TESTIMONI PENGAMAL GUM ARABIC

Hi selamat pagi semua, moga semuanya dalam keadaan yang sihat walafiat. Sebelum sarapan, sudahkah anda mengambil minuman Gum Arabic? Pastikan sentiasa konsistant ya, hasil pun cepat kelihatan, kerana ianya sangat bagus sebagai makanan tambahan sumber serat yang amat diperlukan oleh perut dan usus kita.

Baiklah hari ini saya akan kongsikan beberapa testimoni para pengamal Gum Arabic.

Inilah antara testimoni yang anda boleh baca dan lihat, betapa Gum Arabic begitu membantu mereka. Tetapi diingatkan di sini ya, Gum Arabic bukanlah ubat.

Untuk keterangan lanjut mengenai Gum Arabic, hubungi saya terus dan saya pasti akan memberikan konsultasi yang terbaik untuk anda.

Terima kasih kerana sudi melawat dan membaca entri saya 🙂

Hp: 010-9555229

Page : GumArabic2U

Fb :nyna marlina

KENALI APA ITU ATOMY

Hi semua, selamat tengahari.. Kamu pernah dengar orang sedang bercakap tentang Atomy? Jika masih belum kenal rapat dengan Atomy.. Jom  berkenalan dengan Atomy dan pastikan baca sampai habis tau.. hehehee..

  • Atomy adalah syarikat yang mendapat sokongan penuh dari kerajaan NEGARA KOREA.
  • Produk Atomy adalah hasil daripada pertubuhan Kolmar BNH (Beauty and health) yang merupakan gabungan antara KOREA ATOMIC ENERGY RESEARCH INSTITUTIONS (KAERI) dan KOLMAR KOREA.
  • Mungkin bagi anda nama KAERI ini terasa asing, tidak pernah dengar kan..? Teknologi NASA pernah dengar? teknologi yang membawa manusia mendarat ke bulan, itulah teknologi NASA. Teknologi NASA ini adalah teknologi nombor satu terhebat dalam carta dunia. Teknologi Kolmar pula merupakkan teknologi nombor dua terhebat dalam carta dunia.
  • Teknologi Kolmar ini mempunyai sejarah selama 100 tahun dan telah menghasilkan produk lebih 20 ribu jenis. Teknologi Kolmar juga merupakkan teknologi nombor tiga terkenal dalam bidang penghasilan produk alat solek dan kecantikan.
  • Selain daripada itu, kolmar juga merupakan OEM dan ODM produk alat solek yang terkenal di dunia seperti AMWAY, BOBBYBROWN, ASTETRIS, NUSKIN, MARYKAY, CHANEL, SHISEIDO, LANCOME,ESTEE LAUDER dan ada beberapa lagi.
  • Pasti anda tertanya-tanya mengapa Atomy dapat menjual produk yang berkualiti dunia dengan harga yang mampu milik? Ini adalah kerana  Atomy tidak ada membuat iklan-iklan yang besar dan hebat seperti jenama-jenama lain, dan atomy juga tidak membayar artis-artis terkenal dunia untuk menjadi duta produk Atomy.. Hebatkan? Jadi tunggu apa lagi? Di Atomy orang-orang biasa seperti kita juga mampu merasa produk kualiti dunia..Woowww!!
  • Terbukti produk Atomy hebat dan setanding dengan produk-produk  mahal kualiti dunia.. Tidak rugi mencuba produk Atomy, harga mampu milik
  • kemasukan ahli juga percuma dan selepas menjadi ahli, harga produk lagi murah.
  • Untuk keterangan lanjut, Jomm… sertai saya,saya akan memberikan konsultasi yang terbaik untuk anda . Sekian dan terima kasih kerana membaca entri saya 🙂

Hp : 010-9555229

Fb : nyna marlina

GUM ARABIC DAN PREBIOTIK

Hi semua,selamat tenghari,tengah lunch ke?hehee… Tanpa sedar dengan kesibukan kita seharian, rupanya sudah berbulan-bulan saya tidak update my entri kan.. Emmmm.. baiklah akan saya usahakan untuk update dari masa ke semasa ya 🙂

Ok hari ini, saya ingin bercerita mengenai dengan Gum Arabic dan apa kaitannya dengan prebiotik?

Apakah Prebiotik? Prebiotik adalah makanan bagi bakteria baik di dalam usus. Perlu diketahui bahawa Gum Arabic mengandungi prebiotik  yang terbaik untuk pertumbuhan bakteria baik dalam usus.

Antara beberapa kelebihan Prebiotik

  • Mengurangkan keradangan pada bahagian usus. Oleh itu, ia boleh mengurangkan serangan penyakit inflammantory bowel disease.
  • Sedikit sebanyak melindungi usus daripada terkena kanser usus.
  • Meningkatkan kadar penyerapam garam galian seperti kalsium dan magnesium.
  • Mengurangkan faktor risiko untuk terkena sakit jantung dan strok.
  • Menyebabkan rasa kenyang, Oleh itu ianya boleh menyebabkan pengurangan berat badan dan boleh mengelakkan obesiti
  • Dan banyak lagi antara kelebihannya Gum Arabic ini.

Baiklah untuk kali ini, sampai di sini sahaja, untuk keterangan lanjut boleh terus hubungi saya dan juga like my page ya 🙂

hP : 010-9555229

Page : GumArabic2U

Fb : nyna marlina

TESTIMONI GUM ARABIC AL-MANNA. PESAKIT KOLESTEROL TINGGI

Hi semua, selamat pagi dan selamat menjalankan tugas seharian. Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai testimoni pengguna yang berkaitan dengan masalah kolesterol tinggi, yang di alami sendiri oleh bapa admin (zakaria bin idris). Beliau telah mencuba mengamalkan serbuk  Gum Arabic Al-Manna sebagai ikhtiar dalam membantu masalah kolesterol yang dihadapi dan berterusan  juga mengambil ubat-ubatan hospital pada dos yang sama.

Kolesterol dan lemak adalah sumber keperluan yang menghasilkan tenaga penting dalam proses perjalanan sistem tubuh badan. Antara fungsi lemak dan kolesterol terhadap tubuh dalam bertindak sebagaimana berikut;

  • Lemak dan kolesterol adalah pengangkut yang membantu proses penyerapan vitamin A,D,E & K yang larut lemak.
  • Lemak dan kolesterol membekalkan asid-asid lemak yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh.

Namun, pengambilan lemak secara berterusan dan berlebihan perlu dielakkan dalam pemakanan. Walaupun ianya tidak boleh dielakan  sepenuhnya dalam hidangan harian tetapi ia perlu dikawal dengan bijak agar pengambilannya tidak mendatangkan risiko untuk kesihatan

Kolesterol dihasilkan secara semula jadi dari organ hati manusia sekitar 80%. Manakala 20% lagi datang dari sumber makanan dan minuman yang diambil setiap hari. Oleh itu badan manusia tidak memerlukan kolesterol yang tinggi dari sumber makanan dan minuman memandangkan ia telah pun dihasilkan melalui hati.

Gejala kolesterol tinggi dapat diketahui dengan beberapa  keadaan yang berlaku pada badan. Keadaan yang mungkin mendatangkan risiko ini perlu diatasi dengan mengubah cara pemakanan yang lebih sihat, gaya hidup yang lebih selamat dan mendapat rawatan jika diperlukan. Ciri-ciri kemungkinan kolesterol tinggi seperti berikut;

  1. Rasa mual
  2. Leher rasa tegang
  3. Muka merah
  4. Krem pada bahagian kaki
  5. Muntah
  6. Sakit kepala
  7. Sesemut/kebas pada bahagian tubuh seperti kaki,tangan dan kepala.

