SENARAI NAMA BAHAN KIMIA YANG MERBAHAYA TERHADAP KULIT DAN ORGAN TUBUH KITA

Hi selamat pagi dan selamat hari berkerja.  Siapa yang ada masa terluang, jom kita sama-sama baca perkongsian dari pengasas prodak mewangi (kak Ayu) tentang  bahan-bahan kimia yang memberi kesan ke atas kulit dan organ tubuh kita.

Hari ini, kak Ayu nak share tentang jenis-jenis bahan kimia yang terdapat di dalam prodak kecantikan yang berbahaya untuk kita semua. Walaupun bukan semua bahan kimia berbahaya, namun terdapat beberapa jenis bahan kimia yang bukan sahaja  boleh merosakkkan wajah bahkan mampu mendatangkan masalah serius kepada organ tubuh  kita semua.

  1. PARABEN – Paraben digunakan secara meluas dan dikenali sebagai bahan pengawet buatan. Prodak berasaskan paraben harus dihindari kerana ditemukan di jaringan payudara, bertindak seperti hormon estrogen di tubuh, dapat menyebabkan gangguan kesuburan dan gangguan perkembangan janin. Ia muncul pada label dan dikenali dengan nama ALKYL PARAHYDROXYBENZOATE, BUTYLPARABEN, METHYLPARABEN, ETHYLPARABEN, PROPYLPARABEN, ISOBUTYLPARABENS.
  2. PROPYLENE GLYCOL dan BUTYLENE GLYCOL –  bahan kimia jenis ini digunakan bagi menjaga agar prodak tetap lembab dan harus dihindari kerana mampu mengubah struktur kulit sehingga menyebabkan bahan kimia lain  mudah masuk ke dalam tubuh. Bahan kimia ini dengan sangat mudah menembus ke dalam kulit supaya memperlemah struktur protein dan sel.

Umumnya bahan kimia ini digunakan untuk membuat ekstrak dari tumbuh-tumbuhan. EPA(US Environmental Protection Agency) menganggap PG sangat beracun sehingga mewajibkan pekerja untuk memakai sarung tangan pelindung, pakaian dan kacamata serta membuang sisa PG dengan menanam mereka di dalam tanah.

Lantaran PG berupaya menembusi kulit begitu cepat, EPA memperingatkan agar bahan  ini tidak mengalami sentuhan secara lansung dengan kulit untuk mencegah gangguan pada otak, hati dan kelainan ginjal. Muncul pada label sebagai ; PROPYLENE GLYCOL, PROPTYLENE GLYCOL, 1,2-PROPANEDIOL. Related synthetics: PEG(polyethylene glycol ) and PPG(polyproylene glycol)

3.PHTHALATES – Bahan kimia jenis ini digunakan sebagai carrier untuk parfum sintesis dan harus dihindari kerana memberikan pengaruh negetif pada kesuburan dan perkembangan janin. Bahan ini dianggap sebagai zat beracun oleh WHO (World Health Organization). Muncul sebagai :BENZYLBUTYL PHTHALATE(BZBP), DI-N-BUTYLPHTHALATE or DIBUTYL PHTHALATE (dbp),DIETHYL PHTHALATE (DEP), dan kadangkala hanya sebagai Frangrance.

4. SODIUM LAURYL/LAURETH SULFATE – kegunaannya adalah untuk membuat prodak agar berbuih. Bahan ini harus dihindari kerana boleh mengubah struktur kulit sehingga menyebabkan bahan kimia lain mudah masuk ke tubuh. Binatang yang terkena SLS mengalami kerosakan pada mata, depresi, sesak nafas, diare, iritasi kulit yang parah bahkan kematian. Mata yang masih muda mungkin tidak akan berkembang dengan baik jika terkena SLS kerana proteinnya dilarutkan . SLS juga dapat merosak kulit sistem kekebalan tubuh dengan menimbulkan adanya lapisan untuk terpisah dan rosak.

Ianya muncul label: SODIUM LAURETHSULFATE, SODIUM LAURYL SULFATE, SODIUM LAURYL ETHER SULFATE, ANHYDROUS SODIUM LAURYL SULFATE, IRIUM.

Ngerikan baca senarai nama bahan kimia yang berbahaya.. Itulah, ada baiknya kita menggunakan prodak-prodak berasaskan organik dan sekiranya tiada pilihan barulah bertukar kepada prodak lain yang tidak mengandungi bahan-bahan berbahaya. Altenatif lainnya, bertukarlah kepada MEWANGI yang pastinya sudah dijamin bebas bahan kimia berbahaya.

Baiklah cukup untuk hari ini perkongsian kak Ayu. Akan datang kak Ayu akan update pula bahan-bahan kimia yang lain juga berbahaya untuk kita semua. Sekian 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge