PUNCA-PUNCA BADAN LEMAH, LETIH DAN CEPAT MENGANTUK SERTA CARA MENGATASINYA

Selamat pagi semua, mulakan hari anda dengan senyuman yang manis ­čÖé Dalam menjalani kehidupan seharian, kita tidak lari daripada kesibukan, dan kesibukan inilah yang membuatkan kita letih, lemah badan dan juga cepat mengantuk.

Antara punca-punca badan lemah, cepat letih dan kerap mengantuk adalah seperti berikut;

  • Tidur yang tidak mencukupi – Setiap individu disarankan tidur 7-8 jam sehari. Jadikan tidur sebagai prioriti untuk mengembalikan tenaga anda.
  • Tidak cukup tenaga – Makan terlalu sedikit, diet yang keterlaluan juga akan menyebabkan anda lemah. Diet yang seimbang membantu anda untuk mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah. Apabila paras glukosa dalam darah menjadi rendah, anda akan menjadi lemah dan boleh menyebabkan pitam.
  • Tidak mengambil sarapan – Sarapan adalah diwajibkan. Ambil sarapan yang hanya kelihatan simple seperti beberapa keping roti atau telur separuh masak. Ini membuatkan tenaga anda dapat dibekalkan di waktu pagi. Waktu pagilah anda memerlukan tenaga yang berterusan untuk melakukan kerja agar lebih fokus.
  • Kurang darah merah (Anemia) – Dikalangan perempuan anemia merupakan penyebab utama mereka sering berasa lemah. Ini kerana mereka akan kehilangan darah ketika haid. Biasanya tahap besi(iron) dalam darah akan berkurang dan meletakkan mereka dalam keadaan yang berisiko. Sel darah merah sangat penting untuk membawa oksigen ┬ákes seluruh organ. Lemah, sesak nafas, sering berdebar-debar adalah simptom anemia. Pergilah berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai simptom berikut.
  • Tekanan emosi – Setiap orang pernah mengalami tekanan. Tekanan emosi anda mungkin sekadar memberi kesan kepada emosi sahaja, tetapi sebenarnya ia juga memberi kesan pada fizikal. Lemah, sakit kepala, hilang selera makan adalah simptom yang sering berlaku akibat daripada tekanan emosi.
  • Terlalu banyak kafein – Kafein boleh membantu anda untuk segar dan meningkatkan kadar konsentrasi apabila anda mengambil dos yang tidak berlebihan. Terlalu banyak kafein di dalam kopi akan menyebabkan kadar degupan jantung bertambah, tekanan darah meningkat dan ada kajian yang mengatakan, terlalu banyak kafein akan menyebabkan anda menjadi lemah. Secara perlahan-lahan turunkan ketagihan anda terhadap kafien kopi. Penurunan secara mendadak menyebabkan anda kembali ketagih dan menyebabkan anda bertambah lemah.
  • Dehidrasi – Mudah lemah mungkin disebabkan anda kurang minum air. Samaada anda melakukan senaman ┬áataupun bekerja, badan anda sangatlah memerlukan air. Apabila anda dahaga, itu bermakna anda dehidrasi.

Untuk mengatasi badan yang cepat lemah, letih, lesu haruslah dengan mengambil pemakanan yang sihat dan seimbang dan bersenam juga keutamaannya. Namun gaya hidup yang terlalu sibuk membuatkan kita tida punya waktu untuk menjaga itu dan ini kan..justeru itu, pengambilan supplemen Gum Arabic ialah pilihan yang terbaik dan paling tepat.

Untuk lebih lanjut, bolehlah hubungi saya di talian seperti berikut;

call/Whatsapp : 010 9555229

klik like di page saya: GumArabic2U

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge