubahan dalam masa seminggu dan ada juga yang mengambil masa sebulan dua. Ada seseorang pengguna memberitahu yang dia merasa cerdas dan bertenaga  setelah seminggu mengamalkan Gum Arabic. Sebelum itu dia mudah letih dan mengantuk.

Gum Arabic adalah sumber tenaga semulajadi. Peladang-peladang di sudan biasanya akan memakan Gum Arabic ini dalam perjalanan mereka ke ladang dan mereka mampu bekerja di ladang sehingga ke petang tanpa menjamah apa-apa makanan sehingga mereka kembali ke rumah.

Kesan pengambilan Gum Arabic juga bergantung kepada jumlah dos, masa dan cara pengambilan . Jadi banyak faktor yang mempengaruhi keberkesanan Gum Arabic ini.

Oleh kerana Gum Arabic ini bukan ubat, maka tiada dos  tertentu untuk penyakit tertentu. Kajian mencadangkan pengambilan sehingga 30 gram sehari untuk merawat sesuatu dan 10 gram sehari untuk tujuan pemeliharaan kesihatan.

Masa pengambilan yang dicadangkan adalah ketika perut kosong dan sebelum tidur supaya serat prebiotik  dalam Gum Arabic ini akan terus sampai ke bahagian kolon dan terus dicerna. Yang pentingnya, Gum Arabic ini adalah suplemen kesihatan  dan perlu diambil secara berterusan sebagaimana perlunya kita mengambil sayur-sayuran  dan buah-buahan secara berterusan.

Dengan adanya Gum Arabic dalam pemakanan kita, kita akan mendapat bekalan serat prebiotik yang secukupnya untuk membantu badan kita memperolehi mineral dan nutrien yang mencukupi.

Untuk mengetahui Gum Arabic berkesan ataupun tidak, dan samaada anda telah menggunakan Gum Arabic  dengan cara dan dos yang betul, lakukan ujian sebelum dan 3 bulan selepas menggunakan Gum Arabic, terutamanya ujian tekanan darah dan ujian paras gula dan kolesterol dalam darah.

Sebenarnya setiap usaha kita itu penting dan selebihnya kita berdoa serahkan kepada Tuhan. Biar Dia yang berkerja  dan semoga kita semua dijauhkan daripada segala jenis penyakit dalam dan luaran. Amen 🙂

Sekian entri saya untuk kali ini dan terima kasih kerana melawat entri saya. Untuk lebih lanjut anda bolehlah terus hubungi saya dan rakan seperjuangan saya di talian berikut;

Nyna – 010 9555229 (Penampang, kota kinabalu sabah)

Melan – 019 2792752 (W.P Labuan)

Donald – 011 26853059 (Ranau, Sabah)