Bagaimana Gum Arabic Al-Manna membantu pesakit Kolesterol tinggi?

Gum Arabic dipilih sebagai ikhtiar alam membantu masalah Kolesterol tinggi yang dihadapi encik Zakaria. Dalam masa yang sama pengambilan ubat-ubatan hospital diteruskan mengikut dos dan jadual yang telah ditetapkan oleh pihak doktor.

Setelah 2 minggu encik Zakaria mengamalkan pemakanan sihat serbuk Gum ArabicAl-Manna, ternyata hasil yang diperolehi begitu memuaskan dalam usia 60an untuk bergerak aktif ke masjid dan majlis keramaian. Masalah sakit lutut yang dihadapi sebelum ini, kini kembali pulih dan dapat melakukan ibadah pada kedudukan yang lebih baik.

Keberkesanan getah pokok akasia atau gum Arabic Acacia dalam membantu memulihkan kolesterol yang tinggi ke tahap normal telah didedahkan dalam sebuah jurnal European Food Safety Authority (EFSA). Kajian saintifik telah membuktikan manfaat kesihatan yang boleh diperolehi dari getah pokok akasia iaitu dapat membantu memulihkan kepekatan kolesterol dalam darah ke tahap yang normal.

Kaedah mencegah kolesterol tinggi dalam darah

Kolesterol tinggi boleh membawa keradangan pankreas dan pembesaran hati. Mencegah daripada berlaku masalah kolesterol tinggi dalam darah sangat dianjurkan untuk menjaga kesihatan ke tahap yang lebih baik. Terdapat beberapa kaedah untuk mencegah kolesterol dalam darah sebagaimana berikut;

  • Tingkatkan pengambilan makanan serat tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Jauhi aktiviti tidak sihat seperti merokok dan minuman keras
  • kurangkan makanan ringan, makanan sejuk beku dan produk bakeri
  • Amalkan pemakanan yang mengandungi omega 3 seperti minyak ikan
  • Jalani cara hidup sihat dengan pengambilan makanan rendah lemak dan kolesterol
  • Lakukan senaman secara teratur walaupun hanya senaman ringan
  • Kawal berat badan dan elakkan stress
  • Buat pemeriksaan kesihatan enam bulan sekali jika terdapat ahli keluarga yang pernah mempunyai penyakit ini.

Bagaimana untuk mendapatkan Gum Arabic Al-Manna?

Anda boleh menghubungi saya di talian 010-9555229 (Nyna) dan jangan lupa like my page GumArabic2U 🙂

TESTIMONI PENYAKIT USUS – GUM ARABIC AL MANNA

Hi selamat pagi semua, selamat berhujung minggu dengan harapan cuaca sentiasa dalam keadaan yang baik. Kali ini saya ingin kongsikan mengenai testimoni penyakit usus yang mana sangat merbahaya jika dibiarkan.

Salah satu punca penyakit usus adalah akibat sembelit yang teruk, menyebabkan usus akan terjejas. Doktor nasihatkan pengambilan prebiotik untuk membantu masalah penghadaman.

Seorang pesakit yang berada di wad 1 Selatan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), kubang kerian telah membuat panggilan berikutan masalah usus yang dihadapinya. Beliau yang juga seorang anggota polis menghubungi GUM ARABIC FOOD untuk mendapatkan produk Gum Arabic dalam kadar seberapa segera sebelum diminta pulang selepas membuat pemeriksaan doktor.

Mengambil pendekatan bahawa pelanggan adalah keutamaan , maka dengan baki stok yang masih ada, terus di bawa ke HUSM Kubang  Kerian sebagai memenuhi permintaan empat paket Gum Arabic.

Menurut beliau, doktor mengatakan terdapat kemungkinan beliau mengalami kanser usus. Maka atas nasihat dan saranan pihak doktor yang mencadangkan  agar mengambil makanan yang serat dengan sumber prebiotik kerana ia baik dalam membantu proses penghadaman. Beliau memilih Gum Arabic sebagai ikhtiar dalam membantu pemulihannya.

Sembelit yang teruk akibat penghadaman yang tidak lancar boleh menjejaskan usus. Usus yang sihat selalunya akan membantu penghadaman yang baik di samping berupaya mengelakkan atau mengurangkan gejala sembelit dari terus berulang. Gum Arabic Al-Manna Ameer merupakan  pilihan sumber prebiotik terbaik sebagaimana kajian-kajian yang telah dibuat di dalam dan luar negara.

Sembelit adalah gejala yang pasti dilalui oleh setiap orang bergantung kepada sejauh mana penjagaan pemakanan dan kesihatan harian. Gejala sembelit apabila tidak terkawal boleh menyumbang kepada  penyakit usus. Ini kerana usus tidak mampu lagi mengawal bebanan hasil dari gaya hidup yang tidak sihat dan mengalami penyakit-penyakit tertentu dan pengabaian terhadap pemakanan dan kesihatan.

Justeru itu Gum Arabic Al-Manna Ameer yang dikenali sebagai getah pokok akasia,gam arab,gula mentah dan getah arab menjadi perhatian bukan sekadar dalam masalah berkaitan sembelit, bahkan manfaatnya meliputi hampir segala keperluan kesihatan termasuk menyokong sistem pertahanan tubuh badan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Gum Arabic Al-Manna Ameer, bolehlah hubungi saya di talian 010-9555229 dan jangan lupa like my page GumArabic2U. Sekian perkongsian untuk kali ini dan terima kasih juga kerana sudi melawat dan membaca entri saya 🙂

TESTIMONI PENYAKIT GOUT, SEKIRANYA DIBIARKAN BOLEH MEMBAWA MAUT

Hi semua, selamat pagi. Lama pula tidak muncul di ruangan entri saya ni hehe… Untuk kali ini, saya mahu share berkaitan dengan penyakit gout yang sememangnya tidak asing lagi bagi rakyat malaysia umumnya.
Gout adalah sejenis penyakit yang diakibatkan oleh asid urik yang berlebihan di dalam badan kita, dan asid urik itu adalah bahan kumuhan  yang berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Bagi penghidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan akan berkumpul di dalam sendi dan tidak dinafikan, Ianya adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia sejak zaman dahulu kala lagi.

Pada masa dahulu, gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan malah boleh membawa maut namun kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal. Biasanya, gout ini sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan 30 hingga 60 tahun. Ianya jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.

Selain dari ubat-ubatan, untuk mengurangkan asid urik di dalam badan kita, di masa kini, supplemen juga memainkan peranannya yang tersendiri dalam mengekalkan tahap kesihatan kita yang lebih optimum. Mari kita ikuti sebahagian  daripada testimoni pengamal Gum Arabic, yang mana mereka sangat berpuas hati dengan serbuk gum arabic yang menjanjikan 100% semulajadi tanpa bahan kimia dan halal. Sangat sinonim juga  dengan panggilan  kualiti prebiotik yang sangat tinggi.

Untuk keterangan lanjut, hanya hubungi saya di talian 010-9555229. Info-info terkini, anda boleh layari page saya di GumArabic2U dan jangan lupa like ya hehe… Sekian untuk entri saya kali ini dan terima kasih kerana sudi melawat entri saya:)

MANFAAT DAN KHASIAT AL-MANNA AMEER GUM ARABIC PILIHAN TERBAIK RAKYAT MALAYSIA

Hi semua, selamat bertemu kembali kita dalam ruangan entri saya. Dalam minggu ini, melihat keadaan cuaca buat kita gerun kan, namun harapan kita, agar cuaca akan semakin baik.

Baiklah entri saya untuk kali ini adalah manfaat dan khasiat Al-Manna Ameer Gum Arabic, yang mana sememangnya tidak asing lagi bagi seluruh rakyat malaysia dan semestinya ianya pilihan terbaik. Setiap keluarga wajib ada Gum Arabic tau.. Kerana ianya sangat sesuai bagi setiap peringkat umur seawal bayi 8 bulan dan ke atas.

Serbuk getah pokok acacia senegal Al-Manna Ameer telah digunakan di kalangan masyarakat yang mempunyai masalah kesihatan tertentu. Gum Arabic adalah bukan sejenis ubat atau herba yang digunakan untuk memulihkan masalah kesihatan. Ianya makanan kesihatan yang mempunyai manfaat dan khasiat mineral seperti kalsium dan perbiotik semulajadi yang tinggi untuk menambah keperluan serat harian.

MANFAAT DAN KHASIAT GUM ARABIC

  1. Pesakit buah pinggang memanfaatkan serbuk Gum Arabic Al-Manna Ameer untuk kesihatan yang lebih baik tanpa memerlukan rawatan dialisis. Kesihatan yang baik membantu penurunan kreatinin dalam darah ke peringkat yang lebih baik.
  2. Badan yang sihat. cergas dan bertenaga datangnya dari budaya hidup yang sihat antaranya pengamalan pemakanan yang sihat termasuk ikhtiar minuman harian Gum Arabic.
  3. Radikal oksigen bebas memberi kesan yang tidak baik kepada tahap kesihatan kita, oleh itu serbuk Gum Arabic membantu untuk mengurangkan kesan radikal bebas oksigen.
  4. Apa itu butyrate? Butyrate ialah metabolit utama atau makanan penting untuk kelangsungan hidup bakteria baik dalam kolon. Gum Arabic diakui umum sebagai sumber perbiotik semulajadi dan ianya  sangat baik untuk percambahan sel-sel bakteria baik dalam usus(kolon). Ikhtiar terbaik untuk menghadapi masalah usus dan penghadaman.
  5. Dapat menurunkan masalah tekanan darah tinggi.
  6. Selesma dan demam sangat sinonim di kalangan kanak-kanak. Serbuk Gum Arabic dapat mengurangkan kekerapan kanak-kanak jatuh sakit.
  7. Gum Arabic bersifat pengemulsi dan ejen penstabil semula jadi yang mampu menghalang pembentukan lemak dan gula dalam darah.
  8. Dapat mengawal selera makan antara cara yang boleh menurunkan berat badan berlebihan.
  9. Dapat mengurangkan masalah sengugut di kalangan kaum hawa.
  10. Gout adalah masalah yang dihadapi ramai warga emas terutamanya lelaki. Gout juga boleh saja berlaku dikalangan golongan muda yang mana mengabaikan gaya hidup sihat.
  11. dapat membantu dalam masalah buasir.
  12. Dapat membantu dalam masalah migrain.
  13. Dapat membantu dalam masalah kulit seperti kudis yang mana dikaitkan dengan pelbagai masalah lain.
  14. Dapat membantu anda untuk bangun pagi dalam keadaan yang mudah dan bertenaga.
  15. Dapat membantu dalam menangani masalah sendi.
  16. Dapat membantu menangani masalah asma.
  17. Dapat membantu dalam menangani masalah batu karang.
  18. Dapat membantu menangani sembelit.
  19. Penyakit kanser adalah penyakit yang sangat digeruni semua orang. Dengan adanya Gum Arabic, ianya dapat membantu memperbaiki tahap kesihatan kita ke arah yang lebih baik.
  20. Gum Arabic mampu membantu kekebalan sistem pertahanan badan dan adanya penyerapan bahan mineral yang lebih baik.
  21. Penghalang kepada masalah pertumbuhan sel kanser usus dan keradangan.
  22. Dapat membantu menangani masalah cirit birit.
  23. Dapat membantu untuk menurunkan paras kolesterol yang tinggi.
  24. Dan banyak lagi sebenarnya manfaat Gum Arabic ini.

Untuk info lebih lanjut mengenai Khasiat serbuk Al-Manna Gum Arabic ini, hanya hubungi saya di talian 010-9555229 dan jangan lupa like my page under GumArabic2U 🙂

Sehingga kita bertemu lagi di entri saya yang seterusnya dan terima kasih juga kerana anda sudi melawat entri saya. Sekiranya anda merupakan salah seorang pengamal Gum Arabic, silalah komen di ruangan komen dan sekiranya anda mahu mencuba produk Gum Arabic hubungi saya, saya akan memberikan konsultasi yang terbaik untuk anda 🙂

PUNCA-PUNCA DAN CARA MENGATASI SEMBELIT & SAKIT PERUT

Hi semua, selamat berhujung minggu, Rehatkan diri anda bersama keluarga yang tercinta. Bukan selalu pun kan hehee.. Pernahkah anda lama terkurung di dalam tandas atau dengan kata lain sembelit? Sembelit jangan dipandang ringan ya, mari kita sama-sama menimba ilmu punca-punca dan cara mengatasi sembelit dan sakit perut ini.

Penyebab sembelit ini sebenarnya sukar untuk diketahui secara pasti. Namun secara umumnya ada beberapa faktor yang menyebabkan sembelit ini berlaku ;

  • Cara pemakanan yang tidak seimbang – Kekurangan serat buah-buahan, sayur-sayuran, kekurangan cairan dan pengambilan susu yang banyak juga penyumbang kepada sembelit.
  • Kehamilan – Sekitar 40% daripada wanita hamil mengalami sembelit selama kehamilan, terutamanya di awal kehamilan. Ini berlaku kerana tubuh seorang wanita hamil banyak mengeluarkan hormon progesteron yang mengakibatkan  otot menjadi kendur  sehingga sukar untuk membuang air besar.
  • Menunda waktu membuang air besar – Perkara yang sering berlaku bagi anak-anak mahupun orang dewasa dengan pelbagai alasan yang kurang munasabah. Namun sifat menunda-nunda waktu ini boleh membawa penyakit yang serius terhadap usus.
  • Pengaruh ubat-ubatan – Pengambilan ubat-ubatan juga boleh mempengaruhi untuk sukar membuang air besar
  • Mempunyai tahap kesihatan yang kurang sihat – pada umumnya dan tidak selalunya berlaku, sembelit boleh memberikan signal atau petanda kepada badan kita terhadap sejauh mana tahap kesihatan kita, seperti diabetes, sindrom iritasi usus besar, kelebihan kalsium dalam darah, kelenjar tiroid yang kurang aktif, penyakit parkinson, kanser usus besar atau dubur, atau cedera tulang belakang.
  • Faktor-faktor fizikal dan mental – kesukaran untuk membuang air besar juga boleh berlaku bagi mereka yang sentiasa tertekan, merasa selalu cemas, depresi, trauma dan lain-lain keadaan yang boleh menganggu hidup mereka

CARA MENGATASI SEMBELIT DAN SAKIT PERUT

Langkah menangani atau mengatasi sembelit ini tergantung kepada punca atau penyebabnya. Namun, secara umumnya ianya boleh diatasi dengan mengubah gaya hidup kita seperti berikut;

  • Minum air putih yang secukupnya bagi mencegah dehidrasi.
  • Banyakkan pengambilan serat  setidaknya 18-30 gram sehari. Serat ini boleh di dapati dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan sereal.
  • ketika membuang air besar di toilet, pastikan kedudukan dalam keadaan yang betul atau selesa, kerana cara duduk juga boleh mempengaruhi terutamanya kanak-kanak.
  • Jangan menunda-nunda waktu untuk membuang air besar.
  • Sekiranya sembelit berlaku terhadap anak, berikan buah-buahan seperti apel, anggur, pir atau kismis, begitu juga dengan orang dewasa.

Dengan mengubah gaya hidup kita yang sihat, sebenarnya bukan perkara yang mudah sekiranya tidak dipraktikan selalu malah jika kita memaksa diri kita untuk berubah, maka ianya boleh saja menjadi satu bebanan dan masalah bagi kita. Apa tidaknya kan.. harus memakan beberapa banyak buah-buahan dan sayuran hehee…

Dengan mengambil suplemen yang tinggi serat dan mempunyai prebiotik semulajadi, jawapannya terletak pada GUM ARABIC. Hanya bancuh dan minum. Senangkan 🙂

KENAPA PERLUNYA MINUM GUM ARABIC?

  • Altenatif pelbagai masalah kesihatan
  • Prebiotik semulajadi
  • Diimport Eksklusif dari sudan
  • Gred terbaik
  • 100% Asli & halal
  • Tanpa bahan pengawet
  • Dan banyak lagi

Untuk lebih lanjut, bolehlah hubungi saya ya 🙂

Nyna – 010 9555229

Like my page – GumArabic2U

Sekian sedikit info mengenai sembelit, dan terima kasih kerana sudi melawat entri saya:)

PUNCA-PUNCA BADAN LEMAH, LETIH DAN CEPAT MENGANTUK SERTA CARA MENGATASINYA

Selamat pagi semua, mulakan hari anda dengan senyuman yang manis 🙂 Dalam menjalani kehidupan seharian, kita tidak lari daripada kesibukan, dan kesibukan inilah yang membuatkan kita letih, lemah badan dan juga cepat mengantuk.

Antara punca-punca badan lemah, cepat letih dan kerap mengantuk adalah seperti berikut;

  • Tidur yang tidak mencukupi – Setiap individu disarankan tidur 7-8 jam sehari. Jadikan tidur sebagai prioriti untuk mengembalikan tenaga anda.
  • Tidak cukup tenaga – Makan terlalu sedikit, diet yang keterlaluan juga akan menyebabkan anda lemah. Diet yang seimbang membantu anda untuk mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah. Apabila paras glukosa dalam darah menjadi rendah, anda akan menjadi lemah dan boleh menyebabkan pitam.
  • Tidak mengambil sarapan – Sarapan adalah diwajibkan. Ambil sarapan yang hanya kelihatan simple seperti beberapa keping roti atau telur separuh masak. Ini membuatkan tenaga anda dapat dibekalkan di waktu pagi. Waktu pagilah anda memerlukan tenaga yang berterusan untuk melakukan kerja agar lebih fokus.
  • Kurang darah merah (Anemia) – Dikalangan perempuan anemia merupakan penyebab utama mereka sering berasa lemah. Ini kerana mereka akan kehilangan darah ketika haid. Biasanya tahap besi(iron) dalam darah akan berkurang dan meletakkan mereka dalam keadaan yang berisiko. Sel darah merah sangat penting untuk membawa oksigen  kes seluruh organ. Lemah, sesak nafas, sering berdebar-debar adalah simptom anemia. Pergilah berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai simptom berikut.
  • Tekanan emosi – Setiap orang pernah mengalami tekanan. Tekanan emosi anda mungkin sekadar memberi kesan kepada emosi sahaja, tetapi sebenarnya ia juga memberi kesan pada fizikal. Lemah, sakit kepala, hilang selera makan adalah simptom yang sering berlaku akibat daripada tekanan emosi.
  • Terlalu banyak kafein – Kafein boleh membantu anda untuk segar dan meningkatkan kadar konsentrasi apabila anda mengambil dos yang tidak berlebihan. Terlalu banyak kafein di dalam kopi akan menyebabkan kadar degupan jantung bertambah, tekanan darah meningkat dan ada kajian yang mengatakan, terlalu banyak kafein akan menyebabkan anda menjadi lemah. Secara perlahan-lahan turunkan ketagihan anda terhadap kafien kopi. Penurunan secara mendadak menyebabkan anda kembali ketagih dan menyebabkan anda bertambah lemah.
  • Dehidrasi – Mudah lemah mungkin disebabkan anda kurang minum air. Samaada anda melakukan senaman  ataupun bekerja, badan anda sangatlah memerlukan air. Apabila anda dahaga, itu bermakna anda dehidrasi.

Untuk mengatasi badan yang cepat lemah, letih, lesu haruslah dengan mengambil pemakanan yang sihat dan seimbang dan bersenam juga keutamaannya. Namun gaya hidup yang terlalu sibuk membuatkan kita tida punya waktu untuk menjaga itu dan ini kan..justeru itu, pengambilan supplemen Gum Arabic ialah pilihan yang terbaik dan paling tepat.

Untuk lebih lanjut, bolehlah hubungi saya di talian seperti berikut;

call/Whatsapp : 010 9555229

klik like di page saya: GumArabic2U

 

KHASIAT SERBUK GUM ARABIC AL-MANNA

Hi semua, selamat pagi..Cuaca kelmarin membuatkan saya risau dan takut, dengan awan yang gelap, angin yang kuat diikuti hujan yang kuat, tetapi hari ini kita bersyukur kerana cuaca yang baik. Hari ini saya mahu dan terus berkongsi mengenai khasiat serbuk Gum Arabic Al-Manna.

Sayangilah usus dan organ-organ dalaman kita dengan mengamalkan Gum Arabic, kerana ianya sangat membantu kita untuk kekal sihat. Berikut adalah antara khasiat dan manfaat Gum Arabic yang berkaitan dengan usus kita ;

  • Gum Arabic dapat merawat penyakit-penyakit yang berkaitan dengan saluran gastro usus. Saluran gastro usus adalah kawasan esofagus, perut, usus kecil, kolon, rektum dan dubur.
  • Gum Arabic juga membantu dalam menangani masalah buasir.
  • Kajian menunjukkan pengambilan Gum Arabic selama 30 hari sebanyak 15 gram hingga 30 gram dapat mengurangkan paras kolesterol dalam darah. Namun keberkesanannya berbeza bagi setiap individu mengikut tubuh masing-masing
  • Kajian juga menunjukkan pengambilan yang banyak dapat mengurangkan lemak bagi manusia. Ada pengguna yang dapat menurunkan berat badan dengan  pengambilan sebanyak 30 gram hingga 50 gram sehari.
  • Dr.Isam Siddiq, seorang pakar dalam Gum Arab dan kegunaannya dari sudan berkata, Gum Arabic adalah bahan prebiotik dan merupakan makanan tambahan yang amat penting untuk menyediakan badan dengan tenaga dan membantu meningkatkan prestasi kesihatan usus.
  • Prof.Omaima Mohi-Eddin Sabir, seorang pakar pediatrik berkata, Penyelidikan perubatan dijalankan ke atas Gum Arabic telah membuktikan bahawa iannya berkesan dlam rawatan pelbagai penyakit seperti penyakit usus dan lain-lain. Beliau menambah lagi bahawa ia telah terbukti dan amat berkesan dalam rawatan penyakit kulit sensetif, sembelit, cirit birit, kekeringan, saraf kolon, kencing manis, oestomalacia kanak-kanak, hiperaktif, kolesterol dan lain-lain lagi.

Untuk lebih lanjut lagi dan ingin mencuba, hubungi kami di lokasi-lokasi yang berdekatan dengan anda ;

Nyna – 010 9555229 (Penampang, Kota kinabalu sabah. Dan kepada yang berada di sekitar donggongon, bagi memudahkan anda, boleh dapatkan produk Gum Arabic ini di megalong,ABGAIL BOX,2nd floor, bersebelahan dengan MR.Diy)

Melan – 019 2792752 (W.P.Labuan)

Donald – 011 26853059 (Ranau, Sabah)

Sekian entri saya untuk kali ini, terima kasih kerana sudi melawat entri saya 🙂