TESTIMONI GUM ARABIC AL-MANNA. PESAKIT KOLESTEROL TINGGI

Hi semua, selamat pagi dan selamat menjalankan tugas seharian. Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai testimoni pengguna yang berkaitan dengan masalah kolesterol tinggi, yang di alami sendiri oleh bapa admin (zakaria bin idris). Beliau telah mencuba mengamalkan serbuk  Gum Arabic Al-Manna sebagai ikhtiar dalam membantu masalah kolesterol yang dihadapi dan berterusan  juga mengambil ubat-ubatan hospital pada dos yang sama.

Kolesterol dan lemak adalah sumber keperluan yang menghasilkan tenaga penting dalam proses perjalanan sistem tubuh badan. Antara fungsi lemak dan kolesterol terhadap tubuh dalam bertindak sebagaimana berikut;

  • Lemak dan kolesterol adalah pengangkut yang membantu proses penyerapan vitamin A,D,E & K yang larut lemak.
  • Lemak dan kolesterol membekalkan asid-asid lemak yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh.

Namun, pengambilan lemak secara berterusan dan berlebihan perlu dielakkan dalam pemakanan. Walaupun ianya tidak boleh dielakan  sepenuhnya dalam hidangan harian tetapi ia perlu dikawal dengan bijak agar pengambilannya tidak mendatangkan risiko untuk kesihatan

Kolesterol dihasilkan secara semula jadi dari organ hati manusia sekitar 80%. Manakala 20% lagi datang dari sumber makanan dan minuman yang diambil setiap hari. Oleh itu badan manusia tidak memerlukan kolesterol yang tinggi dari sumber makanan dan minuman memandangkan ia telah pun dihasilkan melalui hati.

Gejala kolesterol tinggi dapat diketahui dengan beberapa  keadaan yang berlaku pada badan. Keadaan yang mungkin mendatangkan risiko ini perlu diatasi dengan mengubah cara pemakanan yang lebih sihat, gaya hidup yang lebih selamat dan mendapat rawatan jika diperlukan. Ciri-ciri kemungkinan kolesterol tinggi seperti berikut;

  1. Rasa mual
  2. Leher rasa tegang
  3. Muka merah
  4. Krem pada bahagian kaki
  5. Muntah
  6. Sakit kepala
  7. Sesemut/kebas pada bahagian tubuh seperti kaki,tangan dan kepala.

Bagaimana Gum Arabic Al-Manna membantu pesakit Kolesterol tinggi?

Gum Arabic dipilih sebagai ikhtiar alam membantu masalah Kolesterol tinggi yang dihadapi encik Zakaria. Dalam masa yang sama pengambilan ubat-ubatan hospital diteruskan mengikut dos dan jadual yang telah ditetapkan oleh pihak doktor.

Setelah 2 minggu encik Zakaria mengamalkan pemakanan sihat serbuk Gum ArabicAl-Manna, ternyata hasil yang diperolehi begitu memuaskan dalam usia 60an untuk bergerak aktif ke masjid dan majlis keramaian. Masalah sakit lutut yang dihadapi sebelum ini, kini kembali pulih dan dapat melakukan ibadah pada kedudukan yang lebih baik.

Keberkesanan getah pokok akasia atau gum Arabic Acacia dalam membantu memulihkan kolesterol yang tinggi ke tahap normal telah didedahkan dalam sebuah jurnal European Food Safety Authority (EFSA). Kajian saintifik telah membuktikan manfaat kesihatan yang boleh diperolehi dari getah pokok akasia iaitu dapat membantu memulihkan kepekatan kolesterol dalam darah ke tahap yang normal.

Kaedah mencegah kolesterol tinggi dalam darah

Kolesterol tinggi boleh membawa keradangan pankreas dan pembesaran hati. Mencegah daripada berlaku masalah kolesterol tinggi dalam darah sangat dianjurkan untuk menjaga kesihatan ke tahap yang lebih baik. Terdapat beberapa kaedah untuk mencegah kolesterol dalam darah sebagaimana berikut;

  • Tingkatkan pengambilan makanan serat tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Jauhi aktiviti tidak sihat seperti merokok dan minuman keras
  • kurangkan makanan ringan, makanan sejuk beku dan produk bakeri
  • Amalkan pemakanan yang mengandungi omega 3 seperti minyak ikan
  • Jalani cara hidup sihat dengan pengambilan makanan rendah lemak dan kolesterol
  • Lakukan senaman secara teratur walaupun hanya senaman ringan
  • Kawal berat badan dan elakkan stress
  • Buat pemeriksaan kesihatan enam bulan sekali jika terdapat ahli keluarga yang pernah mempunyai penyakit ini.

Bagaimana untuk mendapatkan Gum Arabic Al-Manna?

Anda boleh menghubungi saya di talian 010-9555229 (Nyna) dan jangan lupa like my page GumArabic2U 🙂

MANFAAT DAN KHASIAT AL-MANNA AMEER GUM ARABIC PILIHAN TERBAIK RAKYAT MALAYSIA

Hi semua, selamat bertemu kembali kita dalam ruangan entri saya. Dalam minggu ini, melihat keadaan cuaca buat kita gerun kan, namun harapan kita, agar cuaca akan semakin baik.

Baiklah entri saya untuk kali ini adalah manfaat dan khasiat Al-Manna Ameer Gum Arabic, yang mana sememangnya tidak asing lagi bagi seluruh rakyat malaysia dan semestinya ianya pilihan terbaik. Setiap keluarga wajib ada Gum Arabic tau.. Kerana ianya sangat sesuai bagi setiap peringkat umur seawal bayi 8 bulan dan ke atas.

Serbuk getah pokok acacia senegal Al-Manna Ameer telah digunakan di kalangan masyarakat yang mempunyai masalah kesihatan tertentu. Gum Arabic adalah bukan sejenis ubat atau herba yang digunakan untuk memulihkan masalah kesihatan. Ianya makanan kesihatan yang mempunyai manfaat dan khasiat mineral seperti kalsium dan perbiotik semulajadi yang tinggi untuk menambah keperluan serat harian.

MANFAAT DAN KHASIAT GUM ARABIC

  1. Pesakit buah pinggang memanfaatkan serbuk Gum Arabic Al-Manna Ameer untuk kesihatan yang lebih baik tanpa memerlukan rawatan dialisis. Kesihatan yang baik membantu penurunan kreatinin dalam darah ke peringkat yang lebih baik.
  2. Badan yang sihat. cergas dan bertenaga datangnya dari budaya hidup yang sihat antaranya pengamalan pemakanan yang sihat termasuk ikhtiar minuman harian Gum Arabic.
  3. Radikal oksigen bebas memberi kesan yang tidak baik kepada tahap kesihatan kita, oleh itu serbuk Gum Arabic membantu untuk mengurangkan kesan radikal bebas oksigen.
  4. Apa itu butyrate? Butyrate ialah metabolit utama atau makanan penting untuk kelangsungan hidup bakteria baik dalam kolon. Gum Arabic diakui umum sebagai sumber perbiotik semulajadi dan ianya  sangat baik untuk percambahan sel-sel bakteria baik dalam usus(kolon). Ikhtiar terbaik untuk menghadapi masalah usus dan penghadaman.
  5. Dapat menurunkan masalah tekanan darah tinggi.
  6. Selesma dan demam sangat sinonim di kalangan kanak-kanak. Serbuk Gum Arabic dapat mengurangkan kekerapan kanak-kanak jatuh sakit.
  7. Gum Arabic bersifat pengemulsi dan ejen penstabil semula jadi yang mampu menghalang pembentukan lemak dan gula dalam darah.
  8. Dapat mengawal selera makan antara cara yang boleh menurunkan berat badan berlebihan.
  9. Dapat mengurangkan masalah sengugut di kalangan kaum hawa.
  10. Gout adalah masalah yang dihadapi ramai warga emas terutamanya lelaki. Gout juga boleh saja berlaku dikalangan golongan muda yang mana mengabaikan gaya hidup sihat.
  11. dapat membantu dalam masalah buasir.
  12. Dapat membantu dalam masalah migrain.
  13. Dapat membantu dalam masalah kulit seperti kudis yang mana dikaitkan dengan pelbagai masalah lain.
  14. Dapat membantu anda untuk bangun pagi dalam keadaan yang mudah dan bertenaga.
  15. Dapat membantu dalam menangani masalah sendi.
  16. Dapat membantu menangani masalah asma.
  17. Dapat membantu dalam menangani masalah batu karang.
  18. Dapat membantu menangani sembelit.
  19. Penyakit kanser adalah penyakit yang sangat digeruni semua orang. Dengan adanya Gum Arabic, ianya dapat membantu memperbaiki tahap kesihatan kita ke arah yang lebih baik.
  20. Gum Arabic mampu membantu kekebalan sistem pertahanan badan dan adanya penyerapan bahan mineral yang lebih baik.
  21. Penghalang kepada masalah pertumbuhan sel kanser usus dan keradangan.
  22. Dapat membantu menangani masalah cirit birit.
  23. Dapat membantu untuk menurunkan paras kolesterol yang tinggi.
  24. Dan banyak lagi sebenarnya manfaat Gum Arabic ini.

Untuk info lebih lanjut mengenai Khasiat serbuk Al-Manna Gum Arabic ini, hanya hubungi saya di talian 010-9555229 dan jangan lupa like my page under GumArabic2U 🙂

Sehingga kita bertemu lagi di entri saya yang seterusnya dan terima kasih juga kerana anda sudi melawat entri saya. Sekiranya anda merupakan salah seorang pengamal Gum Arabic, silalah komen di ruangan komen dan sekiranya anda mahu mencuba produk Gum Arabic hubungi saya, saya akan memberikan konsultasi yang terbaik untuk anda 🙂

PUNCA-PUNCA DAN CARA MENGATASI SEMBELIT & SAKIT PERUT

Hi semua, selamat berhujung minggu, Rehatkan diri anda bersama keluarga yang tercinta. Bukan selalu pun kan hehee.. Pernahkah anda lama terkurung di dalam tandas atau dengan kata lain sembelit? Sembelit jangan dipandang ringan ya, mari kita sama-sama menimba ilmu punca-punca dan cara mengatasi sembelit dan sakit perut ini.

Penyebab sembelit ini sebenarnya sukar untuk diketahui secara pasti. Namun secara umumnya ada beberapa faktor yang menyebabkan sembelit ini berlaku ;

  • Cara pemakanan yang tidak seimbang – Kekurangan serat buah-buahan, sayur-sayuran, kekurangan cairan dan pengambilan susu yang banyak juga penyumbang kepada sembelit.
  • Kehamilan – Sekitar 40% daripada wanita hamil mengalami sembelit selama kehamilan, terutamanya di awal kehamilan. Ini berlaku kerana tubuh seorang wanita hamil banyak mengeluarkan hormon progesteron yang mengakibatkan  otot menjadi kendur  sehingga sukar untuk membuang air besar.
  • Menunda waktu membuang air besar – Perkara yang sering berlaku bagi anak-anak mahupun orang dewasa dengan pelbagai alasan yang kurang munasabah. Namun sifat menunda-nunda waktu ini boleh membawa penyakit yang serius terhadap usus.
  • Pengaruh ubat-ubatan – Pengambilan ubat-ubatan juga boleh mempengaruhi untuk sukar membuang air besar
  • Mempunyai tahap kesihatan yang kurang sihat – pada umumnya dan tidak selalunya berlaku, sembelit boleh memberikan signal atau petanda kepada badan kita terhadap sejauh mana tahap kesihatan kita, seperti diabetes, sindrom iritasi usus besar, kelebihan kalsium dalam darah, kelenjar tiroid yang kurang aktif, penyakit parkinson, kanser usus besar atau dubur, atau cedera tulang belakang.
  • Faktor-faktor fizikal dan mental – kesukaran untuk membuang air besar juga boleh berlaku bagi mereka yang sentiasa tertekan, merasa selalu cemas, depresi, trauma dan lain-lain keadaan yang boleh menganggu hidup mereka

CARA MENGATASI SEMBELIT DAN SAKIT PERUT

Langkah menangani atau mengatasi sembelit ini tergantung kepada punca atau penyebabnya. Namun, secara umumnya ianya boleh diatasi dengan mengubah gaya hidup kita seperti berikut;

  • Minum air putih yang secukupnya bagi mencegah dehidrasi.
  • Banyakkan pengambilan serat  setidaknya 18-30 gram sehari. Serat ini boleh di dapati dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan sereal.
  • ketika membuang air besar di toilet, pastikan kedudukan dalam keadaan yang betul atau selesa, kerana cara duduk juga boleh mempengaruhi terutamanya kanak-kanak.
  • Jangan menunda-nunda waktu untuk membuang air besar.
  • Sekiranya sembelit berlaku terhadap anak, berikan buah-buahan seperti apel, anggur, pir atau kismis, begitu juga dengan orang dewasa.

Dengan mengubah gaya hidup kita yang sihat, sebenarnya bukan perkara yang mudah sekiranya tidak dipraktikan selalu malah jika kita memaksa diri kita untuk berubah, maka ianya boleh saja menjadi satu bebanan dan masalah bagi kita. Apa tidaknya kan.. harus memakan beberapa banyak buah-buahan dan sayuran hehee…

Dengan mengambil suplemen yang tinggi serat dan mempunyai prebiotik semulajadi, jawapannya terletak pada GUM ARABIC. Hanya bancuh dan minum. Senangkan 🙂

KENAPA PERLUNYA MINUM GUM ARABIC?

  • Altenatif pelbagai masalah kesihatan
  • Prebiotik semulajadi
  • Diimport Eksklusif dari sudan
  • Gred terbaik
  • 100% Asli & halal
  • Tanpa bahan pengawet
  • Dan banyak lagi

Untuk lebih lanjut, bolehlah hubungi saya ya 🙂

Nyna – 010 9555229

Like my page – GumArabic2U

Sekian sedikit info mengenai sembelit, dan terima kasih kerana sudi melawat entri saya:)

PUNCA-PUNCA BADAN LEMAH, LETIH DAN CEPAT MENGANTUK SERTA CARA MENGATASINYA

Selamat pagi semua, mulakan hari anda dengan senyuman yang manis 🙂 Dalam menjalani kehidupan seharian, kita tidak lari daripada kesibukan, dan kesibukan inilah yang membuatkan kita letih, lemah badan dan juga cepat mengantuk.

Antara punca-punca badan lemah, cepat letih dan kerap mengantuk adalah seperti berikut;

  • Tidur yang tidak mencukupi – Setiap individu disarankan tidur 7-8 jam sehari. Jadikan tidur sebagai prioriti untuk mengembalikan tenaga anda.
  • Tidak cukup tenaga – Makan terlalu sedikit, diet yang keterlaluan juga akan menyebabkan anda lemah. Diet yang seimbang membantu anda untuk mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah. Apabila paras glukosa dalam darah menjadi rendah, anda akan menjadi lemah dan boleh menyebabkan pitam.
  • Tidak mengambil sarapan – Sarapan adalah diwajibkan. Ambil sarapan yang hanya kelihatan simple seperti beberapa keping roti atau telur separuh masak. Ini membuatkan tenaga anda dapat dibekalkan di waktu pagi. Waktu pagilah anda memerlukan tenaga yang berterusan untuk melakukan kerja agar lebih fokus.
  • Kurang darah merah (Anemia) – Dikalangan perempuan anemia merupakan penyebab utama mereka sering berasa lemah. Ini kerana mereka akan kehilangan darah ketika haid. Biasanya tahap besi(iron) dalam darah akan berkurang dan meletakkan mereka dalam keadaan yang berisiko. Sel darah merah sangat penting untuk membawa oksigen  kes seluruh organ. Lemah, sesak nafas, sering berdebar-debar adalah simptom anemia. Pergilah berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai simptom berikut.
  • Tekanan emosi – Setiap orang pernah mengalami tekanan. Tekanan emosi anda mungkin sekadar memberi kesan kepada emosi sahaja, tetapi sebenarnya ia juga memberi kesan pada fizikal. Lemah, sakit kepala, hilang selera makan adalah simptom yang sering berlaku akibat daripada tekanan emosi.
  • Terlalu banyak kafein – Kafein boleh membantu anda untuk segar dan meningkatkan kadar konsentrasi apabila anda mengambil dos yang tidak berlebihan. Terlalu banyak kafein di dalam kopi akan menyebabkan kadar degupan jantung bertambah, tekanan darah meningkat dan ada kajian yang mengatakan, terlalu banyak kafein akan menyebabkan anda menjadi lemah. Secara perlahan-lahan turunkan ketagihan anda terhadap kafien kopi. Penurunan secara mendadak menyebabkan anda kembali ketagih dan menyebabkan anda bertambah lemah.
  • Dehidrasi – Mudah lemah mungkin disebabkan anda kurang minum air. Samaada anda melakukan senaman  ataupun bekerja, badan anda sangatlah memerlukan air. Apabila anda dahaga, itu bermakna anda dehidrasi.

Untuk mengatasi badan yang cepat lemah, letih, lesu haruslah dengan mengambil pemakanan yang sihat dan seimbang dan bersenam juga keutamaannya. Namun gaya hidup yang terlalu sibuk membuatkan kita tida punya waktu untuk menjaga itu dan ini kan..justeru itu, pengambilan supplemen Gum Arabic ialah pilihan yang terbaik dan paling tepat.

Untuk lebih lanjut, bolehlah hubungi saya di talian seperti berikut;

call/Whatsapp : 010 9555229

klik like di page saya: GumArabic2U

 

KHASIAT SERBUK GUM ARABIC AL-MANNA

Hi semua, selamat pagi..Cuaca kelmarin membuatkan saya risau dan takut, dengan awan yang gelap, angin yang kuat diikuti hujan yang kuat, tetapi hari ini kita bersyukur kerana cuaca yang baik. Hari ini saya mahu dan terus berkongsi mengenai khasiat serbuk Gum Arabic Al-Manna.

Sayangilah usus dan organ-organ dalaman kita dengan mengamalkan Gum Arabic, kerana ianya sangat membantu kita untuk kekal sihat. Berikut adalah antara khasiat dan manfaat Gum Arabic yang berkaitan dengan usus kita ;

  • Gum Arabic dapat merawat penyakit-penyakit yang berkaitan dengan saluran gastro usus. Saluran gastro usus adalah kawasan esofagus, perut, usus kecil, kolon, rektum dan dubur.
  • Gum Arabic juga membantu dalam menangani masalah buasir.
  • Kajian menunjukkan pengambilan Gum Arabic selama 30 hari sebanyak 15 gram hingga 30 gram dapat mengurangkan paras kolesterol dalam darah. Namun keberkesanannya berbeza bagi setiap individu mengikut tubuh masing-masing
  • Kajian juga menunjukkan pengambilan yang banyak dapat mengurangkan lemak bagi manusia. Ada pengguna yang dapat menurunkan berat badan dengan  pengambilan sebanyak 30 gram hingga 50 gram sehari.
  • Dr.Isam Siddiq, seorang pakar dalam Gum Arab dan kegunaannya dari sudan berkata, Gum Arabic adalah bahan prebiotik dan merupakan makanan tambahan yang amat penting untuk menyediakan badan dengan tenaga dan membantu meningkatkan prestasi kesihatan usus.
  • Prof.Omaima Mohi-Eddin Sabir, seorang pakar pediatrik berkata, Penyelidikan perubatan dijalankan ke atas Gum Arabic telah membuktikan bahawa iannya berkesan dlam rawatan pelbagai penyakit seperti penyakit usus dan lain-lain. Beliau menambah lagi bahawa ia telah terbukti dan amat berkesan dalam rawatan penyakit kulit sensetif, sembelit, cirit birit, kekeringan, saraf kolon, kencing manis, oestomalacia kanak-kanak, hiperaktif, kolesterol dan lain-lain lagi.

Untuk lebih lanjut lagi dan ingin mencuba, hubungi kami di lokasi-lokasi yang berdekatan dengan anda ;

Nyna – 010 9555229 (Penampang, Kota kinabalu sabah. Dan kepada yang berada di sekitar donggongon, bagi memudahkan anda, boleh dapatkan produk Gum Arabic ini di megalong,ABGAIL BOX,2nd floor, bersebelahan dengan MR.Diy)

Melan – 019 2792752 (W.P.Labuan)

Donald – 011 26853059 (Ranau, Sabah)

Sekian entri saya untuk kali ini, terima kasih kerana sudi melawat entri saya 🙂

MENGAPA GUM ARABIC AL-MANNA AMEER BERBEZA

Hi semua, selamat pagi, semoga hari ini akan menjadi hari yang indah bagi anda semua 🙂 seperti biasa, entri saya kali ini ialah mengapa Gum Arabic Al-manna Ameer berbeza dan apakah keistimewaannya? haa… jom kita baca sampai habis 🙂
Gum Arabic Al-Manna Ameer sangat larut dalam air, hanya menunggu 7 saat untuk larut dan mudah untuk di minum. Membancuh Gum Arabic adalah  semudah membancuh gula dalam air. Gum Arabic ini, tidak mempunyai rasa yang kuat. Cara pengambilan yang dicadangkan ialah dengan membancuh 5 gram Gum Arabic dengan 1 gelas air biasa. Boleh juga ditambah dengan sedikit limau atau mana-mana jus untuk menambahkan rasa rasa pada bancuhan itu agar lebih enak dan sedap.

Gum Arabic adalah 100% gum Arab yag asli, kualiti terbaik. Kandungan karbohidrat dalam Gum Arabic menjangkau 85% yang berupa serat makanan larut(soluble dietary fiber). Serat larut ini juga dikenali sebagai serat prebiotik kerana efek prebiotik yang terkandung di dalamnya.

Jadi.. Gum Arabic ini boleh dikatakan sebagai suplemen dua dalam satu iaitu suplemen serat larut dan juga suplemen prebiotik. Jadi dengan pengambilan Gum Arabic, anda mendapat bekalan serat larut dan prebiotik yang terbaik untuk memelihara kesihatan sistem pencernaan anda sekaligus melindungi anda daripada penyakit-penyakit kronik

KENAPA SERAT LARUT SANGAT PENTING?

Sumber serat makanan, puratanya orang dewasa memerlukan serat makanan di antara 25 gram hingga 38 gram sehari untuk memelihara kesihatan sistem pencernaan, di mana satu pertiga daripadanya dalam bentuk serat makanan larut.

Golongan lelaki lebih memerlukan banyak serat makanan. Pengambilan 10 gram sehari Gum Arabic akan membekalkan  serat larut secukupnya untuk badan anda. Serat selebihnya diperolehi daripada makanan-makanan lain seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang. Serat tidak larut diperlukan untuk membersihkan dinding usus (cleansing effects) dan melancarkan pergerakan najis ke bahagian dubur

Serat larut pula memainkan peranan yang lebih kepada perlindungan dan pengawalan. Ramai pakar berpendapat bahawa kanser kolon berlaku ekoran daripada kekurangan serat larut dalam pemakanan. Serat larut bertindak membentuk asid lemak rangkaian pendek dalam usus yang akan menghalang bakteria berbahaya, terutamanya patogen, daripada membentuk sel-sel kanser (cancerous polyps) pada dinding usus.

Serat larut juga memainkan peranan dalam mengawal kandungan gula dan kolesterol dalam darah. Kebanyakan penyakit-penyakit kronik  berlaku ekoran kehadiran gula dan kolesterol yang berlebihan dalam darah terutamanya kencing manis dan sakit jantung koronari. Jadi pengambilan serat larut yang secukupnya akan memelihara  anda daripada penyakit-penyakit kronik ini.

APA YANG KAN BERLAKU BILA MENGAMBIL GUM ARABIC?

Kehadiran kesan positif daripada pengambilan Gum Arabic adalah bergantung kepada individu. Ada yang dapat merasakan perubahan dalam masa seminggu dan ada juga yang mengambil masa sebulan dua. Ada seseorang pengguna memberitahu yang dia merasa cerdas dan bertenaga  setelah seminggu mengamalkan Gum Arabic. Sebelum itu dia mudah letih dan mengantuk.

Gum Arabic adalah sumber tenaga semulajadi. Peladang-peladang di sudan biasanya akan memakan Gum Arabic ini dalam perjalanan mereka ke ladang dan mereka mampu bekerja di ladang sehingga ke petang tanpa menjamah apa-apa makanan sehingga mereka kembali ke rumah.

Kesan pengambilan Gum Arabic juga bergantung kepada jumlah dos, masa dan cara pengambilan . Jadi banyak faktor yang mempengaruhi keberkesanan Gum Arabic ini.

Oleh kerana Gum Arabic ini bukan ubat, maka tiada dos  tertentu untuk penyakit tertentu. Kajian mencadangkan pengambilan sehingga 30 gram sehari untuk merawat sesuatu dan 10 gram sehari untuk tujuan pemeliharaan kesihatan.

Masa pengambilan yang dicadangkan adalah ketika perut kosong dan sebelum tidur supaya serat prebiotik  dalam Gum Arabic ini akan terus sampai ke bahagian kolon dan terus dicerna. Yang pentingnya, Gum Arabic ini adalah suplemen kesihatan  dan perlu diambil secara berterusan sebagaimana perlunya kita mengambil sayur-sayuran  dan buah-buahan secara berterusan.

Dengan adanya Gum Arabic dalam pemakanan kita, kita akan mendapat bekalan serat prebiotik yang secukupnya untuk membantu badan kita memperolehi mineral dan nutrien yang mencukupi.

Untuk mengetahui Gum Arabic berkesan ataupun tidak, dan samaada anda telah menggunakan Gum Arabic  dengan cara dan dos yang betul, lakukan ujian sebelum dan 3 bulan selepas menggunakan Gum Arabic, terutamanya ujian tekanan darah dan ujian paras gula dan kolesterol dalam darah.

Sebenarnya setiap usaha kita itu penting dan selebihnya kita berdoa serahkan kepada Tuhan. Biar Dia yang berkerja  dan semoga kita semua dijauhkan daripada segala jenis penyakit dalam dan luaran. Amen 🙂

Sekian entri saya untuk kali ini dan terima kasih kerana melawat entri saya. Untuk lebih lanjut anda bolehlah terus hubungi saya dan rakan seperjuangan saya di talian berikut;

Nyna – 010 9555229 (Penampang, kota kinabalu sabah)

Melan – 019 2792752 (W.P Labuan)

Donald – 011 26853059 (Ranau, Sabah)

 

KENALI GUM ARABIC DAN PREBIOTIK – PENTING UNTUK TUBUH KITA

Hi semua, bertemu kita kembali, walaupun telah lama menyepi hehehee.. Saya ingin tahu, anda pernah dengar mengenai GUM ARABIC? Mesti ada yang sudah kenal kan, tapi kalau yang belum kenal Gum Arabic, mari kita baca entri saya sampai habis ya 🙂

Ianya berbentuk ketulan namun sekarang telah diupgrade dalam bentuk serbuk

APA ITU GUM ARABIC

Ianya diperolehi daripada pokok akasia senegal (berasal dari negara sudan) yang mana menghasilkan getah gum arabic secara semulajadi dan  sebenarnya pokok akasia sentiasa bermanfaat bermula dari akar tunjangnya hingga ke ranting dedaunan dan buah-buahan kekacangnya.

APA KAITAN GUM ARABIC DENGAN PREBIOTIK

Prebiotik yang paling tinggi khasiatnya adalah terdapat dalam Gum Arabic, yang mana sangat penting untuk kesihatan kita terutamanya yang melibatkan kesihatan usus kita dan bakteria baik yang berfungsi melakukan operasi dengan baik.

ADAKAH KITA PERLUKAN PREBIOTIK

Betul, kita sangat memerlukan prebiotik. Ianya adalah makanan yang tidak dapat dicerna usus, berfungsi sebagai  suplemen untuk pertumbuhan dan perkembangan mikroorganisme baik dalam sistem pencernaan.

Prebiotik yang terdapat di dalam Gum Arabic ini adalah serat terlarut yang berfungsi secara selektif menstikulasi pertumbuhan bakteria baik dalam usus besar. Salah satunya adalah bifidobacteria.

                          Rupa baru berbentuk serbuk bagi memudah kita untuk minum 🙂

MANFAAT GUM ARABIC

  • Mempunyai ciri-ciri antioksidan dan mampu mengurangkan kesan buruk terhadap pesakit buah pinggang kronik
  • Menghalang pertumbuhan patogen dalam usus
  • Kandungan serat tinggi sekaligus mengatasi sakit sembelit
  • Membantu mengurangkan paras LDL-kolesterol dalam darah bagi pesakit jantung koronari
  • Mengawal gula berlebihan dalam darah bagi pesakit kencing manis
  • Menurunkan berat badan
  • Sangat berkesan dalam mengawal kandungan asid urik dalam tubuh
  • Menstabilkan tekanan darah
  • Agen anti radang (boleh mengatasi eczema)
  • Mencegah plak gigi
  • Mengatasi masalah kulit berjerawat dan masalah kulit
  • Mengeluarkan toksin dalam badan
  • Dan banyak lagi manfaat

Prebiotik yang terkandung dalam Gum Arabic ini mampu meningkatkan kesihatan saluran cerna kita malah berkemampuan  untuk menyerap mineral secara optimal oleh tubuh.

Jadi.. Dengan adanya serbuk Gum Arabic, kita bolehlah mengambil prebiotik semulajadi ini setiap hari sebagai mempercukupkan keperluan usus kita untuk kekal sihat. Bila usus sihat, badan cerdas maka segala jenis penyakit juga kita dapat elakkan.

Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh hubungi kami di setiap lokasi-lokasi yang berdekatan dengan anda ;

Nyna –  010 9555229 (Penampang, kota kinabalu sabah)

Melan – 019 2792752 (W.P.Labuan)

Donald – 011 26853059 (Ranau, Sabah)