PETUA HILANGKAN JERAWAT YANG BERKESAN

Hi selamat berhujung minggu. Inilah peluang untuk bersama dengan keluarga tercintakan.. Atau peluang untuk melakukan aktiviti bersama rakan-rakan. Hari ini saya akan berkongsi mengenai petua untuk kecut dan hilangkan jerawat dengan berkesan.

Jerawat memang satu masalah kerana ia boleh menimbulkan rasa kurang keyakinan diri dan malu berhadapan dengan orang ramai. PERINGATAN, jangan sekali-kali suka memicit jerawat ya, kerana tabiat ini lagi memburukkan keadaan kulit muka , jerawat akan bertambah. Beberapa petua yang saya akan kongsikan yang mana mampu merawat dan menghilangkan jerawat dan paling best, ianya adalah bahan yang berasaskan sumber alam semula jadi.

PES SERBUK KUNYIT – Titiskan sedikit air pada serbuk kunyit dan sapu pada jerawat beberapa minit. Lakukan sehingga hilang jerawat.

JUS DAUN PUDINA – Blend daun pudina bersama sedikit air, tapis airnya dan sapu pada seluruh muka. Lakukan sebelum tidur dan biarkan semalaman.

JUS BUAH LEMON – Perah jus lemon dan dengan menggunakan bebola kapas , tekap pada jerawat selama 20 minit dan bilas. Lakukan dua tiga kali sehari untuk kesan yang cepat.

BAWANG PUTIH – potong bawang putih kepada dua dan tekap pada jerawat sehingga terasa jus bawang putih melekat pada jerawat. Jus ini mengandungi sulfur yang mampu merawat jerawat dengan cepat.

UBAT GIGI – Sebelum masuk tidur, sapu ubat gigi pada jerawat dan biarkan semalaman.

WAP PANAS – Letak air panas dalam besen dan lalukan bahagian jerawat pada wap panas. Bukan sahaja menghilangkan jerawat malah menjadikan kulit muka bertambah seri.

PEK AIS –  Letak ais pada jerawat. Ia akan membantu mengecut dan mengecilkan jerawat.

PES SERBUK KAYU MANIS – Letak sesudu madu atau jus lemon pada dua sudu serbuk kayu manis dan sapu pada jerawat. Sebaiknya guna pes serbuk kayu manis ini sebelum masuk tidur.

KULIT BUAH OREN  – Blend kulit oren bersama air. Ambil pes oren dan sapu pada kawasan yang berjerawat.

MADU – Ambil sedikit madu menggunakan bebola kapas dan tekap pada jerawat

JUS TIMUN – Hiris timun dan rendam dalam air selama sejam. Kemudian minum airnya.

Petua hilangkan jerawat ini boleh digunakan untuk pelbagai peringkat umur, kerana ianya hanya menggunakan bahan semulajadi. Walau apapun pastikan muka dicuci dengan bersih sebelum masuk tidur supaya jerawat tidak  cepat timbul.

Ini kerana mekap, minyak dan debu yang melekat sepanjang hari jika tidak dibersihkan menambah risiko untuk mendapat jerawat dengan mudah.

Walaumacamanapun, adakah kita mempunyai masa untuk melakukan petua-petua di atas, mungkin untuk permulaan, ya tetapi selepas beberapa waktu, masihkah kita maintain mengamalkan petua-petua tersebut. Memang payahkan.. TETAPI saya ada jalan penyelesaiannya, jangan risau, MEWANGI SKINCARE kan ada..

Prodak mewangi adalah prodak yang berasaskan 100%  sumber bahan semulajadi dan paling menarik, antara bahan yang terkandung di dalam prodak mewangi ialah madu dan kayu manis. Seperti mana yang kita tahu minyak kayu manis, salah satu fungsinya adalah mengecutkan jerawat dengan berkesan dan madu pula, berupaya melembapkan kulit kita yang kering.

So.. jangan tunggu lama-lama ya, hubungi saya di talian 0109555229. Terima kasih kerana sudi melawat dan membaca entri saya, semoga kita bertemu lagi di entri saya yang seterusnya 🙂

MANFAAT DAN KELEBIHAN MEWANGI KRIM SIANG

Hi selamat pagi semua, ok hari ini saya ingin kongsikan apa manfaat dan kelebihan yang terdapat dalam mewangi krim siang.

BAHAN-BAHAN:

  • 7 Pati bunga
  • Serbuk mutiara
  • Tea Tree oil
  • Vitamin A, E, C
  • Glutha A.H.A
  • Niacinamide
  • Hyaluronic Acid
  • Argan Oil

PERLU TAHU!!! Kita sebagai pengguna perlu tahu semua ini sekiranya kita ingin mencuba apa-apa jenis prodak.

  • Krim siang ini boleh menaikkan seri muka
  • kita selamat dan suci
  • Buatan Bumiputera
  • Ada kelulusan KKM
  • Ada logo HALAL (Mesra solat dan mesra wuduk)
  • Selain itu, krim siang ini adalah bersifat waterbase. Tidak berminyak dan tidak melekit

Krim siang ini senang tanggal dan senang untuk dipakai. Sapu-sapu saja di muka, dap-dap dah siap. Senangkan.. Sangat simple untuk mereka dan anda yang tidak suka berbedak, tampal tebal-tebal bedak di muka dan tidak suka tutup cela masalah kulit seperti jeragat, tompok-tompok hitam dan sebenarnya  sangat baik untuk yang berjerawat. Nak tahu kenapa? Kerana krim siang ini tidak menyumbat liang-liang pori kulit anda malah dapat merawat masalah kulit anda seperti jeragat, tomopk-tompok hitam, jerawat, whiteheads, balackheads dan sebagainya.

Mewangi krim siang ini bukan hanya untuk muka sahaja tetapi boleh digunakan untuk seluruh badan. Ada SPF 60, mewangi krim ini juga berupaya untuk sekatakan tona kulit, mencerah, melembut, menaikkan aura dan seri wajah.

CARA PENGGUNAAN:

Sapu dan ratakan di seluruh muka dan badan. Disyorkan dipakai selepas mandi atau selepas cuci muka. Bagi yang muslim pakai setiap kali selepas solat. Kalau tidak pakai untuk satu badan pun ok, supaya lambat habis hehe..

Untuk itu, sampai di sini sahaja perkongsian saya mengenai mewangi krim siang. Kalau ada yang berminat, mahu cuba prodak mewangi ini, jangan segan untuk hubungi saya atau whatsapp di 0109555229 (nyna)

RAHSIA KULIT CANTIK, SIHAT DAN BERSIH

Hi semua, selamat makan tengahari. Mesti ramai wanita di luar sana yang ingin tahu rahsia kulit cantik tanpa perlu mekap kan. Selama mana kita boleh sembunyikan kekurangan pada wajah dengan solekan yang tebal. Bukan sahaja  kulit  tidak bernafas malah wajah wanita yang bersolek tebal kelihatan lebih matang dan kadang kala terlihat lebih tua daripada usia.

Jadi macamana nak biasakan kulit bebas tanpa mekap kalau kulit wajah masih tidak sihat. Ada parut, cela, jerawat, jeragat, kulit kering, kulit kusam? Ha…. inilah petua dan caranya. Tanpa secalit makep pun nampak cantik.

 

  1. CUCI MUKA – Cuci wajah dua kali sehari, pagi dan malam adalah waktu yang paling sesuai. Pastikan sebelum tidur wajah bersih daripada sebarang kotoran.

 

2.PELEMBAP WAJAH – Selepas mencuci wajah, jangan lupa mengoles pelembap pada seluruh wajah dan leher. Pada siang hari, gunakan pelembap yang mempunyai pelindungan sengatan matahari. Ini dapat melindungi kulit sekaligus membantu sel kulit kekal lembap. Sapuan haruslah dilakukan secara nipis dan rata. Jika berlebihan, bukan sahaja comot malah membuatkan kulit melekit.

3.SKRUB –  Bagi yang mempunyai kulit normal dan tidak betdepan dengan masalah seperti jerawat, anda boleh menggunakan skrub. Skrub dapat membantu membuang sel kulit mati. Namun bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif, rendam tuala kecil dalam air suam, lapkan ke wajah secara perlahan-lahan. Lakukan dua kali seminggu, kulit anda akan kembali normal dan menawan.

4. BERSIHKAN SOLEKAN – Jangan sesekali tidur dengan wajah yang bermekap.Bersihkan solekan dengan menggunakan penanggal  mekap atau gunakan tisu basah. Sisa solekan boleh menyebabkan liang roma tersumbat dan mengundang masalah kulit berjerawat.

5. HENTIKAN TABIAT PICIT JERAWAT – Terlalu kerap menyentuh muka  juga menyebabkan bakteria berjangkit. Terutama untuk golongan yang mempunyai masalah jerawat. Elakkan juga menggaru wajah.

6. KRIM MALAM – Sewaktu kita tidur, masa inilah kulit wajah kita berehat dan sebaiknya gunakan krim malam yang sesuai dengan anda.

Senang atau susah dalam proses penjagaan kulit wajah yang sihat, cantik dan bersih? Semuanya terpulang dari kitakan.. Dan yang paling penting juga, hindari memakai prodak penjagaan kulit yang mengandungi bahan kimia.  Amalkan minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari, ianya baik untuk kesihatan dalaman dan luaran.

Mewangi prodak adalah prodak yang bebas daripada bahan kimia, iannya 100% menggunakan bahan semulajadi. Dalam prodak mewangi terdapat 4 jenis prodak iaitu pencuci muka, skrub, krim siang dan krim malam. Kesemua prodak ini, saling berkaitan untuk mencantikan dan memulihkan kembali kulit anda.

Sampai di sini dulu perkongsian saya mengenai rahsia kulit cantik, sihat dan bersih. Untuk anda yang ingin mencuba prodak mewangi, jangan segan untuk hubungi saya di 0109555229. Saya akan guide anda sehingga memiliki kulit yang diidamkan, terima kasih juga kepada yang sudi melawat dan membaca entri saya 🙂

TESTIMONI PENGGUNA PRODAK PESONA RATU DAN PESONA AYU

Hi semua, selamat pagi dan selamat berkerja.. Jika ada mengalami masalah kulit muka berminyak, berjerawat, jeragat tebal, whiteheads, blackheads, kulit kusam, kulit kering dan sudah puas mencuba pelbagai prodak penjagaan kulit muka tetapi malangnya  tiada satu pun yang boleh membantu untuk mengatasi masalah kulit anda, itu mungkin anda boleh mencuba dan mempertimbangkan untuk mengamalkan prodak PESONA atau prodak MEWANGI.

Hari ini saya akan kongsi dengan anda semua mengenai testimoni pengguna PESONA skincare. Seperti mana yang saya telah kongsi sebelum ini, prodak pesona set 2 in 1, terdiri daripada sabun dan juga krim siang dan malam dan prodak pesona ini dikhususkan  untuk rawatan pemulihan bagi kulit yang tersalah pakai prodak chemical. Sekiranya diamalkan berterusan, kulit akan anjal, cerah, berseri dan bercahaya.

Ini tidak bermaksud, anda yang tidak mengalami masalah kulit tidak boleh memakai prodak pesona ini, sebenarnya boleh dan sangat digalakkan juga. Kerana prodak pesona ini tidak mengandungi bahan kimia dan 100% menggunakan bahan semulajadi.

Ikuti beberapa testimoni ini bagi meyakinkan lagi kepada anda untuk mencuba dan pastinya, lepas cuba tidak akan cari prodak lain lagi.. hehee

Untuk itu, sampai di sini perkongsian saya pada hari ini, kiranya prodak ini membantu anda yang telah mengamalkannya, teruskan dan yang belum pernah mencuba, hubungi saya terus di 0109555229. Saya akan memberikan konsultasi yang terbaik untuk anda.

Terima kasih juga kepada anda yang sudi melawat dan membaca entri saya:)

FUNGSI DAN BAHAN-BAHAN YANG TERKANDUNG DALAM MEWANGI PESONA SET 2 IN 1

Hi semua, selamat pagi.. Kelmarin saya telah share mengenai prodak terbaru mewangi iaitu Pesona ratu dan pesona ayu. Hari ini saya mahu share pula kandungan atau bahan-bahan yang terdapat di dalam pensona ratu (sabun) dan pesona ayu (krim)ini.

PESONA RATU

PESONA AYU

Bahan-bahan adalah 100% semulajadi dan tiada campuran bahan kimia. Selamat dan suci digunakan. Kepada anda yang tersalah menggunakan prodak , bolehlah mencuba pesona ini, kerana ianya dikhususkan kepada kulit yang bermasalah dan apabila digunakan secara berterusan, kulit akan menjadi anjal, cerah, berseri dan bercahaya.

Untuk itu, sampai di sini sahaja perkongsian saya, sehingga kita bertemu kembali di ruangan entri saya yang seterusnya. terima kasih juga kerana sudi melawat dan membaca entri saya sekian 🙂

MEWANGI PESONA DIRI, HALAL DAN SUCI-Segala masalah kulit wajah lari

Hi selamat pagi semua.. Sebut mengenai PESONA kan.. Banyak maksud yang tersendiri dan semestinya iannya membawa maksud yang baik-baik kan 🙂

Hari ini bersamaan 25.10.2018, MEWANGI melancarkan prodak terbaru iaitu PESONA RATU dan PESONA AYU. Sangat-sangat excited sebenarnya tetapi saya tidak dapat bersama dengan mereka, maklumlah jauh, tapi tidak apa, ada masa dan waktu, saya pasti akan berjumpa juga dengan  kak Ayu(founder) dan en.Nizam.

Pesona ratu dan pesona ayu ini adalah gabungan  2 in 1, yang mana membantu untuk menyihatkan kulit anda. Ianya dapat merawat kulit daripada masalah jeragat dan jerawat.

Pesona set 2 in 1 ini juga dikhususkan untuk membantu rawatan pemulihan bagi kulit yang tersalah pakai prodak chemical. Penggunaan yang berterusan ini akan membuatkan kulit anda kelihatan anjal, cerah, berseri dan bercahaya.

Bahan-bahan terbaik yang terdapat di dalam pesona ratu (sabun)

  • JOJOBA OIL
  • ALOE VERA
  • LEMON
  • IVY LEAF
  • CAFFEINE
  • GREEN TEA

Fungsi- fungsi PESONA RATU (Sabun)

  • Mencerah dan menegangkan kulit
  • Mengecutkan jerawat
  • Menghilangkan minyak di muka
  • Memudarkan jeragat dan parut jerawat

 

Bahan-bahan terbaik yang terdapat di dalam pesona ayu (krim siang & malam)

  • SUNFLOWER SEED OIL
  • SWEET ALMOND OIL
  • CUCUMBER
  • CALENDULA
  • CINNAMON
  • GOJI BERRY
  • CHAMOMILLA
  • ALLANTOIN

Fungsi-fungsi PESONA AYU (krim siang dan malam)

  • Menganjalkan kulit wajah
  • Membunuh jerawat dan jeragat degil
  • Melembapkan kulit
  • Mencerah dan menyama ratakan tona kulit

Haaa… menarik tak, keluaran prodak terbaru dari mewangi, mesti grab pesona ratu dan pesona ayu ini. Jangan biarkan muka kita semakin hilang serinya.

Untuk keterangan lanjut mengenai PESONA SET 2 IN 1, hubungi saya terus di 0109555229, saya pasti akan memberikan konsultasi yang terbaik untuk anda. Terima kasih kerana sudi melawat dan membaca entri saya. Sehingga kita bertemu lagi di entri saya yang seterusnya 🙂

KELEBIHAN MEWANGI SET TRIAL 3 IN 1

Hi selamat pagi dan bertemu kita kembali di ruangan entri saya. Sepertimana yang kita sedia maklum, prodak mewangi adalah prodak yang bebas daripada segala jeins bahan kimia berbahaya. Ianya berasaskan 100% bahan semulajadi dan ada kelulusan KKM.

Untuk dapatkan kulit yang sihat, anda perlu membuat pilihan bijak dengan mengetahui keperluan kulit sendiri. Terdapat pelbagai prodak skincare yang dapat membantu kulit anda menjadi lebih sihat dan flawless. Tidak ada perempuan yang tidak ingin memiliki kulit yang bersih, lembut dan cantikkan.. Tetapi kenapa perlu membazir duit untuk membeli prodak yang belum diketahui keberkesanannya dan paling penting bahan-bahan yang terkandung di dalam prodak tersebut?

MEWANGI CHEWING SOAP

  • Mampu membersih sebarang make up dan kotoran sehingga ke liang halus pori
  •  Memudarkan bintik hitam, parut, kulit kusam dan jeragat
  • Membantu pembaikan sebum dan kawalan minyak aktif di wajah
  • Mengawal pertumbuhan jerawat
  • Baiki masalah pori terbuka
  • Bertindak sebagai anti-bakteria
  • Melindungi wajah dari gatal akibat resdung

MEWANGI PEELING SCRUB

  • Membantu untuk memutihkan kulit wajah dan seluruh badan
  • Mengangkat sel kulit mati
  • Menghilangkan pigmentasi
  • Membantu menipiskan hiperpigmentasi atau flek hitam
  • Membantu meremajakan kulit dari dalam
  • Membantu mengurangi kedutan  dan menggebukan kulit wajah
  • Membantu meransang pembentukan kalogen
  • Memulihkan kesegaran dan menutup liang pori muka

MEWANGI CREAM

  • Bertindak sebagai anti-aging, kulit kelihatan lebih muda
  • Membantu mengurangkan kedutan
  • Membantu menambah keanjalan wajah
  • SPF 60, menghalang daripada sengatan matahari
  • Mencerahkan kulit wajah

Cara penggunaan prodak mewangi adalah sangat mudah tetapi keberkesanannya terhadap kulit wajah kita sangatlah baik dan secara peribadi saya katakan, saya sangat berpuas hati dengan prodak mewangi ini. Kini kulit saya semakin pulih dari masalah jeragat, whiteheads, jerawat, kulit kering dan kusam.

Untuk keterangan lebih lanjut mengenai prodak mewangi, hubungi saya terus di 0109555229. Saya akan memberikan konsultasi yang terbaik untuk anda. Terima kasih kerana sudi melawat dan membaca entri saya. Sehingga kita bertemu lagi di ruangan yang seterusnya 🙂

SENARAI NAMA BAHAN KIMIA YANG MERBAHAYA TERHADAP KULIT DAN ORGAN TUBUH KITA

Hi selamat pagi dan selamat hari berkerja.  Siapa yang ada masa terluang, jom kita sama-sama baca perkongsian dari pengasas prodak mewangi (kak Ayu) tentang  bahan-bahan kimia yang memberi kesan ke atas kulit dan organ tubuh kita.

Hari ini, kak Ayu nak share tentang jenis-jenis bahan kimia yang terdapat di dalam prodak kecantikan yang berbahaya untuk kita semua. Walaupun bukan semua bahan kimia berbahaya, namun terdapat beberapa jenis bahan kimia yang bukan sahaja  boleh merosakkkan wajah bahkan mampu mendatangkan masalah serius kepada organ tubuh  kita semua.

  1. PARABEN – Paraben digunakan secara meluas dan dikenali sebagai bahan pengawet buatan. Prodak berasaskan paraben harus dihindari kerana ditemukan di jaringan payudara, bertindak seperti hormon estrogen di tubuh, dapat menyebabkan gangguan kesuburan dan gangguan perkembangan janin. Ia muncul pada label dan dikenali dengan nama ALKYL PARAHYDROXYBENZOATE, BUTYLPARABEN, METHYLPARABEN, ETHYLPARABEN, PROPYLPARABEN, ISOBUTYLPARABENS.
  2. PROPYLENE GLYCOL dan BUTYLENE GLYCOL –  bahan kimia jenis ini digunakan bagi menjaga agar prodak tetap lembab dan harus dihindari kerana mampu mengubah struktur kulit sehingga menyebabkan bahan kimia lain  mudah masuk ke dalam tubuh. Bahan kimia ini dengan sangat mudah menembus ke dalam kulit supaya memperlemah struktur protein dan sel.

Umumnya bahan kimia ini digunakan untuk membuat ekstrak dari tumbuh-tumbuhan. EPA(US Environmental Protection Agency) menganggap PG sangat beracun sehingga mewajibkan pekerja untuk memakai sarung tangan pelindung, pakaian dan kacamata serta membuang sisa PG dengan menanam mereka di dalam tanah.

Lantaran PG berupaya menembusi kulit begitu cepat, EPA memperingatkan agar bahan  ini tidak mengalami sentuhan secara lansung dengan kulit untuk mencegah gangguan pada otak, hati dan kelainan ginjal. Muncul pada label sebagai ; PROPYLENE GLYCOL, PROPTYLENE GLYCOL, 1,2-PROPANEDIOL. Related synthetics: PEG(polyethylene glycol ) and PPG(polyproylene glycol)

3.PHTHALATES – Bahan kimia jenis ini digunakan sebagai carrier untuk parfum sintesis dan harus dihindari kerana memberikan pengaruh negetif pada kesuburan dan perkembangan janin. Bahan ini dianggap sebagai zat beracun oleh WHO (World Health Organization). Muncul sebagai :BENZYLBUTYL PHTHALATE(BZBP), DI-N-BUTYLPHTHALATE or DIBUTYL PHTHALATE (dbp),DIETHYL PHTHALATE (DEP), dan kadangkala hanya sebagai Frangrance.

4. SODIUM LAURYL/LAURETH SULFATE – kegunaannya adalah untuk membuat prodak agar berbuih. Bahan ini harus dihindari kerana boleh mengubah struktur kulit sehingga menyebabkan bahan kimia lain mudah masuk ke tubuh. Binatang yang terkena SLS mengalami kerosakan pada mata, depresi, sesak nafas, diare, iritasi kulit yang parah bahkan kematian. Mata yang masih muda mungkin tidak akan berkembang dengan baik jika terkena SLS kerana proteinnya dilarutkan . SLS juga dapat merosak kulit sistem kekebalan tubuh dengan menimbulkan adanya lapisan untuk terpisah dan rosak.

Ianya muncul label: SODIUM LAURETHSULFATE, SODIUM LAURYL SULFATE, SODIUM LAURYL ETHER SULFATE, ANHYDROUS SODIUM LAURYL SULFATE, IRIUM.

Ngerikan baca senarai nama bahan kimia yang berbahaya.. Itulah, ada baiknya kita menggunakan prodak-prodak berasaskan organik dan sekiranya tiada pilihan barulah bertukar kepada prodak lain yang tidak mengandungi bahan-bahan berbahaya. Altenatif lainnya, bertukarlah kepada MEWANGI yang pastinya sudah dijamin bebas bahan kimia berbahaya.

Baiklah cukup untuk hari ini perkongsian kak Ayu. Akan datang kak Ayu akan update pula bahan-bahan kimia yang lain juga berbahaya untuk kita semua. Sekian 🙂

MEWANGI TING-TING FOUNDATION – HANYA DENGAN SAPUAN NIPIS, KULIT GEBU, ANJAL DAN GLOWING

Selamat pagi semua, hari ini saya nak share kepada anda semua mengenai mewangi ting-ting foundation.

Ting-ting foundation merupakan bedak asas dengan SPF 30 yang mudah meresap ke kulit dan mengikut aliran darah dan suhu tubuh pemakainya. Dengan ting-ting foundation ini, anda tidak perlu risau lagi tersalah beli foundation yang tidak sesuai dengan tona kulit anda, Kerana foundation ini sesuai untuk semua jenis atau tona muka orang asia.

KELEBIHAN DAN KEBAIKAN

  • Membantu melembapkan kulit wajah dan menjadikan kulit lebih glowing dan longlasting
  • Membantu mencantikkan kulit
  • Membantu merawat kulit dari kusam kerana mengikut aliran darah dan suhu tubuh pemakainya
  • berfungsi sebagai oil control pada kulit yang mengawal lebihan minyak pada wajah
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Pelindung terbaik dari pancaran UVA dan UVB
  • Membantu mengawal kulit dari sunburn
  • Boleh digunakan oleh wanita dan lelaki

CIRI-CIRI TING-TING FOUNDATION

  • Tidak melekit
  • Tidak bercapuk
  • Mudah dioles di wajah
  • Mudah untuk diblend
  • Mudah dicuci
  • mengandungi 2 minyak yang menjadikkannya lebih istimewa iaitu;

Minyak argan kaya dengan vitamin E malah kandungan vitaminnya 2 kali ganda  lebih banyak berbanding  minyak zaitun. Vitamin E kaya dengan antioksidan dan berfungsi untuk melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan penuaan berlaku pada kulit wajah.

Minyak argan juga berfungsi melembapkan kulit yang kering, ianya juga berfungsi untuk mencerahkan kulit dengan membuat tona kulit lebih sekata. Tidak perlu guna kosmetik yang berbahaya, hanya menggunakan minyak argan

Avocado adalah agen anti-oksida yang sangat berkesan. Anti-oksida inilah yang bertindak sebagai anti-penuaan dan membantu untuk mengurangkan garis-garis penuaan di wajah anda. Minyak avocado telah terbukti meransang penghasilan kolagen dalam kulit kita (Collagen Boaster) dan juga bertindak sebagai pelembap kulit (Moisturizer).

Kandungan Vitamin A dalam avocado dapat membantu membersihkan setiap sel-sel kulit yang mati. Asid amino glutamin juga berguna untuk memberi perlindungan yang cukup dari beberapa kesan buruk akibat faktor persekitaran.

Ikuti toturial my lovely Founder MEWANGI skincare. Para pengguna mewangi skincare, terus amalkan prodak mewangi, dan kepada anda yang mahu mencuba, hubungi saya di 0109555229. Saya akan memberikan konsultasi yang terbaik untuk anda.

Sehingga kita bertemu kembali di entri yang seterusnya. Terima kasih kerana sudi membaca dan melawat entri saya 🙂

MUDAHNYA BUAT TERAPI AIS – BANYAK MANFAAT UNTUK KULIT

Hi semua, tengah buat apa tu..heheee . Selain daripada mengamalkan skincare seharian untuk kita maintainkan kecantikan kulit kita. Sini saya ingin share satu cara lagi untuk nampak kulit kita lagi sihat dan tidak kelihatan letih lesu, walaupun kita dalam keadaan yang sangat penat.

Sebenarnya mudah saja untuk membuat terapi ais ni dan ianya sangat berkesan. Antara manfaat dan kebaikan terapi ais ini ;

  • Tegangkan kulit
  • Kurangkan kedutan
  • Kulit mulus segar
  • Hilangkan jerawat
  • Redakan kulit yang mengalami healing proses, kemerahan dan pengelupasan
  • Rehatkan kulit wajah sebelum tukar ke prodak yang lain
  • Kurangkan kulit berminyak
  • Menutup pori-pori yang besar
  • Kulit menjadi anjal dan cerah
  • Dan banyak lagi

Kalau kita rajin, sebenarnya setiap hari kita boleh lakukan terapi ais ini, kerana aktiviti seharian kita menyebabkan kulit kita, sentiasa terdedah dengan pencemaran persekitaran.

Ikuti toturial Founder MEWANGI Skincare ini, dan anda haruslah dan mesti amalkan terapi ais ini dan anda akan menikmati khasiat apabila mengamalkan terapi ais ini.

Sekian dulu entry saya untuk kali ini. Sehingga kita bertemu lagi di entri saya yang seterusnya dan terima kasih juga kerana sudi membaca dan melawat entri saya. Sekiranya ada komen dan cadangan, silakan di ruangan komen, dalam masa yang sama kita boleh saling bertukar pendapat 🙂