TESTIMONI SAYA SEBAGAI PENGGUNA PRODAK MEWANGI

Hi semua, selamat pagi dan selamat berkerja kepada kita semua. Sebelum tu mulakan hari anda dengan satu senyuman yang  indah 🙂

Saya mengenali dan mula memakai mewangi skincare pada 02.07.2018 dengan harapan muka saya akan pulih normal seperti dulu. Ikuti kisah saya sampai habis ya:)

Setiap wanita semestinya inginkan kulit yang cantik kan, saya satu daripada anda. Sebelum saya mengenali prodak mewangi, saya tidak tahu berapa banyak sudah prodak yang saya gunakan.. Haa bayangkan sehingga saya pun tidak ingat, banyak sangat tu!!

Pada masa lalu, saya tidak begitu ada pengetahuan mengenai prodak yang merbahaya dan memudaratkan struktur kulit sehingga mengakibatkan muka kita rosak, yang saya tahu pada masa itu ialah ingin cantik, walaupun pada masa itu, kulit saya tidaklah seteruk manapun, tetapi keinginan untuk mencuba prodak-prodak yang berlambak di luar sana  membuatkan saya terus membeli dan membeli tanpa menitik beratkan bahan-bahan yang terkandung didalam setiap prodak tersebut.

Paling parah lagi bilamana saya sendiri tidak menyedari yang jeragat di kedua belah pipi  saya semakin membesar, saya ingatkan itu adalah proses pembaik pulihan muka saya. Sehinggalah kawan saya menegur saya bahawa jeragat saya semakin terang dan semakin melarat ke seluruh muka saya.

pada masa itu saya sangat tertekan, malu keluar rumah apatah lagi melihat cermin membuatkan saya betul-betul down. Segala masalah kulit ada pada wajah saya ketika itu. Jeragat tebal,jerawat kecil dan besar, kulit kering, blackheads, whiteheads, pori-pori besar. Inilah akibat yang saya kena tanggung sendiri.

Satu hari, sedang saya melihat FB,saya ternampak skincare berwarna pink, dan saya tergerak hati dan teringin membaca info prodak mewangi ini. Bukan dalam masa yang sama saya terbuka hati untuk mencuba dan membeli prodak mewangi ini, tetapi saya mengambil dalam seminggu barulah membuat tempahan melalui HQ. Bukan kerana saya melengah-lengahkan masa, cuma saya ada perasaan fobia  terhadap mana-mana prodak online berikutan dengan kulit muka saya yang rosak.

Saya mula memakai prodak mewangi pada 02.07.2018 dan sehingga kini sudah 3 bulan lebih saya menggunakan prodak mewangi. Saya sangat bersyukur kerana prodak mewangi ini memberikan saya keyakinan semula pada diri saya . Boleh saya katakan adanya perubahan pada kulit wajah saya. Saya sangat pasti bahawa segala masalah kulit saya dapat diatasi oleh mewangi skincare dengan syarat, sentiasa rajin konsisten dan setakat ini saya tidak pernah skip walau sekalipun 🙂

Saya semakin suka dengan prodak mewangi ini kerana tidak perlu terlalu banyak benda yang saya apply di muka. Selepas cuci muka dengan cleanser, scrub dan cream. Waktu malam pula hanya pakai cream malam, siap. Tidak perlu banyak benda  kerana setiap prodak mewangi ini, sudah memadai dan mencukupi untuk merawat dan membaik pulih kulit muka.

Setakat ini, dalam penggunaan 3 bulan lebih prodak mewangi, muka saya belum boleh dikatakan sangat halus mulus tetapi saya berpuas hati kerana seperti yang kita sedia maklum, bahan-bahan yang asli atau semulajadi ini, dia tidak menjanjikan perubahan yang sangat cepat dan ketara, ianya mengambil beberapa waktu untuk baik pulih bergantung dengan keadaan kulit masing-masing.

kepada anda yang mengalami kulit wajah sama seperti saya, jangan malu bertanya kerana pasti ada jalan penyelesaiannya. Prodak mewangi adalah prodak yang berasaskan bahan -bahan 100% semulajadi.

Sampai sini sahaja kisah saya, sebarang komen atau sharing just komen di ruangan komen ya. Untuk info lanjut mengenai produk mewangi, hubungi saya di 0109555229. Saya akan memberikan konsultasi yang terbaik untuk anda dan terima kasih juga kerana sudi melawat dan membaca entri saya , sehingga kita bertemu lagi di entri saya yang seterusnya 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge