PUNCA-PUNCA DAN CARA MENGATASI SEMBELIT & SAKIT PERUT

Hi semua, selamat berhujung minggu, Rehatkan diri anda bersama keluarga yang tercinta. Bukan selalu pun kan hehee.. Pernahkah anda lama terkurung di dalam tandas atau dengan kata lain sembelit? Sembelit jangan dipandang ringan ya, mari kita sama-sama menimba ilmu punca-punca dan cara mengatasi sembelit dan sakit perut ini.

Penyebab sembelit ini sebenarnya sukar untuk diketahui secara pasti. Namun secara umumnya ada beberapa faktor yang menyebabkan sembelit ini berlaku ;

  • Cara pemakanan yang tidak seimbang – Kekurangan serat buah-buahan, sayur-sayuran, kekurangan cairan dan pengambilan susu yang banyak juga penyumbang kepada sembelit.
  • Kehamilan – Sekitar 40% daripada wanita hamil mengalami sembelit selama kehamilan, terutamanya di awal kehamilan. Ini berlaku kerana tubuh seorang wanita hamil banyak mengeluarkan hormon progesteron yang mengakibatkan  otot menjadi kendur  sehingga sukar untuk membuang air besar.
  • Menunda waktu membuang air besar – Perkara yang sering berlaku bagi anak-anak mahupun orang dewasa dengan pelbagai alasan yang kurang munasabah. Namun sifat menunda-nunda waktu ini boleh membawa penyakit yang serius terhadap usus.
  • Pengaruh ubat-ubatan – Pengambilan ubat-ubatan juga boleh mempengaruhi untuk sukar membuang air besar
  • Mempunyai tahap kesihatan yang kurang sihat – pada umumnya dan tidak selalunya berlaku, sembelit boleh memberikan signal atau petanda kepada badan kita terhadap sejauh mana tahap kesihatan kita, seperti diabetes, sindrom iritasi usus besar, kelebihan kalsium dalam darah, kelenjar tiroid yang kurang aktif, penyakit parkinson, kanser usus besar atau dubur, atau cedera tulang belakang.
  • Faktor-faktor fizikal dan mental – kesukaran untuk membuang air besar juga boleh berlaku bagi mereka yang sentiasa tertekan, merasa selalu cemas, depresi, trauma dan lain-lain keadaan yang boleh menganggu hidup mereka

CARA MENGATASI SEMBELIT DAN SAKIT PERUT

Langkah menangani atau mengatasi sembelit ini tergantung kepada punca atau penyebabnya. Namun, secara umumnya ianya boleh diatasi dengan mengubah gaya hidup kita seperti berikut;

  • Minum air putih yang secukupnya bagi mencegah dehidrasi.
  • Banyakkan pengambilan serat  setidaknya 18-30 gram sehari. Serat ini boleh di dapati dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan sereal.
  • ketika membuang air besar di toilet, pastikan kedudukan dalam keadaan yang betul atau selesa, kerana cara duduk juga boleh mempengaruhi terutamanya kanak-kanak.
  • Jangan menunda-nunda waktu untuk membuang air besar.
  • Sekiranya sembelit berlaku terhadap anak, berikan buah-buahan seperti apel, anggur, pir atau kismis, begitu juga dengan orang dewasa.

Dengan mengubah gaya hidup kita yang sihat, sebenarnya bukan perkara yang mudah sekiranya tidak dipraktikan selalu malah jika kita memaksa diri kita untuk berubah, maka ianya boleh saja menjadi satu bebanan dan masalah bagi kita. Apa tidaknya kan.. harus memakan beberapa banyak buah-buahan dan sayuran hehee…

Dengan mengambil suplemen yang tinggi serat dan mempunyai prebiotik semulajadi, jawapannya terletak pada GUM ARABIC. Hanya bancuh dan minum. Senangkan 🙂

KENAPA PERLUNYA MINUM GUM ARABIC?

  • Altenatif pelbagai masalah kesihatan
  • Prebiotik semulajadi
  • Diimport Eksklusif dari sudan
  • Gred terbaik
  • 100% Asli & halal
  • Tanpa bahan pengawet
  • Dan banyak lagi

Untuk lebih lanjut, bolehlah hubungi saya ya 🙂

Nyna – 010 9555229

Like my page – GumArabic2U

Sekian sedikit info mengenai sembelit, dan terima kasih kerana sudi melawat entri saya:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge