7 TIPS UNTUK MELEGAKAN SIMPTOM MASALAH PERUT BAYI

Hi selamat pagi dan hari ini anak-anak start sudah ke sekolah kan.. anak-anak mesti ada yang excited dan ada juga yang masih mahu meneruskan cuti kan.. seperti kes anak saya, dia tidak ke sekolah kerana kurang sihat, doakan agar anak saya cepat sembuh ya, Amin.. 🙂

Mari kita sama-sama belajar bagaimana cara untuk melegakan simptom-simptom seperti bayi menangis berlebihan, meragam, angin dan terjeluak, yang mana sangat menganggu waktu menyusu. Terutamanya pada beberapa bulan pertama bayi dilahirkan.

Ibu-ibu tidak perlu bimbang dan harus meneruskan penyusuan ibu secara eksklusif dengan teknik yang betul. cubalah 7 tip-tip berikut untuk meredakan simptom-simptom ketidakselesaan dan masalah penghadaman;

1)Jadikan waktu penyusuan setenang mungkin untuk bayi. Jika bayi menangis, tenangkan dahulu dan pastikan dia selesa.

2)Pastikan kedudukan kepala dan leher bayi anda lebih tinggi daripada perutnya. Selepas makan, pastikan bayi anda dalam keadaan tegak atau duduk selama kira-kira setengah jam untuk mengelakkan muntah.

3)Memandangkan kapasiti perut bayi adalah kecil, adalah lebih baik jika bayi diberi penyusuan yang sedikit tetapi kerap berbanding jumlah susu yang banyak sekaligus.

4)Sendawakan bayi anda semasa dan selepas penyusuan. Ini dapat membantu mencegah angin daripada terkumpul di dalam saluran penghadamannya. Salah satu cara untuk melakukan ini adalah dengan meletakkannya di dada anda, dengan dagunya di bahu anda. Sokong dia dengan sebelah tangan dan gunakan sebelah tangan lagi untuk menepuk perlahan-lahan atau mengurut belakangnya.

5)Elak daripada mengenjut bayi anda dan bermain dengannya semasa dan selepas menyusu, kerana ini boleh menyebabkan bayi muntah atau menyebabkan simptom yang lebih serius.

6)Jika anda perlu menyusukan bayi anda dengan susu botol, Pastikan anda memilih saiz puting botol yang sesuai. Apabila anda terbalikkan botol susu, susu sepatutnya menitis keluar dengan perlahan (tidak mengalir laju) dan akhirnya berhenti mengalir.

7)Jika bayi anda menangis kerana lapar, tenangkan dahulu sebelum menyusu, supaya dapat mencegah bayi daripada tertelan angin.

Teknik penyusuan yang betul adalah penting untuk mengurangkan simptom tidak selesa yang berkaitan dengan masalah penghadaman (seperti muntah, angin dan citit birit).

Jika bayi anda minum  susu formula, Doktor atau pakar pediatrik mungkin mencadangkan menukar jenis susu formula. Bergantung kepada keadaan dan tahap keseriusan untuk membantu melegakan simptom tersebut. Oleh sebab terdapat pelbagai jenis susu formula yang dirumus untuk membantu melegakan simptom-simptom tersebut, ibu bapa harus mendapatkan nasihat daripada pakar pediatrik sebelum memulakan bayi dengan sebarang formula baru.

Sekian untuk sharing saya kali ini, sehingga kita bertemu lagi di entri saya yang akan datang. Terima kasih kerana sudi membaca dan melawat entri saya 🙂

PENGALAMAN PERTAMA SAMBUT HARI JADI DI SEKOLAH

Hi all, selamat pagi dan selamat berhari minggu. Perkara wajib yang harus setiap hari ahad adalah ke gereja bersama anak-anak tercinta. Saya percaya begitu juga dengan rakan-rakan yang lain kan.. Apapun aktiviti hujung minggu anda, semoga semuanya dalam keadaan yang baik dan berjalan lancar.

Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman pertama saya dan anak saya menyambut hari jadinya di sekolah yang mana sudahpun genap 4 tahun untuk tahun 2017.

Pada mulanya planning saya dan husband, untuk tahun ini just buat di rumah bersama keluarga terdekat sahaja akan tetapi request daripada anak saya,akhirnya kami bersetuju untuk membuat birthday party di sekolah.

Sebagai preparation birthday untuk anak saya, saya juga ada demand tersendiri. Kalau boleh semua saya yang buat sendiri tanpa perlu melibatkan orang lain. Dengan kata lain, tidak menyusahkan orang lain dan dengan hasil usaha  saya sendiri, membuatkan saya puas hati dan yang paling penting anak saya gembira.

Apa yang saya perlu buat ialah;

  1. Kena berbincang dengan guru kelas (berapa bilangan pelajar)
  2. Membuat kad jemputan untuk rakan sekelas
  3. Menyediakan goodies untuk rakan sekelas
  4. Menyediakan menu masakan dan minuman yang bersesuaian untuk mereka
  5. Menempah kek (yang ni, terpaksa ditempah hehee..)

Jika dibandingkan dengan preparation yang kita buat di rumah atau mana-mana tempat, bagi saya sebenarnya agak berat dan memerlukan menu-menu yang berat kerana ianya melibatkan ramai orang dan kosnya juga banyak.

Manakala di sekolah, bergantung dengan bilangan pelajar. sekiranya ramai pelajar maka banyak juga benda yang harus disediakan. Tetapi dalam kelas anak saya, mereka sekitar 27 orang dan boleh dikatakan dalam lingkungan yang sedikit.

Sepanjang birthday party anak saya, saya bersama dengan mereka, dan apa yang saya lihat dan rasa, mereka begitu gembira dan teruja. Lebih-lebih lagi melihat kek ada didepan mata, membuatkan mereka tidak boleh duduk diam. Part yang paling anak saya suka ialah, dapat hadiah yang banyak daripada rakan-rakannya.

Inilah sedikit sebanyak pengalaman pertama saya dan anak saya menyambut hari jadi di sekolah, Walaupun agak simple tetapi bagi anak-anak ianya sesuatu yang  sangat bermakna dan boleh membuatkan mereka gembira.

 

TIPS KULIT CANTIK DAN KURANGKAN JERAGAT

Hi selamat berhujung minggu. Next week open school da kan.. So selagi ada kesempatan, gunakan waktu yang ada bersama dengan keluarga, tidak kiralah sudah plan ke sesuatu tempat or duduk di rumah saja.. Macam saya, sebetulnya plan akan balik kampung hujung minggu ini, tetapi tidak menjadi disebabkan hal lain.

Bercakap tentang kecantikan kulit, sangat sinonim dikaitkan dengan wanita kan..akan tetapi zaman sekarang bukan wanita sahaja yang menitik beratkan soal kecantikan kulit ini, malah lelaki juga mulai ambil tahu dan menjaga kecantikan kulit mereka.

Kulit yang bersih dan cantik boleh saja membuatkan kita lebih berkeyakinan sebaliknya kulit yang berjerawat dan berjeragat dan kusam boleh saja membuatkan kita rendah diri, kurang keyakinan apabila bersemuka dengan rakan-rakan.

Antara tips-tips yang boleh membantu,agar kulit kelihatan cantik dan dapat mengurangkan jeragat ;

  1. Amalkan pemakanan sayur dan buah-buahan – Membekalkan vitamin dan nutrisi penting dalam tubuh kita dan menguatkan sistem imunisasi badan kita. Jika kita tidak mengamalkan pemakanan sihat dengan melebihkan sayur dan buah-buahan dalam menu makanan harian kita, maka inilah yang akan menyebabkan kita mudah jatuh sakit dan paling ketara akan kelihatan adalah kulit kita.
  2. Bersenam – Bersenam boleh membuatkan kita berpeluh malah bertenaga semula dan melalui bersenam kita dapat membuang benda-benda yang tidak sepatutnya ada dalam badan kita, Contohnya lemak berlebihan.
  3. Air – Pengambilan air  sekurang-kurangkan 3 liter sehari boleh mengekalkan kelembapan kulit muka dan badan. Pengambilan air yang cukup juga boleh membantu untuk mempercepatkan proses penurunan berat badan.
  4. Senyum – Senyum seindah suria, yang membawa cahaya.. Senyumlah dari hati, duniamu berseri.. Haaa kan ada lagu untuk senyuman. Senyum-senyumlah selalu ya..pasti akan kelihatan awet muda dan jelita.
  5. Tidur – Tidur cukup iaitu 8 jam sehari.
  6. makanan ringan – katakan tidak kepada makanan ringan kerana ianya boleh merosakan kulit kita secara kita tidak sedar.
  7. Alat solek – sebelum tidur, bersihkan muka. Biarkan kulit muka berehat tanpa solekan

Untuk pengetahuan juga, dalaman dan luaran tubuh kita sangat berkait rapat dan dalaman tubuh kita memainkan peranan yang sangat penting. Sekiranya dalaman kita mempunyai masalah, maka kebiasannya kulit akan kelihatan dulu, seperti jerawat, jeragat,kulit kusam,bintik putih, bintik hitam dan sebagainya akan muncul tanpa diundang.

Vita-C Plus – Penting dalam pembentukan kolagen. Dengan hanya mengamalkan makanan yang tinggi kandungan vitamin C, ianya membantu dalam penghasilan kolagen.

Vita-E Complex – Terkenal sebagai vitamin awet muda, ia juga dikatakan melambatkan proses penuaan . Selain itu, Vitamin E dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Vitamin E juga membantu mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan beta karotene.

Esp –  Kaya dengan sumber protein, ianya membantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jeragat). Tompokan hitam pada kulit akibat jeragat sangat sukar untuk hilang jika sekiranya kurangnya protein  yang diperlukan oleh badan dalam membantu membina sel baru.

Sekarang ada jelas.. Kenapa muka asyik-asyik naik jerawat dan jeragat susah sangat hilang? Moga soalan-soalan anda terjawab melalui sedikit perkongsian saya mengenai tips kulit cantik dan kurangkan jeragat ini.Baiklah kita kan bersambung kembali di entri saya yang akan datang dan kita akan kupas lagi dengan lebih details.

Terima kasih kerana sudi melawat dan membaca entri saya. Sekiranya ada pertanyaan dan ingin berkongsi, sangat dialu-alukan. Hanya hubungi saya di talian 010-9555229. Sekian

 

 

 

KENAPA SHAKLEE MENJADI PILIHAN SAYA

Hi semua, selamat pagi selamat bekerja kepada kita semua. Dihitung dibilang…emmm rupanya-rupanya hampir 8 bulan saya bersama dengan Shaklee dan sepanjang perjalanan saya bersama produk shaklee, walaupun boleh dikatakan agak masih baru jika dibandingkan dengan teman-teman seperjuangan yang lain.. Perubahan demi perubahan dalam keluarga itu nampak dan hasilnya tidak mengecewakan terutamanya dari segi tahap kesihatan saya bersama keluarga.

Secara jujurnya, saya mengetahui produk shaklee ni, sudah lama cuma masa itu, masih ragu-ragu dan takut untuk consume produk shaklee disebabkan terlalu banyak vitamin yang hendak ditelan. Oleh sebab itu juga saya mulakan produk shaklee dengan cleanser Nutriwhite, kerana ianya bukan untuk dimakan hanya untuk luaran, kebetulan juga muka saya masa itu bermasalah. Anda juga boleh lihat di entri terdahulu saya BAGAIMANA SAYA MENGENALI SHAKLEE DAN KENAPA SAYA MEMILIH SHAKLEE

Takut anggota tubuh rosak apabila mengambil banyak vitamin. Namun selepas menjadi ahli pada julai 2016 dan mula membaca dan mengetahui info- info tentang produk keluaran shaklee, saya temui jawapan iaitu setiap anggota tubuh kita, sebenarnya memerlukan vitamin yang berbeza. Maka dengan itulah kenapa kita perlu telan beberapa jenis vitamin untuk memenuhi keperluan tubuh.

Berbalik kepada kenapa shaklee menjadi pilihan saya? Shaklee mempunyai misi untuk memberikan kehidupan yang sihat kepada semua orang dan kehidupan yang lebih baik. Cara pembuatan  dan pemprosesan produknya adalah begitu luar biasa dan apabila kita memilih Shaklee, ada tiga perkara yang harus kita ketahui :

  1. SENTIASA SELAMAT – Shaklee sentiasa menjamin keselamatan tanpa syarat dan memulakannya dengan alam semulajadi. Para saintis shaklee mencari di seluruh dunia untuk sumber bahan-bahan semulajadi yang terbaik, kemudian menjalankan lebih 350 ujian ke atas setiap ramuan botani yang baru. Selain itu, Shaklee juga menjalankan lebih 80,000 ujian kualiti setiap tahun untuk menjamin ketulenan dan keselamatan bagi setiap produk.
  2. SENTIASA BERFUNGSI – Shaklee juga menjamin keberkesanan yang penuh dan sememangnya terbukti. Dalam 2007 kajian landmark yang dijalankan dengan kerjasama penyelidik dari sekolah kesihatan awam UC Berkeley yang menunjukkan bahawa orang-orang mengambil supplemen makanan shaklee mempunyai kesihatan yang ketara lebih baik daripada mereka yang mengambil multivitamin tunggal atau tidak mengambil supplemen langsung.
  3. SENTIASA MESRA ALAM – Memimpin gerakan alam sekitar melalui teladan. DR Forrest C. Shaklee menubuhkan syarikat ini berdasarkan pada prinsip hidup berharmoni dengan Alam semulajadi. Shaklee juga adalah syarikat pertama di dunia yang menjadi Climate Neutral yang telah disahkan untuk benar-benar mengimbangi pelepasan karbon yang menyebabkan impak sifar terhadap alam sekitar.

Inilah sebab utama dan alasan kukuh kenapa shaklee menjadi pilihan saya. Begitu semulajadi, berkesan dan berkualiti tinggi setiap produk keluarannya.

 

SUPPLEMEN SHAKLEE BANTU TURUNKAN PARAS KOLESTEROL

Hi semua, selamat pagi…diharap semuanya dalam keadaan yang sihat. Pagi ini saya ingin kongsikan kepada anda mengenai testimoni seorang yang mengalami tahap paras kolesterolnya tinggi dan bagaimana kolesterol itu akhirnya pergi main jauh-jauh dalam hidupnya. Ikuti cerita ini dan baca sampai habis ya 🙂

Cinta pertama saya dengan Shaklee bermula dengan set kolesterol. Saya dikesan mempunyai paras kolesterol yang tinggi sejak sebelum berkahwin. Doktor menasihatkan saya untuk jaga pemakanan.

Apabila telah melahirkan anak, paras kolesterol jahat saya makin tinggi dan saya mula rasa selalu letih, sakit kepala, migrin teruk dulu, sampai tahap kena duduk dalam bilik gelap tanpa cahaya dan bunyi, juga jantung saya selalu berdebar-debar.

Membaca maklumat bahawa bahayanya kolesterol tinggi ni hingga boleh membawa kepada masalah jantung, strok buatkan saya tak senang duduk.

Saya mula risau. Saya pergi buat pemeriksaan dan doktor menyuruh saya makan ubat kolesterol dan meminta saya makan selama setahun untuk dipantau. Saya enggan bergantung pada ubat sintetik. Saya mencari altenatif dan bila pergi farmasi saya dicadangkan dengan suplemen semulajadi Shaklee.

Ye, saya memilih set kolesterol Shaklee. Lecithin + Alfalfa paling saya konsisten sehingga beberapa bulan sahaja dan menampakkan penurunan. Kemudian saya tambah dengan omega dan phytocol. Alhamdulillah kolesterol turun, kesihatan betambah baik. Saya merasa lebih sihat dan bertenaga. Syukur alhamdulillah.

Inilah salah satu testimoni daripada beribu-ribu pengguna Shaklee. Memang mengerunkan apabila adanya kolesterol jahat di dalam tubuh badan kita. Kerana itu pola cara pemakanan kita adalah sangat perlu dititik beratkan dan penting. Dengan kata lain, lebih baik mencegah daripada merawat.

Sekian saja untuk entri kali ini, sehingga kita bertemua lagi dientri saya akan datang dan sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan produk Shaklee, jangan segan hubungi saya di talian 010-9555229, saya akan memberikan konsultasi yang terbaik untuk anda 🙂

MENGURANGKAN PARAS GULA DALAM DARAH DENGAN VIVIX

Hi selamat siang semuanya.. Info tentang cuaca, Cuaca panas yang melanda negara kita ditahap yang boleh dikatakan membimbangkan, dan disarankan jangan berada terlalu lama di bawa sinaran matahari terik kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan.

Bercakap tentang isu kesihatan, zaman ini penyakit ada bermacam-macam jenis. Dan penyakit baru muncul atau juga lebih dikenali sebagai penyakit moden sudah tidak mengira had umur seseorang itu. Banyak faktor yang menyebabkan, kenapa ianya berlaku sedemikian, salah satunya adalah faktor pemakanan kita.

Pemakanan seharian kita sangatlah penting bagi menjaga tubuh yang Tuhan telah anugerahkan kepada kita. Namun kepelbagaian makanan zaman kini juga semakin moden dengan melakukan proses penyuntikan,penyemburan racun serangga, penggunaa bahan terlarang yang tinggi dan sebagainya.

Diakui makanan-makanan yang lazat @ berkolestrol tinggi, sangatlah mempengaruhi selera makan kita sehingga kita lupa, apakah itu baik  untuk tahap kesihatan kita ataupun tidak. Namun siapalah kita untuk tidak menidakan, sekiranya makanan sudah ada di depan mata kan.. Lazat pula tu..kalau saya pun terus makan..Heheee

Berikut adalah antara contoh makanan yang sesuai bagi menurunkan paras gula dalam darah :

  • SUSU – Kombinasi vitamin D dan kalsium sangat bagus untuk kurangkan paras gula dalam darah
  • SALMON -Salmon kaya dengan asid lemak omega 3, jenis lemak sihat ini berfungsi bagi mengurangkan risiko penyakit jantung, menurunkan berat badan, mengurangkan peradangan serta memperbaiki perkembangan insulin. Ikan salmon ini juga mempunyai vitamin D.
  • CEREAL ATAU OATMEAL – Merupakan sarapan sihat, sedap dan sangat digalakkan. Selain mengandungi serat yang tinggi, ia juga merupakan sumber tenaga.
  • BROKOLI – Kajian mendapati brokoli memiliki zat penting yang mampu memperbaiki dan mengembalikan fungsi pembuluh darah yang rosak.

VIVIX – Didalam satu penemuan utama, kajian klinikal terkini menunjukkan ramuan aktif vivix berupaya mengaktifkan pengawalan utama genetik yang menolong melambatkan penuaan pada tahap sellular. Seperti yang kita lihat, ramuan vivix ini mampu dan terbukti dapat mengurangkan paras gula dalam darah.

Untuk lebih lanjut mengenai vivix dan produk shaklee,hubungi saya di talian 010-9555229. Sekian entri saya untuk kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca entri saya 🙂

 

KULIT CANTIK, AWET MUDA DAN FLAWLESS DENGAN VIVIX

Hi selamat pagi dan selamat bercuti-cuti kepada mereka yang bergelar cikgu dan murid. Tapi walaupun cuti ke sekolah, kesibukan itu sentiasa adakan…kerja memang macam itu.. Tidak akan pernah habis. Kulit cantik, awet muda, flawless..FUHHH siapa yang tidak mahukan, saya percaya semua kita pun mahu.

Anak dan ibu, macam adik beradik kan..Sebenarnya VIVIX ni terlalu banyak kelebihannya. Kalau untuk diceritakan satu persatu kelebihan vivix ni, alamatnya entri saya ini tidak akan  ada penghujungnya hehee… 🙂

Untuk pengetahuan semua, Vivix ini adalah suplemen Shaklee yang mempunyai fitonutrien proprietari dan resveratol yang mana gabungan kedua-dua komponen ini membantu melambatkan mekanisma utama penuaan selular. Disebabkan itulah kita akan kelihatan muda dan awet muda berbanding dengan usia sebenar kita.

Antara kelebihan VIVIX ini adalah;

  1. Produk yang mempunyai Resveratol dan Polifenol, antioksida terbaik yang mampu untuk memperbaiki DNA dan sel dalam badan. Ini tiada dalam suplemen lain. Apabila DNA dan sel badan kita sihat, pastinya kulit luaran dan sistem pertahanan badan kita juga sihat dan kelihatan cantik.
  2. Vivix ini, seperti yang anda tahu, Shaklee satu-satunya produk yang terlibat dengan Landmark Study iaitu kajian yang dilakukan oleh badan bebas yang mana telah membuktikan bahawa, pengambilan vivix secara konsisten akan melambatkan pemendekan Telomeres, penutup kromosom. Apabila penutup atau pelindung Kromosom ini lambat utnuk pendek, Maka kita kan kurang terdedah kepada risiko penyakit merbahaya terutamanya apabila usia kita semakin meningkat.
  3. Pengambilan Vivix secara konsisten juga membantu DNA dan sel badan 25 tahun lebih muda. Oleh sebab itulah, kulit kita akan krlihatan lebih sihat, flawless dan awet muda.

Baiklah ,masih terlalu banyak lagi, tetapi cukup setakat ini. Untuk info details mengenai Vivix, senang saja, hubungi saya di talian 010-9555229. Berbanyak-banyak terima kasih kerana sudi membaca dan melawat entri saya, sehingga kita bertemu lagi di entri saya yang seterusnya.. Sekian 🙂

 

KENAPA SAYA SUKA TULIS BLOG

KENAPA SAYA SUKA TULIS BLOG….Meh sini,saya kongsi cerita..Mulanya saya tidak kenal si blog ni. Ceritanya bermula, dimana saya juga seorang yang suka dengan google-google benda yang ingin saya cari. Setelah sekian lama menggunakan google, satu waktu terdetik di hati ini untuk mengetahui bagaimana mereka memiliki blog sendiri dan juga bagaimana caranya.

Setelah berkenalan dan mengetahui intipati si blog melalui my upline,  juga seorang yang saya cukup kagumi iaitu Aryn Fadz Lee, barulah saya  sedar yang saya memang suka tulis blog hehee…Blog ni..kita boleh buat apa sahaja yang kita mahu kerana pada dasarnya, blog adalah media publik untuk menyalurkan apapun jenis idea, pandangan,cadangan dan catatan kita.

Secara peribadi, antara sebab kenapa saya suka menulis blog adalah;

  • Saya teringin sangat berjumpa dengan kawan-kawan lama saya yang mana, masa dulu kami sangat rapat dan akrab (Rinie & Aishah). Saya berpindah ke sekolah lain menyebabkan hubungan kami putus begitu sahaja, sebab dulu belum ada alat komunikasi yang canggih seperti sekarang. Dengan harapan Rinie dan Aishah dapat membaca blog saya ni dan kami dapat menyambung kembali persahabatan kami.
  • Saya juga ingin menambah kenalan yang jauh mahupun dekat agar kita boleh berkongsi dan mempelbagaikan story masing-masing, sentiasa memberi pandangan, nasihat, idea, berkongsi ilmu,saling membangun ke arah yang lebih positif.
  • Saya juga jadikan blog ini sebagai kamus saya atau tempat untuk merujuk dan refresh kembali, setiap apa yang telah saya kongsikan bersama anda.
  •  Walaupun masih baru dalam berblogging, saya akan usahakan dan pastikan blog saya ini sentiasa up to date, dengan harapan teman-teman mendapat info yang boleh diguna pakai dan mendapat manfaat.
  • Salah satu tempat saya untuk berurusniaga.

Inilah antara sebab kenapa saya suka berblogging dan bila saya fikirkan, bila saya ada blog sendiri, secara automatik membantu diri saya untuk lebih upgrade, salah satunya daripada seorang yang tidak suka membaca kepada suka membaca, daripada tidak suka menulis kini sangat suka menulis 🙂

Ok, sampai di sini sahaja dulu perkongsian saya mengenai KENAPA SAYA SUKA TULIS BLOG. Sekian 🙂

AKTIVITI ANAK-ANAK TERCINTA BERSAMA SAYA

Hi selamat berhujung minggu semua..Relaxkan diri sementara cuti-cuti ni kan.. Nikmati hari-hari yang indah bersama keluarga. Nak tanya ni..di hujung minggu, apa aktiviti yang selalu anda lakukan selain bersama keluarga..mari kita sama-sama berkongsi 🙂

Hahahaa… ni anak saya yang sulung, dia memang suka muzik. Asal ada muzik dan lagu dia akan menari dan ikut-ikut menyanyi. Agaknya pembawaan time saya mengandung dulu.

Yang ni selepas penat bersama gitar kesayangan dia, saya bawa dia bermain, dalam bermain saya juga selitkan aktiviti dalam bentuk pembelajaran agar mudah bagi dia untuk mengingati.

Haaa..yang ni, antara aktiviti luaran kami sekeluarga, membawa anak-anak ke taman permainan tetapi bukanlah selalu. Sekiranya Mr.husband cuti dan ada kesempatan masa, barulah akan ke tempat ini. Walaupun saya tidak turut serta bermain dengan anak saya, tetapi saya dapat melihat betapa happynya mereka.

                                                    wiefie bersama anak ke-2 saya 🙂 

Sekian dulu coretan kasih saya untuk kali ini. Terima kasih kerana sudi melawat dan membaca entri saya 🙂

RESEPI BAYI 6 BULAN KE ATAS BERSAMA LABU KUNING

Hi selamat pagi semua,Hari ini jumaat, besok cuti..yeahhh, bestkan ayat cuti tu hehe.. 🙂 Baiklah  Hari ni,saya mahu berkongsi dengan anda semua iaitu resepi buatan sendiri untuk bayi 6 bulan ke atas bersama labu kuning.

BAHAN-BAHANNYA IALAH;

  • Labu kuning – Hiris mengikut citarasa
  • Beras – sukatan mengikut keperluan
  • Garam – Campurkan dengan sukatan yang sedikit sahaja

CARA-CARANYA TERDAPAT DUA LANGKAH IAITU;

  1. Masukkan air mengikut sukatan masing-masing, masukan beras, labu kuning dan masak. Apabila mendidih, letakkan garam sedikit.
  2. Masukkan air mengikut sukatan masing-masing bersama beras. Apabila mendidih, masukkan labu kuning dan garam sedikit.

Yum..Yum..Inilah hasilnya, sangat simplekan tetapi kandungan vitaminnya tinggi…

ANTARA KHASIAT DAN VITAMIN LABU KUNING ADALAH;

  • Vitamin A dan beta karoten – Betakaroten adalah pigment kuning yang jika dicerna didalam tubuh kita, akan berubah menjadi vitamin A. Fungsi vitamin A dan bet karoten antara lain berguna sebagai kesihatan mata, kulit dan Kekebalan tubuh. Selain itu, zat gizi ini mempunyai manfaat sebagai antioksidan sehingga dapat mengurangi risiko terjadinya kanser dan penyakit jantung.
  • Vitamin C – Salah satu jenis vitamin yang larut dalam air ini, sangat diperlukan untuk metabolisme tubuh. Vitamin C juga berperanan pada fungsi kekebalan tubuh dan juga sebagai antioksidan.
  • Zat besi – Zat besi ini diperlukan dalam pembentukan darah. Khususnya hemoglobi(HB). Makanan yang mengandungi zat besi perlu, kerana zat besi dari saat ibu bayi dilahirkan akan beransur-ansur habis.
  • Kalium – Fungsi utama kalium adalah menunjang kepada kelancaran metabolisme tubuh.  Hal ini penting dalam menjaga keseimbangan air  dan elektrolit(asam-basa) di dalam sel tubuh.
  • kelebihan lain dalam labu kuning adalah kandungan seratnya yang tinggi, bermanfaat mengurangi risiko sembelit, di samping itu, kandungan lemak labu kuning juga rendah.

Sekian dulu perkongsian resepi saya untuk kali ini.. Dan terima kasih kerana sudi melawat blog saya. selamat mencuba 🙂