RAHSIA KULIT CANTIK, SIHAT DAN BERSIH

Hi semua, selamat makan tengahari. Mesti ramai wanita di luar sana yang ingin tahu rahsia kulit cantik tanpa perlu mekap kan. Selama mana kita boleh sembunyikan kekurangan pada wajah dengan solekan yang tebal. Bukan sahaja  kulit  tidak bernafas malah wajah wanita yang bersolek tebal kelihatan lebih matang dan kadang kala terlihat lebih tua daripada usia.

Jadi macamana nak biasakan kulit bebas tanpa mekap kalau kulit wajah masih tidak sihat. Ada parut, cela, jerawat, jeragat, kulit kering, kulit kusam? Ha…. inilah petua dan caranya. Tanpa secalit makep pun nampak cantik.

 

  1. CUCI MUKA – Cuci wajah dua kali sehari, pagi dan malam adalah waktu yang paling sesuai. Pastikan sebelum tidur wajah bersih daripada sebarang kotoran.

 

2.PELEMBAP WAJAH – Selepas mencuci wajah, jangan lupa mengoles pelembap pada seluruh wajah dan leher. Pada siang hari, gunakan pelembap yang mempunyai pelindungan sengatan matahari. Ini dapat melindungi kulit sekaligus membantu sel kulit kekal lembap. Sapuan haruslah dilakukan secara nipis dan rata. Jika berlebihan, bukan sahaja comot malah membuatkan kulit melekit.

3.SKRUB –  Bagi yang mempunyai kulit normal dan tidak betdepan dengan masalah seperti jerawat, anda boleh menggunakan skrub. Skrub dapat membantu membuang sel kulit mati. Namun bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif, rendam tuala kecil dalam air suam, lapkan ke wajah secara perlahan-lahan. Lakukan dua kali seminggu, kulit anda akan kembali normal dan menawan.

4. BERSIHKAN SOLEKAN – Jangan sesekali tidur dengan wajah yang bermekap.Bersihkan solekan dengan menggunakan penanggal  mekap atau gunakan tisu basah. Sisa solekan boleh menyebabkan liang roma tersumbat dan mengundang masalah kulit berjerawat.

5. HENTIKAN TABIAT PICIT JERAWAT – Terlalu kerap menyentuh muka  juga menyebabkan bakteria berjangkit. Terutama untuk golongan yang mempunyai masalah jerawat. Elakkan juga menggaru wajah.

6. KRIM MALAM – Sewaktu kita tidur, masa inilah kulit wajah kita berehat dan sebaiknya gunakan krim malam yang sesuai dengan anda.

Senang atau susah dalam proses penjagaan kulit wajah yang sihat, cantik dan bersih? Semuanya terpulang dari kitakan.. Dan yang paling penting juga, hindari memakai prodak penjagaan kulit yang mengandungi bahan kimia.  Amalkan minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari, ianya baik untuk kesihatan dalaman dan luaran.

Mewangi prodak adalah prodak yang bebas daripada bahan kimia, iannya 100% menggunakan bahan semulajadi. Dalam prodak mewangi terdapat 4 jenis prodak iaitu pencuci muka, skrub, krim siang dan krim malam. Kesemua prodak ini, saling berkaitan untuk mencantikan dan memulihkan kembali kulit anda.

Sampai di sini dulu perkongsian saya mengenai rahsia kulit cantik, sihat dan bersih. Untuk anda yang ingin mencuba prodak mewangi, jangan segan untuk hubungi saya di 0109555229. Saya akan guide anda sehingga memiliki kulit yang diidamkan, terima kasih juga kepada yang sudi melawat dan membaca entri saya 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge