AKTIVITI DAN KREATIVITI ANAK DI SEKOLAH

Salam berhari minggu semua. Apa aktiviti di hujung minggu ni. Mari kita sembang-sembang dan berkongsi mengenai aktiviti anak-anak kita di sekolah.

Setiap tahun, sekolah tadika anak saya akan mengadakan bulan kitar semua pada bulan june  dan hari kanak-kanak pada bulan oktober. Pada bulan kitar semula, mereka hendaklah mereka cipta apapun jenis bahan kitar semula dan menjadikan ianya sebagai bahan yang boleh diguna pakai semula. Antaranya seperti kotak, botol mineral, kertas,straw,plastic, CD rosak  dan sebagainya.

Manakala pada bulan oktober pula, sempena hari kanak-kanak, mereka dikehendaki mereka cipta topi mengikut daya kreativit mereka di samping dibantu oleh ibu bapa.

Aktiviti-aktiviti seperti ini, walaupun sebagai ibu bapa menganggap bahawa ianya seperti aktiviti yang biasa namun bagi anak-anak yang sedang membesar, ianya sesuatu yang cukup mengembirakan bagi mereka. Mereka sangat teruja ,apatah lagi adanya  beberapa aktiviti sampingan yang dilaksanakan oleh para guru disertai dengan hadiah.

Nahh ini dia hasil rekacipta anak saya bersama dengan saya. Walaupun  simple tetapi saya dan anak saya berusaha buat yang terbaik untuk dibawanya ke sekolah.

Sampai disini sahaja sembang-sembang saya. Dan sekiranya anda mempunyai cerita yang sama, sila komen di ruangan komen. Mari kongsikan bersama, dalam masa yang sama, kita saling bertukar pendapat . Sehingga kita bertemu lagi, bye 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge