MANFAAT DAN KELEBIHAN MEWANGI KRIM SIANG

Hi selamat pagi semua, ok hari ini saya ingin kongsikan apa manfaat dan kelebihan yang terdapat dalam mewangi krim siang.

BAHAN-BAHAN:

  • 7 Pati bunga
  • Serbuk mutiara
  • Tea Tree oil
  • Vitamin A, E, C
  • Glutha A.H.A
  • Niacinamide
  • Hyaluronic Acid
  • Argan Oil

PERLU TAHU!!! Kita sebagai pengguna perlu tahu semua ini sekiranya kita ingin mencuba apa-apa jenis prodak.

  • Krim siang ini boleh menaikkan seri muka
  • kita selamat dan suci
  • Buatan Bumiputera
  • Ada kelulusan KKM
  • Ada logo HALAL (Mesra solat dan mesra wuduk)
  • Selain itu, krim siang ini adalah bersifat waterbase. Tidak berminyak dan tidak melekit

Krim siang ini senang tanggal dan senang untuk dipakai. Sapu-sapu saja di muka, dap-dap dah siap. Senangkan.. Sangat simple untuk mereka dan anda yang tidak suka berbedak, tampal tebal-tebal bedak di muka dan tidak suka tutup cela masalah kulit seperti jeragat, tompok-tompok hitam dan sebenarnya  sangat baik untuk yang berjerawat. Nak tahu kenapa? Kerana krim siang ini tidak menyumbat liang-liang pori kulit anda malah dapat merawat masalah kulit anda seperti jeragat, tomopk-tompok hitam, jerawat, whiteheads, balackheads dan sebagainya.

Mewangi krim siang ini bukan hanya untuk muka sahaja tetapi boleh digunakan untuk seluruh badan. Ada SPF 60, mewangi krim ini juga berupaya untuk sekatakan tona kulit, mencerah, melembut, menaikkan aura dan seri wajah.

CARA PENGGUNAAN:

Sapu dan ratakan di seluruh muka dan badan. Disyorkan dipakai selepas mandi atau selepas cuci muka. Bagi yang muslim pakai setiap kali selepas solat. Kalau tidak pakai untuk satu badan pun ok, supaya lambat habis hehe..

Untuk itu, sampai di sini sahaja perkongsian saya mengenai mewangi krim siang. Kalau ada yang berminat, mahu cuba prodak mewangi ini, jangan segan untuk hubungi saya atau whatsapp di 0109555229 (nyna)

PETUA JERAGAT MATI HINGGA KE AKAR UMBI DENGAN SKRUB GARAM BUKIT

Hi semua, selamat pagi 🙂 Pernah dengar skrub garam bukit? Pernah dengar garam bukit boleh menyelesaikan masalah jeragat hingga ke akar umbi? Inilah yang saya ingin share dengan anda semua, baca sampai siap ya 🙂

Mesti belum pernah cuba petua inikan? Ramai yang masih tidak tahu. Tetapi pengguna mewangi sudah tahu formula kulit licin dan bebas jeragat.

Pelik tapi benar, jeragat kalau disental dengan garam bukit kemudian disapu pula dengan krim khas mewangi, memang terbukti berkesan.

Mewangi ini lain dari prodak yang ada dipasaran, cara guna pun pelik sedikit, tidak sama dengan prodak yang lain yang pernah saya guna sebelum ini. Terbukti berkesan . Saya dapat merasai perubahan kulit wajah saya dalam masa penggunaan kurang sebulan. Kulit lembut, jeragat tebal mula menipis dan yang paling penting juga jerawat cepat kecut.

PUNCA-PUNCA JERAGAT, JERAWAT DAN TOMPOK HITAM TERJADI ;

  • Ianya disebabkan oleh pancaran UV matahari yang menjadikan kelebihan pigment
  • Hormon yang tidak seimbang disebabkan mengandung atau menopus
  • Gelisah dan tidak cukup tidur (stress)
  • Menggunakan makeup yang tidak berkualiti dan bermutu rendah
  • Disebabkan oleh masalah limpa
  • Radikal bebas
  • Lebihan minyak melampau pada kulit

Inl adalah antara lain penyebab puncanya jeragat, jerawat dan tompok-tompok hitam di kulit wajah. Namun seperti testimoni saya sendiri, mewangi adalah jawapan kepada masalah kulit wajah saya sepertimana entri saya sebelum ini, saya ada kongsikan mengenai testimoni saya sebagai pengguna prodak mewangi.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai prodak mewangi, hubungi saya di 0109555229. Sebarang pertanyaan pasti saya jelaskan dan akan memberikan konsultasi yang terbaik untuk anda.

Sekian dulu entri saya untuk kali ini, terima kasih kerana sudi melawat dan membaca entri saya 🙂

TESTIMONI SAYA SEBAGAI PENGGUNA PRODAK MEWANGI

Hi semua, selamat pagi dan selamat berkerja kepada kita semua. Sebelum tu mulakan hari anda dengan satu senyuman yang  indah 🙂

Saya mengenali dan mula memakai mewangi skincare pada 02.07.2018 dengan harapan muka saya akan pulih normal seperti dulu. Ikuti kisah saya sampai habis ya:)

Setiap wanita semestinya inginkan kulit yang cantik kan, saya satu daripada anda. Sebelum saya mengenali prodak mewangi, saya tidak tahu berapa banyak sudah prodak yang saya gunakan.. Haa bayangkan sehingga saya pun tidak ingat, banyak sangat tu!!

Pada masa lalu, saya tidak begitu ada pengetahuan mengenai prodak yang merbahaya dan memudaratkan struktur kulit sehingga mengakibatkan muka kita rosak, yang saya tahu pada masa itu ialah ingin cantik, walaupun pada masa itu, kulit saya tidaklah seteruk manapun, tetapi keinginan untuk mencuba prodak-prodak yang berlambak di luar sana  membuatkan saya terus membeli dan membeli tanpa menitik beratkan bahan-bahan yang terkandung didalam setiap prodak tersebut.

Paling parah lagi bilamana saya sendiri tidak menyedari yang jeragat di kedua belah pipi  saya semakin membesar, saya ingatkan itu adalah proses pembaik pulihan muka saya. Sehinggalah kawan saya menegur saya bahawa jeragat saya semakin terang dan semakin melarat ke seluruh muka saya.

pada masa itu saya sangat tertekan, malu keluar rumah apatah lagi melihat cermin membuatkan saya betul-betul down. Segala masalah kulit ada pada wajah saya ketika itu. Jeragat tebal,jerawat kecil dan besar, kulit kering, blackheads, whiteheads, pori-pori besar. Inilah akibat yang saya kena tanggung sendiri.

Satu hari, sedang saya melihat FB,saya ternampak skincare berwarna pink, dan saya tergerak hati dan teringin membaca info prodak mewangi ini. Bukan dalam masa yang sama saya terbuka hati untuk mencuba dan membeli prodak mewangi ini, tetapi saya mengambil dalam seminggu barulah membuat tempahan melalui HQ. Bukan kerana saya melengah-lengahkan masa, cuma saya ada perasaan fobia  terhadap mana-mana prodak online berikutan dengan kulit muka saya yang rosak.

Saya mula memakai prodak mewangi pada 02.07.2018 dan sehingga kini sudah 3 bulan lebih saya menggunakan prodak mewangi. Saya sangat bersyukur kerana prodak mewangi ini memberikan saya keyakinan semula pada diri saya . Boleh saya katakan adanya perubahan pada kulit wajah saya. Saya sangat pasti bahawa segala masalah kulit saya dapat diatasi oleh mewangi skincare dengan syarat, sentiasa rajin konsisten dan setakat ini saya tidak pernah skip walau sekalipun 🙂

Saya semakin suka dengan prodak mewangi ini kerana tidak perlu terlalu banyak benda yang saya apply di muka. Selepas cuci muka dengan cleanser, scrub dan cream. Waktu malam pula hanya pakai cream malam, siap. Tidak perlu banyak benda  kerana setiap prodak mewangi ini, sudah memadai dan mencukupi untuk merawat dan membaik pulih kulit muka.

Setakat ini, dalam penggunaan 3 bulan lebih prodak mewangi, muka saya belum boleh dikatakan sangat halus mulus tetapi saya berpuas hati kerana seperti yang kita sedia maklum, bahan-bahan yang asli atau semulajadi ini, dia tidak menjanjikan perubahan yang sangat cepat dan ketara, ianya mengambil beberapa waktu untuk baik pulih bergantung dengan keadaan kulit masing-masing.

kepada anda yang mengalami kulit wajah sama seperti saya, jangan malu bertanya kerana pasti ada jalan penyelesaiannya. Prodak mewangi adalah prodak yang berasaskan bahan -bahan 100% semulajadi.

Sampai sini sahaja kisah saya, sebarang komen atau sharing just komen di ruangan komen ya. Untuk info lanjut mengenai produk mewangi, hubungi saya di 0109555229. Saya akan memberikan konsultasi yang terbaik untuk anda dan terima kasih juga kerana sudi melawat dan membaca entri saya , sehingga kita bertemu lagi di entri saya yang seterusnya 🙂

 

PENGEDAR DAN EJEN AKTIF MEWANGI DI KAWASAN PENAMPANG, KOTA KINABALU, RANAU,SABAH, SEMENANJUNG MALAYSIA

Hi semua, selamat berhujung minggu… Harap cuaca di pagi ini sangat baik hinggalah ke petang, supaya aktiviti yang dirancang bersama keluarga terlaksana dan berjalan dengan lancar.

Bulan ini, sudah masuk 3 bulan saya  bersama dengan MEWANGI dan banyak benda sebenarnya yang saya perolehi daripada mentor saya iaitu Tuan Nizam dan isteri iaitu kak ayu (Founder Mewangi). Walaupun kami belum pernah berjumpa namun ikatan sebagai team MEWANGI sangat dirasai, dan saya boleh katakan mereka sangat humble.

Kenapa saya memilih prodak  MEWANGI? Di sini saya akan bercerita sedikit mengenai latar belakang my skin. Saya seorang yang boleh dikatakan obses teringin kulit yang cantik. Faham-fahamlah kalau sudah obseskan.. Walaupun muka sebenarnya sudah kelihatan elok tetapi bila nampak produk yang boleh membuatkan kita lagi flawless.. Haaa mulalah membeli dan terus membeli.

Semasa dulu, saya kurang mengambil tahu mengenai prodak yang boleh membahayakan atau memudaratkan kulit wajah saya, yang saya tahu kulit cantik dan putih, sehinggalah satu waktu kulit saya sudah rosak. Jeragat sana sini, jerawat kecil, besar semua ada, whiteheads dan blackheads tumbuh silih berganti. Masa itu hanya Tuhan yang tahu.. betapa menyesalnya saya.

Satu waktu saya terpandang sekali imbas pakaging berwarna pink lalu di wall Fb saya, saya mulalah ingin mengetahui mengenai info prodak Mewangi ni dan ianya menarik. Tanpa berlengah saya langsung order prodak mewangi dari HQ dan my order sampai di tangan saya pada 02.07.2018.

Ternyata saya tidak salah memilih prodak mewangi, dalam seminggu saya menggunakannya, perubahan yang ketara adalah kulit lembut . Dalam sekitar  masuk  sebulan, jerawat mengecut, whiteheads, blackheads semakin berkurangan dan masuk bulan ke 2, jeragat degil yang menempek di kedua belah pipi saya pudar. Saya sangatlah gembira dan bersyukur.

Proses pembaik pulihan kulit kita adalah berbeza-beza, ada yang cepat dan ada juga yang lambat. Namun bagi saya, yang penting kita kena konsisten dengan prodak tu dan yang paling penting juga prodak mewangi menggunakan 100% bahan semulajadi tanpa bahan kimia.

Oleh kerana adanya perubahan yang ketara pada kulit wajah saya, tanpa berfikir panjang, saya sertai MEWANGI dengan menjadi ejen yang sah. Kami sebagai satu team mewangi punya satu tujuan iaitu mahu membantu anda untuk memiliki kulit yang putih, anjal, gebu, cantik dan menawan. Kami mahu membantu untuk memulihkan kembali kulit wajah yang telah rosak kembali normal dan bersih.

Sebarang pertanyaan mengenai MEWANGI prodak, saya nyna merupakan pengedar dan ejen sah MEWANGI yang aktif di kawasan penampang, kota kinabalu, ranau, sabah dan seluruh semananjung malaysia. Untuk itu sampai di sini sahaja Pengenalan saya dan jangan lupa ikuti saya di dalam entri saya yang seterusnya nanti mengenai testimoni saya sendiri dan macamna teruknya muka saya sebelum menggunakan prodak mewangi.

Anda boleh call or whatsapp saya  terus di 0109555229 🙂