PETUA HILANGKAN JERAWAT YANG BERKESAN

Hi selamat berhujung minggu. Inilah peluang untuk bersama dengan keluarga tercintakan.. Atau peluang untuk melakukan aktiviti bersama rakan-rakan. Hari ini saya akan berkongsi mengenai petua untuk kecut dan hilangkan jerawat dengan berkesan.

Jerawat memang satu masalah kerana ia boleh menimbulkan rasa kurang keyakinan diri dan malu berhadapan dengan orang ramai. PERINGATAN, jangan sekali-kali suka memicit jerawat ya, kerana tabiat ini lagi memburukkan keadaan kulit muka , jerawat akan bertambah. Beberapa petua yang saya akan kongsikan yang mana mampu merawat dan menghilangkan jerawat dan paling best, ianya adalah bahan yang berasaskan sumber alam semula jadi.

PES SERBUK KUNYIT – Titiskan sedikit air pada serbuk kunyit dan sapu pada jerawat beberapa minit. Lakukan sehingga hilang jerawat.

JUS DAUN PUDINA – Blend daun pudina bersama sedikit air, tapis airnya dan sapu pada seluruh muka. Lakukan sebelum tidur dan biarkan semalaman.

JUS BUAH LEMON – Perah jus lemon dan dengan menggunakan bebola kapas , tekap pada jerawat selama 20 minit dan bilas. Lakukan dua tiga kali sehari untuk kesan yang cepat.

BAWANG PUTIH – potong bawang putih kepada dua dan tekap pada jerawat sehingga terasa jus bawang putih melekat pada jerawat. Jus ini mengandungi sulfur yang mampu merawat jerawat dengan cepat.

UBAT GIGI – Sebelum masuk tidur, sapu ubat gigi pada jerawat dan biarkan semalaman.

WAP PANAS – Letak air panas dalam besen dan lalukan bahagian jerawat pada wap panas. Bukan sahaja menghilangkan jerawat malah menjadikan kulit muka bertambah seri.

PEK AIS –  Letak ais pada jerawat. Ia akan membantu mengecut dan mengecilkan jerawat.

PES SERBUK KAYU MANIS – Letak sesudu madu atau jus lemon pada dua sudu serbuk kayu manis dan sapu pada jerawat. Sebaiknya guna pes serbuk kayu manis ini sebelum masuk tidur.

KULIT BUAH OREN  – Blend kulit oren bersama air. Ambil pes oren dan sapu pada kawasan yang berjerawat.

MADU – Ambil sedikit madu menggunakan bebola kapas dan tekap pada jerawat

JUS TIMUN – Hiris timun dan rendam dalam air selama sejam. Kemudian minum airnya.

Petua hilangkan jerawat ini boleh digunakan untuk pelbagai peringkat umur, kerana ianya hanya menggunakan bahan semulajadi. Walau apapun pastikan muka dicuci dengan bersih sebelum masuk tidur supaya jerawat tidak  cepat timbul.

Ini kerana mekap, minyak dan debu yang melekat sepanjang hari jika tidak dibersihkan menambah risiko untuk mendapat jerawat dengan mudah.

Walaumacamanapun, adakah kita mempunyai masa untuk melakukan petua-petua di atas, mungkin untuk permulaan, ya tetapi selepas beberapa waktu, masihkah kita maintain mengamalkan petua-petua tersebut. Memang payahkan.. TETAPI saya ada jalan penyelesaiannya, jangan risau, MEWANGI SKINCARE kan ada..

Prodak mewangi adalah prodak yang berasaskan 100%  sumber bahan semulajadi dan paling menarik, antara bahan yang terkandung di dalam prodak mewangi ialah madu dan kayu manis. Seperti mana yang kita tahu minyak kayu manis, salah satu fungsinya adalah mengecutkan jerawat dengan berkesan dan madu pula, berupaya melembapkan kulit kita yang kering.

So.. jangan tunggu lama-lama ya, hubungi saya di talian 0109555229. Terima kasih kerana sudi melawat dan membaca entri saya, semoga kita bertemu lagi di entri saya yang seterusnya 🙂

MEWANGI TING-TING FOUNDATION – HANYA DENGAN SAPUAN NIPIS, KULIT GEBU, ANJAL DAN GLOWING

Selamat pagi semua, hari ini saya nak share kepada anda semua mengenai mewangi ting-ting foundation.

Ting-ting foundation merupakan bedak asas dengan SPF 30 yang mudah meresap ke kulit dan mengikut aliran darah dan suhu tubuh pemakainya. Dengan ting-ting foundation ini, anda tidak perlu risau lagi tersalah beli foundation yang tidak sesuai dengan tona kulit anda, Kerana foundation ini sesuai untuk semua jenis atau tona muka orang asia.

KELEBIHAN DAN KEBAIKAN

  • Membantu melembapkan kulit wajah dan menjadikan kulit lebih glowing dan longlasting
  • Membantu mencantikkan kulit
  • Membantu merawat kulit dari kusam kerana mengikut aliran darah dan suhu tubuh pemakainya
  • berfungsi sebagai oil control pada kulit yang mengawal lebihan minyak pada wajah
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Pelindung terbaik dari pancaran UVA dan UVB
  • Membantu mengawal kulit dari sunburn
  • Boleh digunakan oleh wanita dan lelaki

CIRI-CIRI TING-TING FOUNDATION

  • Tidak melekit
  • Tidak bercapuk
  • Mudah dioles di wajah
  • Mudah untuk diblend
  • Mudah dicuci
  • mengandungi 2 minyak yang menjadikkannya lebih istimewa iaitu;

Minyak argan kaya dengan vitamin E malah kandungan vitaminnya 2 kali ganda  lebih banyak berbanding  minyak zaitun. Vitamin E kaya dengan antioksidan dan berfungsi untuk melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan penuaan berlaku pada kulit wajah.

Minyak argan juga berfungsi melembapkan kulit yang kering, ianya juga berfungsi untuk mencerahkan kulit dengan membuat tona kulit lebih sekata. Tidak perlu guna kosmetik yang berbahaya, hanya menggunakan minyak argan

Avocado adalah agen anti-oksida yang sangat berkesan. Anti-oksida inilah yang bertindak sebagai anti-penuaan dan membantu untuk mengurangkan garis-garis penuaan di wajah anda. Minyak avocado telah terbukti meransang penghasilan kolagen dalam kulit kita (Collagen Boaster) dan juga bertindak sebagai pelembap kulit (Moisturizer).

Kandungan Vitamin A dalam avocado dapat membantu membersihkan setiap sel-sel kulit yang mati. Asid amino glutamin juga berguna untuk memberi perlindungan yang cukup dari beberapa kesan buruk akibat faktor persekitaran.

Ikuti toturial my lovely Founder MEWANGI skincare. Para pengguna mewangi skincare, terus amalkan prodak mewangi, dan kepada anda yang mahu mencuba, hubungi saya di 0109555229. Saya akan memberikan konsultasi yang terbaik untuk anda.

Sehingga kita bertemu kembali di entri yang seterusnya. Terima kasih kerana sudi membaca dan melawat entri saya 🙂

MUDAHNYA BUAT TERAPI AIS – BANYAK MANFAAT UNTUK KULIT

Hi semua, tengah buat apa tu..heheee . Selain daripada mengamalkan skincare seharian untuk kita maintainkan kecantikan kulit kita. Sini saya ingin share satu cara lagi untuk nampak kulit kita lagi sihat dan tidak kelihatan letih lesu, walaupun kita dalam keadaan yang sangat penat.

Sebenarnya mudah saja untuk membuat terapi ais ni dan ianya sangat berkesan. Antara manfaat dan kebaikan terapi ais ini ;

  • Tegangkan kulit
  • Kurangkan kedutan
  • Kulit mulus segar
  • Hilangkan jerawat
  • Redakan kulit yang mengalami healing proses, kemerahan dan pengelupasan
  • Rehatkan kulit wajah sebelum tukar ke prodak yang lain
  • Kurangkan kulit berminyak
  • Menutup pori-pori yang besar
  • Kulit menjadi anjal dan cerah
  • Dan banyak lagi

Kalau kita rajin, sebenarnya setiap hari kita boleh lakukan terapi ais ini, kerana aktiviti seharian kita menyebabkan kulit kita, sentiasa terdedah dengan pencemaran persekitaran.

Ikuti toturial Founder MEWANGI Skincare ini, dan anda haruslah dan mesti amalkan terapi ais ini dan anda akan menikmati khasiat apabila mengamalkan terapi ais ini.

Sekian dulu entry saya untuk kali ini. Sehingga kita bertemu lagi di entri saya yang seterusnya dan terima kasih juga kerana sudi membaca dan melawat entri saya. Sekiranya ada komen dan cadangan, silakan di ruangan komen, dalam masa yang sama kita boleh saling bertukar pendapat 🙂

TESTIMONI SAYA SEBAGAI PENGGUNA PRODAK MEWANGI

Hi semua, selamat pagi dan selamat berkerja kepada kita semua. Sebelum tu mulakan hari anda dengan satu senyuman yang  indah 🙂

Saya mengenali dan mula memakai mewangi skincare pada 02.07.2018 dengan harapan muka saya akan pulih normal seperti dulu. Ikuti kisah saya sampai habis ya:)

Setiap wanita semestinya inginkan kulit yang cantik kan, saya satu daripada anda. Sebelum saya mengenali prodak mewangi, saya tidak tahu berapa banyak sudah prodak yang saya gunakan.. Haa bayangkan sehingga saya pun tidak ingat, banyak sangat tu!!

Pada masa lalu, saya tidak begitu ada pengetahuan mengenai prodak yang merbahaya dan memudaratkan struktur kulit sehingga mengakibatkan muka kita rosak, yang saya tahu pada masa itu ialah ingin cantik, walaupun pada masa itu, kulit saya tidaklah seteruk manapun, tetapi keinginan untuk mencuba prodak-prodak yang berlambak di luar sana  membuatkan saya terus membeli dan membeli tanpa menitik beratkan bahan-bahan yang terkandung didalam setiap prodak tersebut.

Paling parah lagi bilamana saya sendiri tidak menyedari yang jeragat di kedua belah pipi  saya semakin membesar, saya ingatkan itu adalah proses pembaik pulihan muka saya. Sehinggalah kawan saya menegur saya bahawa jeragat saya semakin terang dan semakin melarat ke seluruh muka saya.

pada masa itu saya sangat tertekan, malu keluar rumah apatah lagi melihat cermin membuatkan saya betul-betul down. Segala masalah kulit ada pada wajah saya ketika itu. Jeragat tebal,jerawat kecil dan besar, kulit kering, blackheads, whiteheads, pori-pori besar. Inilah akibat yang saya kena tanggung sendiri.

Satu hari, sedang saya melihat FB,saya ternampak skincare berwarna pink, dan saya tergerak hati dan teringin membaca info prodak mewangi ini. Bukan dalam masa yang sama saya terbuka hati untuk mencuba dan membeli prodak mewangi ini, tetapi saya mengambil dalam seminggu barulah membuat tempahan melalui HQ. Bukan kerana saya melengah-lengahkan masa, cuma saya ada perasaan fobia  terhadap mana-mana prodak online berikutan dengan kulit muka saya yang rosak.

Saya mula memakai prodak mewangi pada 02.07.2018 dan sehingga kini sudah 3 bulan lebih saya menggunakan prodak mewangi. Saya sangat bersyukur kerana prodak mewangi ini memberikan saya keyakinan semula pada diri saya . Boleh saya katakan adanya perubahan pada kulit wajah saya. Saya sangat pasti bahawa segala masalah kulit saya dapat diatasi oleh mewangi skincare dengan syarat, sentiasa rajin konsisten dan setakat ini saya tidak pernah skip walau sekalipun 🙂

Saya semakin suka dengan prodak mewangi ini kerana tidak perlu terlalu banyak benda yang saya apply di muka. Selepas cuci muka dengan cleanser, scrub dan cream. Waktu malam pula hanya pakai cream malam, siap. Tidak perlu banyak benda  kerana setiap prodak mewangi ini, sudah memadai dan mencukupi untuk merawat dan membaik pulih kulit muka.

Setakat ini, dalam penggunaan 3 bulan lebih prodak mewangi, muka saya belum boleh dikatakan sangat halus mulus tetapi saya berpuas hati kerana seperti yang kita sedia maklum, bahan-bahan yang asli atau semulajadi ini, dia tidak menjanjikan perubahan yang sangat cepat dan ketara, ianya mengambil beberapa waktu untuk baik pulih bergantung dengan keadaan kulit masing-masing.

kepada anda yang mengalami kulit wajah sama seperti saya, jangan malu bertanya kerana pasti ada jalan penyelesaiannya. Prodak mewangi adalah prodak yang berasaskan bahan -bahan 100% semulajadi.

Sampai sini sahaja kisah saya, sebarang komen atau sharing just komen di ruangan komen ya. Untuk info lanjut mengenai produk mewangi, hubungi saya di 0109555229. Saya akan memberikan konsultasi yang terbaik untuk anda dan terima kasih juga kerana sudi melawat dan membaca entri saya , sehingga kita bertemu lagi di entri saya yang seterusnya 🙂

 

FUNGSI DAN KEBAIKAN MEWANGI CHEWING GUM SOAP

Bertemu kita kembali diruangan entri saya, dan saya harap anda semua dalam keadaan baik 🙂 Pernah dengar pencuci muka chewing gum soap? Hari ini saya ingin berkongsi mengenai si chewing gum soap dan harap anda membaca sampai habis tentang fungsi dan kebaikan mewangi chewing  gum soap.

  • Pernah dengarkah term SLS? SLS adalah water surfactant atau ejen pembuih (to make the water wetter by reducing water’s surface tension) Nama penuh SLS adalah Sodium Laurel Sulfate or Sodium Laureth Sulfate.
  • Ianya dibuat dari asid sulfurik, monododecyl ester dan sodium salt. Pendek kata,SLS ini bukan semulajadi, tetapi sintetik, dihasilkan dari BAHAN KIMIA.
  • SLS sintetik adalah bahan yang murah dan menghasilkan baaaaaaanyak buih. Sebab itu bahan pencuci yang murah semua buih bukan main banyak lagi.
  • Zaman sekarang orang ingat makin banyak buih, makin baguskan? Salah tu! Asalnya SLS ini digunakan utnuk mencuci lantai.
  • Bayangkan benda yang asalnya untuk mencuci lantai, kita gunakan untuk  mencuci muka kita, cuba anda bayangkan, kesiannya muka dan seluruh badan kita. Macam pakai floor cleaner untuk mencuci muka.

Ok kita cerita mengenai CHEWING GUM SOAP INI, Bahan utama yang digunakan ialah KULIT KAYU MANIS dan MADU.

FUNGSI-FUNGSI

  • Menganjalkan kulit
  • Memudarkan dan seterusnya menghilangkan jeragat
  • Membina sel kulit baru
  • Menggalakan petumbuhan sel kulit baru
  • Melindungi kulit dari panas matahari Beribu-ribu pati buah-buahan dan vitamin C
  • Mencerah, mengebu dan menganjalkan kulit
  • Anti-bakteria, menghapuskan pelbahai jenis jerawat dan kegatalan
  • Menyejukkan kulit, anti pedih, keradangan kulit akibat pengelupasan

Kepada pengguna-pengguna produk mewangi, teruskan menggunakan mewangi skincare dan kepada yang mahu mencuba produk mewangi, sangat-sangat saya galakkan kerana ianya adalah bahan-bahan semulajadi. Saya sendiri menggunakannya dan dapat merasai perubahan terhadap kulit saya. Semoga perkongsian ini dapat memberi info dan manfaat untuk anda semua.

Sekian dulu entri saya untuk kali ini, terima kasih kerana sudi melawat dan membaca, sehingga kita berjumpa lagi di ruangan entri saya, dan untuk info lanjut mengenai mewangi prodak, hanya hubungi saya di 010-9555229 🙂

MANFAAT GARAM BUKIT YANG TERKANDUNG DIDALAM PRODUK MEWANGI

GARAM BUKIT ADA DALAM PRODUK MEWANGI??? Apa tu… Haaaa Disini saya ingin kongsikan lagi manfaat garam bukit yang ada didalam produk mewangi. Kepada pengguna-pengguna produk mewangi dan kepada yang baru mahu mencuba , kita baca bersama manfaat garam bukit ini ya 🙂

  • Mempunyai 84 jenis mineral yang tidak terdapat dalam garam biasa
  • meleraikan gumpalan sel-sel darah merah
  • Membekalkan zat mineral berbentuk ionik yang seimbang
  • Membantu penyerapan vitamin dengan lebih sempurna
  • Memelihara kecantikan dan kesihatan kulit dalam dan luaran
  • Membantu pembaharuan semula sel-sel
  • Menganjalkan saluran darah
  • Wangian penghilang stress dan menaikkan seri wajah dan badan
  • Mengatasi masalah jerawat, jeragat dan parut
  • Menghaluskan kulit wajah dan tubuh
  • Menghilangkan bau badan
  • Mencegah penuaan kulit wajah dan badan

Garam bukit adalah penggalak kepada mana-mana unsur yang lemah. Garam akan melunturkan dan meleraikan segala kekotoran dan amat berkesan sebagai agen pembersih. Garam juga mempunyai kuasa  pembersih yang sangat mesra alam. Sangat bagus digabungkan dengan 7 bunga penaik seri .

Setakat ini, Ramai yang telah mencuba peeling scrub dari produk mewangi dan memberikan maklum balas yang positif dan memuaskan. Peeling scrub ini,bukan hanya dipakai di bahagian muka sahaja, dibibir juga boleh disapu perlahan-lahan untuk mencerahkan bibir yang hitam dan pucat. Selain itu peeling scrub ini juga boleh digunakan di seluruh badan.

Sebaiknya selepas menggunakan peeling scrub,sapukan wajah dengan mewangi krim yang mempunyai spf 60, supaya mengelak kulit dari menjadi gelap.  Mewangi krim boleh membantu kulit kita  menjadi gebu,cerah,lembut,menaikkan aura seri wajah dengan syarat wajib pakai secara KONSISTEN bersama dengan penaik seri 7 bunga (krim malam).

Saya pengguna prodak mewangi dan setakat ini saya berpuas hati. Walaupun tindakbalas agak sedikit lambat tetapi bagi saya, yang penting iannya selamat tanpa bahan terlarang. Untuk info lanjut, hubungi saya di 010-9555229. Saya pasti akan memberikan konsultasi yang terbaik untuk anda. Sekian 🙂

TESTIMONI PENGGUNA PRODUK MEWANGI – PRODUK TERBAIK

Selamat pagi  dan selamat berkerja kepada semua. Cuaca di sabah sejak beberapa menjak ini,asal petang mesti hujan. Moga dimanapun kita berada semua dalam keadaan yang baik 🙂 Hari ini,saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai pengguna tegar mewangi skincare.

  • Produk MEWANGI 100% dijamin berkualiti tinggi, selamat dan suci dengan bahan-bahan alami dan bebas alahan.
  • Produk ini difomulasikan dengan sumber semulajadi seperti garam bukit, lilin lebah, pati bunga-bungaan dan herba tempatan yang terkenal dengan pelbagai khasiat dan kebaikan.
  • Produk ini juga mendapat kelulusan dan berdaftar dengan kementerian kesihatan malaysia yang terbukti bebas daripada bahan berbahaya seperti merkuri, hidrokinon dan paraben yang boleh mendatangkan kesan mudarat kepada pengguna.

So kita sebagai pengguna, tidak perlu risau lagikan dan di sini,saya akan sertakan beberapa testimoni untuk kita lihat sendiri dan selepas lihat keberkesanannya, jangan lengahkan masa. Hubungi saya untuk mendapatkan produk MEWANGI skincare 🙂

Ini hanya antara pengguna mewangi dan sebenarnya terlalu banyak lagi testimoni yang bagi feedback positif dan sangat berpuas hati,namun untuk kali ini, smpi di sini sahaja dulu dan kita akan bertemu kembali. Jangan lupa hubungi saya di 010-9555229. Terima kasih kerana sudi membaca dan melawat entri saya 🙂

MANFAAT DAN KHASIAT AL-MANNA AMEER GUM ARABIC PILIHAN TERBAIK RAKYAT MALAYSIA

Hi semua, selamat bertemu kembali kita dalam ruangan entri saya. Dalam minggu ini, melihat keadaan cuaca buat kita gerun kan, namun harapan kita, agar cuaca akan semakin baik.

Baiklah entri saya untuk kali ini adalah manfaat dan khasiat Al-Manna Ameer Gum Arabic, yang mana sememangnya tidak asing lagi bagi seluruh rakyat malaysia dan semestinya ianya pilihan terbaik. Setiap keluarga wajib ada Gum Arabic tau.. Kerana ianya sangat sesuai bagi setiap peringkat umur seawal bayi 8 bulan dan ke atas.

Serbuk getah pokok acacia senegal Al-Manna Ameer telah digunakan di kalangan masyarakat yang mempunyai masalah kesihatan tertentu. Gum Arabic adalah bukan sejenis ubat atau herba yang digunakan untuk memulihkan masalah kesihatan. Ianya makanan kesihatan yang mempunyai manfaat dan khasiat mineral seperti kalsium dan perbiotik semulajadi yang tinggi untuk menambah keperluan serat harian.

MANFAAT DAN KHASIAT GUM ARABIC

  1. Pesakit buah pinggang memanfaatkan serbuk Gum Arabic Al-Manna Ameer untuk kesihatan yang lebih baik tanpa memerlukan rawatan dialisis. Kesihatan yang baik membantu penurunan kreatinin dalam darah ke peringkat yang lebih baik.
  2. Badan yang sihat. cergas dan bertenaga datangnya dari budaya hidup yang sihat antaranya pengamalan pemakanan yang sihat termasuk ikhtiar minuman harian Gum Arabic.
  3. Radikal oksigen bebas memberi kesan yang tidak baik kepada tahap kesihatan kita, oleh itu serbuk Gum Arabic membantu untuk mengurangkan kesan radikal bebas oksigen.
  4. Apa itu butyrate? Butyrate ialah metabolit utama atau makanan penting untuk kelangsungan hidup bakteria baik dalam kolon. Gum Arabic diakui umum sebagai sumber perbiotik semulajadi dan ianya  sangat baik untuk percambahan sel-sel bakteria baik dalam usus(kolon). Ikhtiar terbaik untuk menghadapi masalah usus dan penghadaman.
  5. Dapat menurunkan masalah tekanan darah tinggi.
  6. Selesma dan demam sangat sinonim di kalangan kanak-kanak. Serbuk Gum Arabic dapat mengurangkan kekerapan kanak-kanak jatuh sakit.
  7. Gum Arabic bersifat pengemulsi dan ejen penstabil semula jadi yang mampu menghalang pembentukan lemak dan gula dalam darah.
  8. Dapat mengawal selera makan antara cara yang boleh menurunkan berat badan berlebihan.
  9. Dapat mengurangkan masalah sengugut di kalangan kaum hawa.
  10. Gout adalah masalah yang dihadapi ramai warga emas terutamanya lelaki. Gout juga boleh saja berlaku dikalangan golongan muda yang mana mengabaikan gaya hidup sihat.
  11. dapat membantu dalam masalah buasir.
  12. Dapat membantu dalam masalah migrain.
  13. Dapat membantu dalam masalah kulit seperti kudis yang mana dikaitkan dengan pelbagai masalah lain.
  14. Dapat membantu anda untuk bangun pagi dalam keadaan yang mudah dan bertenaga.
  15. Dapat membantu dalam menangani masalah sendi.
  16. Dapat membantu menangani masalah asma.
  17. Dapat membantu dalam menangani masalah batu karang.
  18. Dapat membantu menangani sembelit.
  19. Penyakit kanser adalah penyakit yang sangat digeruni semua orang. Dengan adanya Gum Arabic, ianya dapat membantu memperbaiki tahap kesihatan kita ke arah yang lebih baik.
  20. Gum Arabic mampu membantu kekebalan sistem pertahanan badan dan adanya penyerapan bahan mineral yang lebih baik.
  21. Penghalang kepada masalah pertumbuhan sel kanser usus dan keradangan.
  22. Dapat membantu menangani masalah cirit birit.
  23. Dapat membantu untuk menurunkan paras kolesterol yang tinggi.
  24. Dan banyak lagi sebenarnya manfaat Gum Arabic ini.

Untuk info lebih lanjut mengenai Khasiat serbuk Al-Manna Gum Arabic ini, hanya hubungi saya di talian 010-9555229 dan jangan lupa like my page under GumArabic2U 🙂

Sehingga kita bertemu lagi di entri saya yang seterusnya dan terima kasih juga kerana anda sudi melawat entri saya. Sekiranya anda merupakan salah seorang pengamal Gum Arabic, silalah komen di ruangan komen dan sekiranya anda mahu mencuba produk Gum Arabic hubungi saya, saya akan memberikan konsultasi yang terbaik untuk anda 🙂