TIPS YANG BERKESAN UNTUK MENGELAK DAN MENGURANGKAN TEKANAN

Hi semua, Selamat berhujung minggu… Ada soalan bonus ni, siapa yang belum kenal dan ingin tahu mengenai “TEKANAN”?

Tekanan ini, ia sangat berpengaruh dan tidak mengira bangsa, agama dan budaya malah akan datang sendirinya tanpa diundang dan ia juga muncul tanpa kita sedar yang kitalah yang mengundangnya masuk dalam hidup kita. Namun saya tidak akan mengulas lebih mengenai bagaimana tekanan berlaku tetapi saya ingin kongsikan tips atau cara yang berkesan untuk mengelak dan mengurangkan tekanan.

Tekanan boleh saja berlaku dari pelbagai sudut, baik dalam bentuk kewangan, beban di tempat kerja, masalah kesihatan, dan sebagainya. Namun saya pasti kita punya cara tersendiri untuk menanganinya.

Di sini, saya akan kongsikan beberapa cara terbaik untuk mengelak dan mengurangkan tekanan.

1) BERSENAM – Dengan berjogging, ia dapat membantu mengurangkan tekanan dengan banyak cara. Bukan sahaja melepaskan endorfin dan membantu melancarkan peredaran darah, malah membantu untuk kita berfikir dan mencari ilham.

2) TIDUR – Tidur yang cukup dan pada waktu yang tetap akan memainkan peranan yang penting dalam mengimbangi emosi kita dalam kehidupan seharian.

Tidur yang cukup akan mengecas bateri(tenaga) kita sepenuhnya dan mengekalkan kestabilan emosi kita, boleh membuatkan kita segar selepas kita mendapat tidur yang cukup.

Tidur seketika di waktu siang juga boleh membantu kita untuk mendapat manfaat. Tidur yang tidak lama hanya dalam lingkungan 15-30 minit sahaja. Mengikut kajian 1 minit bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam. Cukup sekadar 15 minit, ia mampu mengembalikan banyak tenaga kepada badan kita.

Tidur seketika di waktu siang mampu mengelakkan kita daripada tekanan, keletihan dan burn out. Ia seumpama system reboot, ia melepaskan tekanan dan menyediakan tubuh kita agar segar kembali.

3) ERATKAN HUBUNGAN DENGAN KELUARGA DAN TEMAN – Meluangkan masa bersama dengan keluarga dan teman, dapat mencairkan masalah. Orang yang membawa kita kegembiraan mungkin tidak tahu tentang beban atau tekanan yang kita tanggung bila kita hanya duduk dimeja dan bersandar.

Tetapi apabila kita mula bercerita, ketawa bersama mereka dan berkongsi, kita akan berasa lebih baik, lega dan masalah juga tekanan kita akan  lebih terkawal.

4) MEMBACA – Membaca buku yang membantu untuk kita lebih berfikiran positif. Dalam artikel wall street journal mengenai budaya membaca secara perlahan. Ideanya adalah dengan membaca pada waktu tertentu boleh meningkatkan ketajaman minda kita serta mengurangkan tekanan.

5) MEMBACA BUKU-BUKU AGAMA@BERITA BAIK – Mulakan hari kita dengan membaca berita baik yang mana sangat membantu untuk membuatkan hati kita tenang, tidak berserabut walaupun ada cabaran yang sedang menanti.

6) AKTIVITI SENI – Tidak kira melukis, mewarna, mengambil gambar dan sebagainya.. Ini sedikit sebanyak membantu minda kita lebih tenang dan memberi keseronokan.

7) MUZIK – Ambil sedikit masa tidak kira kita berbakat atau pun tidak samaada menyanyi, mendengar dan bermain muzik, alunan melodi dan lagu, membuatkan kita merasa tenang dengan menutup mata. Beri peluang diri untuk bersendirian seketika.

8)BERSIAR-SIAR – Lawati tempat yang aman, hirup udara yang sedalam-dalamnya dan lihatlah langit. Nikmatilah bagaimana waktu matahari terbenam, Pasti anda terpaku dan kagum dengan keindahan ciptaan Tuhan.

Ini akan membuatkan kita lagi kagum dengan kekuasaanNya dan akan rasa sangat bersyukur dengan segala nikmat yang telah dilimpahkanNya. Lama-kelamaan, rasa bersyukur dan takjub ini akan membawa pergi tekanan kita secara perlahan-lahan, jauh dari bebanan kepala kita.

9) AMALKAN SUPLEMEN – suplemen B-Complex Shaklee sangat membantu di dalam memerangi tekanan.

B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B termasuklah 100% biotin dan asid folic. Kesemua komponen ini perlu ada pada vitamin B untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.

Antara kelebihan  dan manfaat utama vitamin B-Complex ialah;

  • Menukar makanan kepada tenaga
  • Melawan tekanan
  • Membantu tumbersaran (bayi & anak)
  • Membantu memperbaiki rambut beruban dan gugur
  • Detoksifikasi
  • Sesuai untuk semua lapisan masyarakat, samaada wanita mengandung, menyusukan anak atau ibu bapa yang sudah uzur

Untuk itu, sampai di sini sahaja entri saya mengenai tips berkesan untuk mengelak dan mengurangkan tekanan. Dan sekiranya anda mempunyai sebarang pandangan dan ingin berkongsi, saya sangat menghargainya dan silalah komen di ruangan yang telah disediakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge