HOBI SAYA DIWAKTU LAPANG

Hi semua, nak tanya ni.. Apa hobi korang di waktu lapang. Bercakap tentang hobi memang banyak kan dan sudah semestinya hobi tu, benda yang buat kita suka, minat dan membuatkan kita gembira bila melakukannya.

                                                                    rakan kongsi sepermainan 🙂

Macam saya, asal ada masa terluang mesti bermain bersama-sama dengan anak, yang ni memang wajib. hobi juga kan, bermain bersama dorang membuatkan saya rasa relex dan kepenatan seharian membuatkan saya lupa seketika..

Selain itu saya ni suka memasak dan makan sebenarnya, suka mencari resepi-resepi masakan, akan tetapi bab memasak ni saya tidak begitu arif.. Hehee namun akan diusahakan juga nanti.

Dulu, sebelum ada anak, saya suka sangat menonton filem atau drama tv, tetapi sekarang bukan minat atau hobi tu dah hilang cuma kekangan waktu yang membuatkan saya kurang menonton.

Akan tetapi, ada satu drama bersiri ni yang sedang on sekarang,  memang saya kena ikut jalan ceritanya sampai habis iaitu pangako sa yo (Philipines drama). Minat sangat dengan para pelakon dan jalan ceritanya yang berunsurkan kehidupan kita seharian.

Sejak terjebak dengan Shaklee ni, membaca dan menulis itu seperti satu kewajiban seharian saya dan kini menjadi salah satu hobi saya juga. Banyak benda yang sebenarnya masih perlu saya belajar dan fahami.

Melancong ke negara orang juga menjadi salah satu hobi dan impian saya namun buat masa ini belum kesampaian dan moga melalui Shaklee ini, boleh membawa saya dan keluarga saya untuk mencapainya.

Setakat ini perkongsian saya mengenai hobi yang menjurus ke impian saya juga. Sekiranya korang ingin berkongsi hobi bersama saya, sangat dialu-alukan dan hanya komen di ruangan yang tertera ya 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge