MANFAAT 7 BUNGA YANG TERDAPAT DI DALAM PRODUK MEWANGI

Hi semua,.. Mulakan pagi anda dengan senyuman :)Macamana dengan entri saya sebelum ini. Ada baca ke tak? Heheee.. Siapa sini yang suka dengan bunga-bungaan ? Fresh pla tu.. Satu-satunya produk yang mempunyai gabungan 7 bunga yang berbeza dan fungsi juga berbeza iaitu produk MEWANGI ­čÖé

Jom kita baca sampai habis kerana masih ramai lagi yang belum tahu mengenai manfaat 7 bunga yang ada di dalam produk MEWANGI

  1. JASMIN – Bunga jasmin yang juga dikenali sebagai bunga melur sangat berkesan dalam meredakan tekanan dalam badan kerana ia terkenal sebagai anti-depression. Ia juga dapat mengurangkan rasa sakit pada sendi dan melegakan masalah pada sistem saraf. Pendek kata, bunga jasmin mampu meningkatkan kesihatan emosi anda.
  2. YLANG YLANG -Dikenali sebagai bunga kenanga, Ia mampu mengatur aliran kalenjar dalam sistem saraf yang boleh menghilangkan rasa stress, panik, gelisah dan marah. Selain itu ia membantu membaikpulih dan mencegah masalah demam malaria,asma,sesak nafas,kudis,gigitan serangga, sakit kepala, masalah keputihan dan mengatasi masalah bau badan. Ia juga selalu digunakan sebagai bahan jamu untuk wanita yang baru bersalin.
  3. PEPPERMINT – Terkenal dengan sifatnya yang menyegarkan pernafasan dan bau mulut. Sebenarnya, selain itu, ia juga gunakan sebagai salah satu bahan untuk ubat selesma kerana khasiatnya yang menyegarkan mampu merawat masalah hidung. Peppermint juga berfungsi mematikan bakteria dan kuman, meredakan sakit kepala,asma,senggugut dan mengatur pendarahan haid. Kandungan mineralnya yang tinggi pula membantu mengawal pergerakkan jantung dan tekanan darah.
  4. GERANIUM – Bunga ini terkenal dengan potensinya yang boleh merawat HIV,AIDS,kanser,radang sel otak dan sistem saraf yang bermasalah. Ia membantu mempercepatkan proses detox dalam badan yang membuatkan luka sembuh dengan pantas. Ia juga boleh membantu mencegah dari digigit nyamuk, menjaga imunisasi badan dan pengaliran sel darah. Fungsinya yang kaya dengan anti-bakteria dan anti-septik mampu menghalang serangan bakteria pada luka dan menghalang jangkitan kuman.
  5. ROSEMARY – Kehebatannya dalam perubatan ialah merawat kanser,senguggut,peredaran darah, hipertensi, memperbaiki sel otak dan sendi. Rosemary juga digunakan untuk meghilangkan masalah gatal dan kelemumur pada kulit kepala di samping menggalakkan lagi proses pertumbuhan rambut supaya menjadi lebih lebat dan sihat. Ia juga baik untuk merawat masalah kulit berminyak, berjerawat dan berjeragat.
  6. ROS– Bunga ros memang antara bunga yang dikenali ramai yang tahu tentang khasiatnya dlaam perubatan. Antarannya ialah baik untuk melancarkan tekanan dan pengaliran darah seperti sengugut dan sakit kepala, masalah pencernaan, masalah bau mulut, melegakan stress dan sangat bagus digunakan untuk merawat masalah kulit.
  7. LAVENDER – Lavender antara bunga yang selalu menjadi pilihan utama sebagai penyegar udara kerana aromanya yang lembut dan segar. Masalah seperti insomnia, gigitan nyamuk,lelah, bau mulut, sistem saraf, jerawat, otot dan sendi boleh dirawat menggunakan bunga ini. Ia juga terkenal sebagai anti-stress kerana kemampuannya sebagai penenang fikiran yang menjadikan kesihatan emosi lebih stabil.

Hebatkan ketujuh-tujuh bunga ini? Sebab itulah pengasas prodak mewangi (kak ayu) pilih bunga-bunga ini sebagai bahan-bahan asas prodak mewangi. Wajib tahu, prodak mewangi adalah prodak penjagaan wajah dan badan sekali penaik seri yang selamat dan suci, halal, ada KKM,tiada bahan kimia,tiada mercury,tiada hydroqinon. Digunakan tanpa was-was.

Saya adalah pengguna prodak mewangi dan kebanyakan pengguna yang konsisten memberikan feedback yang memuaskan. Untuk info lebih lanjut mengenai prodak mewangi, hubungi saya di talian 010-9555229. Terima kasih kepada yang membaca dan melawat entri saya . Sekian ­čÖé

KHASIAT MADU LEBAH DI MEWANGI CHEWING SOAP

Hi semua selamat pagi dan selamat bekerja semuanya. Wahh sangat lama rasanya saya tidak ke udara dan sembang -sembang dengan korang semua kan,hehee..

Kamu pernah dengar tak mewangi chewing gum soap? Haaa..kalau yang belum pernah dengar ..Mari baca info ni sampai habis ya. Ianya sejenis pencuci muka dan salah satu bahan yang digunakan untuk menghasilkan chewing gum soap ini adalah madu lebah. Madu lebah terkenal dengan khasiatnya, baik dari segi kecantikan kulit mahupun kesihatan dalaman kita.

1)MELINDUNGI KULIT – Khasiat madu lebah yang sangat terkenal adalah melindungi kulit. Madu memiliki kandungan antioksidan, anti-jamur dan anti-mikroba yang dapat menyembuhkan bintik merah, infeksi kulit dan juga menyembuhkan luka.

2)MELEMBAPKAN KULIT – Untuk membuat kulit menjadi lebih lembut, anda boleh menggunakan madu secara teratur untuk melembutkan kulit ataupun rambut pada keadaan yang kering sekalipun. Anda boleh mengoleskan madu pada daerah leher dan juga wajah untuk melembutkan kulit bahkan boleh juga digunakan sebagai bahan alami lainnya sebagai campuran.

3)MENCEGAH PENUAAN PADA KULIT – Tanda penuaan dapat dikurangkan dengan menggunakan madu. Madu juga boleh menjadi toner dengan mencampurkan beberapa bahan alami yang lainnya. Salah satunya ialah dengan mencampurkan dua senduk teh lemon, dua senduk teh madu dan campurkan air secukupnya, kemudian masukkan campuran tadi ke dalam botol yang bersih, selanjutnya goncang sehingga sebati dan anda bolehlah menggunakan ia sebagai toner.

4)MEMELIHARA KECANTIKAN KULIT – Selain menggunakan pada kulit, anda juga boleh jadikan madu sebagai minuman. Madu memiliki kandungan magnesium, potasium dan juga kalsium yang dapat membantu dalam regenerasi sel kulit sehingga kulit akan kelihatan sihat dan cantik.

5)MENYEMBUHKAN LUKA PADA KULIT – Esen gula dalam madu dapat membantu mempercepatkan penyembuhan pada luka. Selain itu madu juga memiliki kandungan anti-mikroba.

6)MEMBERSIHKAN KULIT – Madu boleh digunakan sebagai pembersih kulit kerana ada kandungan enzim yang terdapat didalam madu itu. Campuran air dan madu dapat menghasilkan antiseptik yang lembut dan boleh membersihkan kulit.

7)MEMULIHKAN JERAWAT – Gunakan sedikit madu dan oleskan pada kulit wajah yang berjerawat dalam 15 minit, kemudian bilas hingga bersih. Ianya dapat membunuh jerawat ini kerana madu memiliki kandungan anti-bakteria .

Banyak sebenarnya khasiat madu ini sekiranya diamalkan selalu, akan tetapi kalau yang tidak punya masa dan malas menggunakan cara tradisional, Jom order mewangi skincare dari saya. Kerana bila kita menggunakan chewing gum soap ini, cara tradisional ┬átidak perlu sudah. Amalkan chewing gum soap secara konsisten, pasti kulit akan gebu ­čÖé

Tunggu apa lagi, kepada yang belum mencuba, Hubungi saya terus tau, dan kepada yang telah mencuba, teruskan penggunakan Mewangi skincare secara konsisten ­čÖé

PM/WHATSAPP : Nyna 0109555229

 

 

TESTIMONI PENYAKIT GOUT, SEKIRANYA DIBIARKAN BOLEH MEMBAWA MAUT

Hi semua, selamat pagi. Lama pula tidak muncul di ruangan entri saya ni hehe… Untuk kali ini, saya mahu share berkaitan dengan penyakit gout yang sememangnya tidak asing lagi bagi rakyat malaysia umumnya.
Gout adalah sejenis penyakit yang diakibatkan oleh asid urik yang berlebihan di dalam badan kita, dan asid urik itu adalah bahan kumuhan  yang berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Bagi penghidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan akan berkumpul di dalam sendi dan tidak dinafikan, Ianya adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia sejak zaman dahulu kala lagi.

Pada masa dahulu, gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan malah boleh membawa maut namun kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal. Biasanya, gout ini sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan 30 hingga 60 tahun. Ianya jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.

Selain dari ubat-ubatan, untuk mengurangkan asid urik di dalam badan kita, di masa kini, supplemen juga memainkan peranannya yang tersendiri dalam mengekalkan tahap kesihatan kita yang lebih optimum. Mari kita ikuti sebahagian  daripada testimoni pengamal Gum Arabic, yang mana mereka sangat berpuas hati dengan serbuk gum arabic yang menjanjikan 100% semulajadi tanpa bahan kimia dan halal. Sangat sinonim juga  dengan panggilan  kualiti prebiotik yang sangat tinggi.

Untuk keterangan lanjut, hanya hubungi saya di talian 010-9555229. Info-info terkini, anda boleh layari page saya di GumArabic2U dan jangan lupa like ya hehe… Sekian untuk entri saya kali ini dan terima kasih kerana sudi melawat entri saya:)

PUNCA-PUNCA DAN CARA MENGATASI SEMBELIT & SAKIT PERUT

Hi semua, selamat berhujung minggu, Rehatkan diri anda bersama keluarga yang tercinta. Bukan selalu pun kan hehee.. Pernahkah anda lama terkurung di dalam tandas atau dengan kata lain sembelit? Sembelit jangan dipandang ringan ya, mari kita sama-sama menimba ilmu punca-punca dan cara mengatasi sembelit dan sakit perut ini.

Penyebab sembelit ini sebenarnya sukar untuk diketahui secara pasti. Namun secara umumnya ada beberapa faktor yang menyebabkan sembelit ini berlaku ;

  • Cara pemakanan yang tidak seimbang – Kekurangan serat buah-buahan, sayur-sayuran, kekurangan cairan dan pengambilan susu yang banyak juga penyumbang kepada sembelit.
  • Kehamilan – Sekitar 40% daripada wanita hamil mengalami sembelit selama kehamilan, terutamanya di awal kehamilan. Ini berlaku kerana tubuh seorang wanita hamil banyak mengeluarkan hormon progesteron yang mengakibatkan ┬áotot menjadi kendur ┬ásehingga sukar untuk membuang air besar.
  • Menunda waktu membuang air besar – Perkara yang sering berlaku bagi anak-anak mahupun orang dewasa dengan pelbagai alasan yang kurang munasabah. Namun sifat menunda-nunda waktu ini boleh membawa penyakit yang serius terhadap usus.
  • Pengaruh ubat-ubatan – Pengambilan ubat-ubatan juga boleh mempengaruhi untuk sukar membuang air besar
  • Mempunyai tahap kesihatan yang kurang sihat – pada umumnya dan tidak selalunya berlaku, sembelit boleh memberikan signal atau petanda kepada badan kita terhadap sejauh mana tahap kesihatan kita, seperti diabetes, sindrom iritasi usus besar, kelebihan kalsium dalam darah, kelenjar tiroid yang kurang aktif, penyakit parkinson, kanser usus besar atau dubur, atau cedera tulang belakang.
  • Faktor-faktor fizikal dan mental – kesukaran untuk membuang air besar juga boleh berlaku bagi mereka yang sentiasa tertekan, merasa selalu cemas, depresi, trauma dan lain-lain keadaan yang boleh menganggu hidup mereka

CARA MENGATASI SEMBELIT DAN SAKIT PERUT

Langkah menangani atau mengatasi sembelit ini tergantung kepada punca atau penyebabnya. Namun, secara umumnya ianya boleh diatasi dengan mengubah gaya hidup kita seperti berikut;

  • Minum air putih yang secukupnya bagi mencegah dehidrasi.
  • Banyakkan pengambilan serat ┬ásetidaknya 18-30 gram sehari. Serat ini boleh di dapati dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan sereal.
  • ketika membuang air besar di toilet, pastikan kedudukan dalam keadaan yang betul atau selesa, kerana cara duduk juga boleh mempengaruhi terutamanya kanak-kanak.
  • Jangan menunda-nunda waktu untuk membuang air besar.
  • Sekiranya sembelit berlaku terhadap anak, berikan buah-buahan seperti apel, anggur, pir atau kismis, begitu juga dengan orang dewasa.

Dengan mengubah gaya hidup kita yang sihat, sebenarnya bukan perkara yang mudah sekiranya tidak dipraktikan selalu malah jika kita memaksa diri kita untuk berubah, maka ianya boleh saja menjadi satu bebanan dan masalah bagi kita. Apa tidaknya kan.. harus memakan beberapa banyak buah-buahan dan sayuran hehee…

Dengan mengambil suplemen yang tinggi serat dan mempunyai prebiotik semulajadi, jawapannya terletak pada GUM ARABIC. Hanya bancuh dan minum. Senangkan ­čÖé

KENAPA PERLUNYA MINUM GUM ARABIC?

  • Altenatif pelbagai masalah kesihatan
  • Prebiotik semulajadi
  • Diimport Eksklusif dari sudan
  • Gred terbaik
  • 100% Asli & halal
  • Tanpa bahan pengawet
  • Dan banyak lagi

Untuk lebih lanjut, bolehlah hubungi saya ya ­čÖé

Nyna – 010 9555229

Like my page – GumArabic2U

Sekian sedikit info mengenai sembelit, dan terima kasih kerana sudi melawat entri saya:)

KHASIAT SERBUK GUM ARABIC AL-MANNA

Hi semua, selamat pagi..Cuaca kelmarin membuatkan saya risau dan takut, dengan awan yang gelap, angin yang kuat diikuti hujan yang kuat, tetapi hari ini kita bersyukur kerana cuaca yang baik. Hari ini saya mahu dan terus berkongsi mengenai khasiat serbuk Gum Arabic Al-Manna.

Sayangilah usus dan organ-organ dalaman kita dengan mengamalkan Gum Arabic, kerana ianya sangat membantu kita untuk kekal sihat. Berikut adalah antara khasiat dan manfaat Gum Arabic yang berkaitan dengan usus kita ;

  • Gum Arabic dapat merawat penyakit-penyakit yang berkaitan dengan saluran gastro usus. Saluran gastro usus adalah kawasan esofagus, perut, usus kecil, kolon, rektum dan dubur.
  • Gum Arabic juga membantu dalam menangani masalah buasir.
  • Kajian menunjukkan pengambilan Gum Arabic selama 30 hari sebanyak 15 gram hingga 30 gram dapat mengurangkan paras kolesterol dalam darah. Namun keberkesanannya berbeza bagi setiap individu mengikut tubuh masing-masing
  • Kajian juga menunjukkan pengambilan yang banyak dapat mengurangkan lemak bagi manusia. Ada pengguna yang dapat menurunkan berat badan dengan ┬ápengambilan sebanyak 30 gram hingga 50 gram sehari.
  • Dr.Isam Siddiq, seorang pakar dalam Gum Arab dan kegunaannya dari sudan berkata, Gum Arabic adalah bahan prebiotik dan merupakan makanan tambahan yang amat penting untuk menyediakan badan dengan tenaga dan membantu meningkatkan prestasi kesihatan usus.
  • Prof.Omaima Mohi-Eddin Sabir, seorang pakar pediatrik berkata, Penyelidikan perubatan dijalankan ke atas Gum Arabic telah membuktikan bahawa iannya berkesan dlam rawatan pelbagai penyakit seperti penyakit usus dan lain-lain. Beliau menambah lagi bahawa ia telah terbukti dan amat berkesan dalam rawatan penyakit kulit sensetif, sembelit, cirit birit, kekeringan, saraf kolon, kencing manis, oestomalacia kanak-kanak, hiperaktif, kolesterol dan lain-lain lagi.

Untuk lebih lanjut lagi dan ingin mencuba, hubungi kami di lokasi-lokasi yang berdekatan dengan anda ;

Nyna – 010 9555229 (Penampang, Kota kinabalu sabah. Dan kepada yang berada di sekitar donggongon, bagi memudahkan anda, boleh dapatkan produk Gum Arabic ini di megalong,ABGAIL BOX,2nd floor, bersebelahan dengan MR.Diy)

Melan – 019 2792752 (W.P.Labuan)

Donald – 011 26853059 (Ranau, Sabah)

Sekian entri saya untuk kali ini, terima kasih kerana sudi melawat entri saya ­čÖé

MENGAPA GUM ARABIC AL-MANNA AMEER BERBEZA

Hi semua, selamat pagi, semoga hari ini akan menjadi hari yang indah bagi anda semua ­čÖé seperti biasa, entri saya kali ini ialah mengapa Gum Arabic Al-manna Ameer berbeza dan apakah keistimewaannya? haa… jom kita baca sampai habis ­čÖé
Gum Arabic Al-Manna Ameer sangat larut dalam air, hanya menunggu 7 saat untuk larut dan mudah untuk di minum. Membancuh Gum Arabic adalah  semudah membancuh gula dalam air. Gum Arabic ini, tidak mempunyai rasa yang kuat. Cara pengambilan yang dicadangkan ialah dengan membancuh 5 gram Gum Arabic dengan 1 gelas air biasa. Boleh juga ditambah dengan sedikit limau atau mana-mana jus untuk menambahkan rasa rasa pada bancuhan itu agar lebih enak dan sedap.

Gum Arabic adalah 100% gum Arab yag asli, kualiti terbaik. Kandungan karbohidrat dalam Gum Arabic menjangkau 85% yang berupa serat makanan larut(soluble dietary fiber). Serat larut ini juga dikenali sebagai serat prebiotik kerana efek prebiotik yang terkandung di dalamnya.

Jadi.. Gum Arabic ini boleh dikatakan sebagai suplemen dua dalam satu iaitu suplemen serat larut dan juga suplemen prebiotik. Jadi dengan pengambilan Gum Arabic, anda mendapat bekalan serat larut dan prebiotik yang terbaik untuk memelihara kesihatan sistem pencernaan anda sekaligus melindungi anda daripada penyakit-penyakit kronik

KENAPA SERAT LARUT SANGAT PENTING?

Sumber serat makanan, puratanya orang dewasa memerlukan serat makanan di antara 25 gram hingga 38 gram sehari untuk memelihara kesihatan sistem pencernaan, di mana satu pertiga daripadanya dalam bentuk serat makanan larut.

Golongan lelaki lebih memerlukan banyak serat makanan. Pengambilan 10 gram sehari Gum Arabic akan membekalkan  serat larut secukupnya untuk badan anda. Serat selebihnya diperolehi daripada makanan-makanan lain seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang. Serat tidak larut diperlukan untuk membersihkan dinding usus (cleansing effects) dan melancarkan pergerakan najis ke bahagian dubur

Serat larut pula memainkan peranan yang lebih kepada perlindungan dan pengawalan. Ramai pakar berpendapat bahawa kanser kolon berlaku ekoran daripada kekurangan serat larut dalam pemakanan. Serat larut bertindak membentuk asid lemak rangkaian pendek dalam usus yang akan menghalang bakteria berbahaya, terutamanya patogen, daripada membentuk sel-sel kanser (cancerous polyps) pada dinding usus.

Serat larut juga memainkan peranan dalam mengawal kandungan gula dan kolesterol dalam darah. Kebanyakan penyakit-penyakit kronik  berlaku ekoran kehadiran gula dan kolesterol yang berlebihan dalam darah terutamanya kencing manis dan sakit jantung koronari. Jadi pengambilan serat larut yang secukupnya akan memelihara  anda daripada penyakit-penyakit kronik ini.

APA YANG KAN BERLAKU BILA MENGAMBIL GUM ARABIC?

Kehadiran kesan positif daripada pengambilan Gum Arabic adalah bergantung kepada individu. Ada yang dapat merasakan perubahan dalam masa seminggu dan ada juga yang mengambil masa sebulan dua. Ada seseorang pengguna memberitahu yang dia merasa cerdas dan bertenaga  setelah seminggu mengamalkan Gum Arabic. Sebelum itu dia mudah letih dan mengantuk.

Gum Arabic adalah sumber tenaga semulajadi. Peladang-peladang di sudan biasanya akan memakan Gum Arabic ini dalam perjalanan mereka ke ladang dan mereka mampu bekerja di ladang sehingga ke petang tanpa menjamah apa-apa makanan sehingga mereka kembali ke rumah.

Kesan pengambilan Gum Arabic juga bergantung kepada jumlah dos, masa dan cara pengambilan . Jadi banyak faktor yang mempengaruhi keberkesanan Gum Arabic ini.

Oleh kerana Gum Arabic ini bukan ubat, maka tiada dos  tertentu untuk penyakit tertentu. Kajian mencadangkan pengambilan sehingga 30 gram sehari untuk merawat sesuatu dan 10 gram sehari untuk tujuan pemeliharaan kesihatan.

Masa pengambilan yang dicadangkan adalah ketika perut kosong dan sebelum tidur supaya serat prebiotik  dalam Gum Arabic ini akan terus sampai ke bahagian kolon dan terus dicerna. Yang pentingnya, Gum Arabic ini adalah suplemen kesihatan  dan perlu diambil secara berterusan sebagaimana perlunya kita mengambil sayur-sayuran  dan buah-buahan secara berterusan.

Dengan adanya Gum Arabic dalam pemakanan kita, kita akan mendapat bekalan serat prebiotik yang secukupnya untuk membantu badan kita memperolehi mineral dan nutrien yang mencukupi.

Untuk mengetahui Gum Arabic berkesan ataupun tidak, dan samaada anda telah menggunakan Gum Arabic  dengan cara dan dos yang betul, lakukan ujian sebelum dan 3 bulan selepas menggunakan Gum Arabic, terutamanya ujian tekanan darah dan ujian paras gula dan kolesterol dalam darah.

Sebenarnya setiap usaha kita itu penting dan selebihnya kita berdoa serahkan kepada Tuhan. Biar Dia yang berkerja ┬ádan semoga kita semua dijauhkan daripada segala jenis penyakit dalam dan luaran. Amen ­čÖé

Sekian entri saya untuk kali ini dan terima kasih kerana melawat entri saya. Untuk lebih lanjut anda bolehlah terus hubungi saya dan rakan seperjuangan saya di talian berikut;

Nyna – 010 9555229 (Penampang, kota kinabalu sabah)

Melan – 019 2792752 (W.P Labuan)

Donald – 011 26853059 (Ranau, Sabah)

 

KENALI GUM ARABIC DAN PREBIOTIK – PENTING UNTUK TUBUH KITA

Hi semua, bertemu kita kembali, walaupun telah lama menyepi hehehee.. Saya ingin tahu, anda pernah dengar mengenai GUM ARABIC? Mesti ada yang sudah kenal kan, tapi kalau yang belum kenal Gum Arabic, mari kita baca entri saya sampai habis ya ­čÖé

Ianya berbentuk ketulan namun sekarang telah diupgrade dalam bentuk serbuk

APA ITU GUM ARABIC

Ianya diperolehi daripada pokok akasia senegal (berasal dari negara sudan) yang mana menghasilkan getah gum arabic secara semulajadi dan  sebenarnya pokok akasia sentiasa bermanfaat bermula dari akar tunjangnya hingga ke ranting dedaunan dan buah-buahan kekacangnya.

APA KAITAN GUM ARABIC DENGAN PREBIOTIK

Prebiotik yang paling tinggi khasiatnya adalah terdapat dalam Gum Arabic, yang mana sangat penting untuk kesihatan kita terutamanya yang melibatkan kesihatan usus kita dan bakteria baik yang berfungsi melakukan operasi dengan baik.

ADAKAH KITA PERLUKAN PREBIOTIK

Betul, kita sangat memerlukan prebiotik. Ianya adalah makanan yang tidak dapat dicerna usus, berfungsi sebagai  suplemen untuk pertumbuhan dan perkembangan mikroorganisme baik dalam sistem pencernaan.

Prebiotik yang terdapat di dalam Gum Arabic ini adalah serat terlarut yang berfungsi secara selektif menstikulasi pertumbuhan bakteria baik dalam usus besar. Salah satunya adalah bifidobacteria.

┬á ┬á ┬á ┬á ┬á ┬á ┬á ┬á ┬á ┬á ┬á ┬á ┬á Rupa baru berbentuk serbuk bagi memudah kita untuk minum ­čÖé

MANFAAT GUM ARABIC

  • Mempunyai ciri-ciri antioksidan dan mampu mengurangkan kesan buruk terhadap pesakit buah pinggang kronik
  • Menghalang pertumbuhan patogen dalam usus
  • Kandungan serat tinggi sekaligus mengatasi sakit sembelit
  • Membantu mengurangkan paras LDL-kolesterol dalam darah bagi pesakit jantung koronari
  • Mengawal gula berlebihan dalam darah bagi pesakit kencing manis
  • Menurunkan berat badan
  • Sangat berkesan dalam mengawal kandungan asid urik dalam tubuh
  • Menstabilkan tekanan darah
  • Agen anti radang (boleh mengatasi eczema)
  • Mencegah plak gigi
  • Mengatasi masalah kulit berjerawat dan masalah kulit
  • Mengeluarkan toksin dalam badan
  • Dan banyak lagi manfaat

Prebiotik yang terkandung dalam Gum Arabic ini mampu meningkatkan kesihatan saluran cerna kita malah berkemampuan  untuk menyerap mineral secara optimal oleh tubuh.

Jadi.. Dengan adanya serbuk Gum Arabic, kita bolehlah mengambil prebiotik semulajadi ini setiap hari sebagai mempercukupkan keperluan usus kita untuk kekal sihat. Bila usus sihat, badan cerdas maka segala jenis penyakit juga kita dapat elakkan.

Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh hubungi kami di setiap lokasi-lokasi yang berdekatan dengan anda ;

Nyna – ┬á010 9555229 (Penampang, kota kinabalu sabah)

Melan – 019 2792752 (W.P.Labuan)

Donald – 011 26853059 (Ranau, Sabah)