KELEBIHAN VITA LEA FOR CHILDREN

Selamat pagi semua. Baru masuk jam 6.30am, sang matahari menyengat dan memancar dengan teriknya.. fuhhh, baru mandi dah berpeluh 🙁 ok, baiklah just think positif hehee..

Keadaan cuaca yang tidak menentu masa kini, amatlah membimbangkan bagi semua orang, terutamanya yang masih mempunyai anak kecil. Kenapa? Almaklumlah, anak-anak yang masih kecil sangat mudah terdedah dengan penyakit selesma, batuk dan demam dan salah satu penyebabnya ialah cuaca.

Bulan lepas, saya ada mengikuti kelas landmark study yang dianjurkan oleh upline saya sendiri iaitu Aryn Fadz Lee dan sangat menarik juga kerana selain menimba ilmu, kami juga ada soal jawab dan akan diberikan hadiah. Salah satu hadiah yang saya perolehi ialah Vita Lea for children. Saya memberikan Vita Lea itu kepada anak saya sampai hari ini dan salah satu perubahan yang saya nampak, anak saya suka makan..apapun yang saya berikan, mesti makanan tu habis.

KELEBIHAN VITA LEA 

  • Mengandungi zinc yang membantu menguatkan imunisasi dan mempercepatkan penyembuhan luka
  • Mengandungi vitamin A yang sangat baik untuk penglihatan
  • Mengandungi vitamin C yang membantu agar gusi, gigi dan kulit menjadi semakin kuat dan sihat
  • Mengandungi zat besi yang membantu dalam penghasilan sel darah merah
  • Mengandungi vitamin B yang membantu dalam perkembangan minda, mengawal perasaan anak, penghasilan tenaga agar anak tidak mudah letih dan anak lebih fokus dalam pembelajaran
  • Mengandungi kalsium, vitamin D yang penting dalam menguatkan tulang anak-anak
  • Berperisa anggur. Sedap tetapi secara semulajadi, bukan perasa tiruan
  • Pemanis semulajadi dengan xylitol di mana tidak menyebabkan kaviti

Buat ibu-ibu yang tidak suka memberikan ubat kepada anak, saya sangat cadangkan ibu-ibu agar menambah suplemen ini dalam diet seharian anak-anak kerana Vita Lea for children ini terdiri daripada vitamin A hingga E. Ianya mempunyai 18 sumber vitamin dan mineral yang diperlukan oleh anak-anak.

Untuk info lanjut, boleh saja hubungi saya di talian 010-9555229. Sekian 🙂

 

KELEBIHAN MEAL SHAKES SHAKLEE

Hi semua, anda kenal dengan Meal Shakes? Siapa yang tidak kenalkan.. sangat kenal dan lagi dikenali sebagai penambah berat badan atau pembangkit selera makan. Mari kita mengenali Meal Shakes ini dengan lebih dalam lagi.

Meal Shakes Shaklee ini menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya yang mudah diserap untuk kegunaan harian kita. Ianya diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin(sejenis susu) dan lain-lain lagi. Lactalbumin ini adalah bahan terbaik dan mengandungi orginsma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hinggalah ke orang dewasa.

MANFAAT UTAMA MEAL SHAKES SHAKLEE

  • Sumber Nutrisi lengkap – Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.
  • Membekalkan Nutrisi kepada sel tubuh – kaya dengan protin (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.
  • Membantu tumbesaran – Mengandungi asid folic, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.
  • Anti-oksida – Mengandungi vitamin A, C, E, Zink, Selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.
  • Mengembalikan seri wajah – Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik.
  • Detoksifikasi – Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.
  • Kelazatan rasanya – Minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi, penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat untuk dinikmati untuk semua golongan.

Untuk pengetahuan juga, hanya 120 kalori untuk setiap hidangan. Boleh dicampur/dikisar bersama buah-buahan, Shaklee Energizing Sop Protein atau apa-apa jenis minuman kegemaran anda.

Sekiranya anak anda mempunyai masalah kurang selera makan atau kurang berat badan, bolehlah mencuba Meal Shakes Shaklee. pasti anda akan berpuas hati, tapi dengan syarat kita kena maintain pengambilannya, barulah nampak hasil.

Setakat ini perkongsian saya mengenai Meal Shakes Shaklee. Sekiranya ada sebarang pertanyaan, hubungi saya di talian 010-9555229. Terima kasih kerana sudi membaca dan melawat blog saya 🙂

TIPS DAN PETUA TINGKATKAN SELERA MAKAN ANAK

Selamat siang semua.. Dengan harapan semua dalam keadaan yang sihat. Kali ini saya akan kongsikan bersama anda mengenai tips atau petua agar anak mempunyai selera makan yang boleh membuatkan ibu pada tersenyum gembira dan puas hati  melihat makanan anak sentiasa habis 🙂

Baiklah, disini ada beberapa cadangan dan cara yang mana boleh  membantu meningkatkan selera makan anak.

  • Membuat jadual kepada anak seperti bilamasa waktu anak bermain, waktu anak belajar dan waktu anak makan. Saya syorkan agar waktu makan anak adalah waktu di mana anak betul-betul merasa lapar.
  • Membuat hiasan yang lebih kreatif dan menarik untuk makanan anak. Bagi saya agak mencabar tetapi kena buat juga demi untuk anak.
  • Mempelbagaikan menu masakan untuk anak. Menu yang selalu sama membuatkan anak bosan dan selera makan juga semakin merosot.
  • No junk food before real meal. Junk food sangat menganggu selera makan anak sekiranya diberikan terlebih dahulu.
  • Berikan Meal Shakes yang mana juga boleh membantu  untuk tingkatkan selera makan anak.

Sekian entri saya, sekiranya ada sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi saya di talian 010-9555229. Terima kasih kerana sudi membaca dan melawat entri saya 🙂

SUPLEMEN UNTUK TINGKATKAN SELERA MAKAN ANAK

Selamat pagi semua. Sebelum masuk kerja, senyum dulu barulah kita boleh buat kerja dengan mudah hehehe… 🙂 Menjadi kerisauan besar bagi para ibu bapa sekiranya anak mereka kurang selera makan. Apabila kurangnya selera makan, maka perubahan yang paling ketara ialah berat badan anak. Begitu cepat dan mendadak susutnya berat badan anak.

Syukur ada MEAL SHAKES.. Kenapa Meal shakes? mari sini saya cerita,dan pastikan baca sampai habis tau 🙂

Meal Shakes Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi. Buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin(sejenis susu). Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa.

Kebiasaannya ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin, dan sebagainya. Meal Shakes dihasilkan untuk semua golongan. Bayi, pelajar, kanak-kanak membesar, ibu mengandung, para atlet, pengamal sayuran(vegetarian), orang sakit, pelajar, kanak-kanak, orang yang sibuk bekerja atau orang yang selalu mengambil makanan segera.

MANFAAT UTAMA MEAL SHAKES

  • Nutrisi lengkap
  • Membekal nutrisi kepada sel tubuh
  • Membantu tumbesaran
  • Antioksida
  • Mengembalikan seri wajah
  • Detoksifikasi
  • kelazatan rasanya

Jika sekiranya anda mencari sarapan pagi yang penuh berkahsiat, Meal Shakes merupakan pilihan bijak. Selamat Menikmati 🙂

Sekiranya ada sebarang pertanyaan mengenai Meal Shakes, sila hubungi saya di talian 010-9555229.

 

SUPLEMEN YANG SESUAI UNTUK KUATKAN PERTAHANAN BADAN ANAK

Hi semua, selamat berhujung minggu. Cuaca sekarang ni tidak menentu, kadang panas di waktu pagi dan tengahari, bila masuk sebelah petang, hujan akan turun lebat atau renyai-renyai. Keadaan cuaca seperti ini menyebabkan badan kita juga kena tempiasnya seperti adanya simptom badan kurang selesa atau lebih senang sakit terutamanya kanak-kanak.

Ini membuatkan kita sebagai ibu bapa sangat risau apabila anak kita sakit kan.. Perkara seperti ini tidak boleh dibiarkan berlanjutan sebaiknya berjumpalah dengan doktor dan untuk ikhtiar suplemen juga sangat digalakkan yang mana dapat menguatkan pertahanan badan anak. Bukan maksudnya anak kita langsung tidak akan pernah sakit, akan tetapi dapat mengelakkan atau mengurangkan anak kita daripada terlalu kerap sakit.

FUNGSI DAN KEBAIKAN OMEGAGUARD

  • ASID LEMAK – Omega -3 merupakan asid lemak yang penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu, kita perlu mengambilnya dari makanan. Omega 3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Omega 3 membantu rembesan prostagladin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos.
  • Mencegah penyakit saluran darah dan strok – DHA dan EPA boleh menentang thrombosis tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah dan peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu, ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan dileher atau sakit kepala. Ia juga merendahkan kolesterol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan, mengawal obesiti, membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • MEMBANTU TUMBESARAN & PERKEMBANGAN OTAK JANIN DAN  MEMBANTU PERKEMBANGAN MEMORI – DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, memelihara penglihatan dan pendengaran dan mencegah migraine. Satu hidangan OmegaGuard dapat membekalkan 905mh asid-asid lemak omega EPA dan DHA.
  • MENINGKATKAN SISTEM IMUN DAN MENYIHATKAN PARU-PARU
  • MENENTANG KANSER – Kajian telah menunjukkan bahawa Omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudarah, prostat dan kolon.
  • MEMELIHARA FUNGSI-FUNGSI SENDI(ARTHRITIS) – Paras asid lemak Omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleg sebab itu, ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan.
  • MENCEGAH INSOMNIA DAN MEMBANTU MENGURANGKAN TEKANAN

FUNGSI DAN KEBAIKAN VITA -LEA

  • Membekalkan 19 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan kanan-kanan.
  • Sebagai sumber kalsium pembina tulang yang kuat.
  • Baik untuk kesihatan.
  • Bekalan harian untuk vitamin B.

FUNGSI DAN KEBAIKAN NUTRIFERON

  • Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari – Mampu meransang dan mempertingkatkan secara keseluruhan sistem tubuh.
  • Melawan kanser dan tumor – Interferon semulajadi mengandungi polisakarida yang meransang dan mengaktifkan immunogbulin melawan sel-sel tumor dan kanser.
  • Melindungi dari influenza – Ia mengimbangi kepada respon alergi persekitaran dan pencemaran udara.
  • Meringankan strees dan kelesuan – Meringankan kemudaratan yang disebabkan oleh keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup yang sibuk.
  • Melambatkan penuaan – Meransang pengeluaran makrofag untuk mengurangikan radikal bebas, virus dan kuman.
  • Mengurangkan infeksi oleh pesakit-pesakit hepatitis B & C
  • Mempertingkatkan Menopaus – Hypertensi, tahap kolesterol yang tinggi, kitaran haid dan masalah lain berkaitan menopaus akan menjadi lebih baik.
  • Mempertingkatkan PMS – Terbukti secara klinikal mengurangkan simptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endokrin iaitu kekejangan waktu haid, sakit belakang, sakit payudarah, masalah jerawat, kegelisahan, insomnia dan mood swing.

Ketiga-tiga suplemen ini sangat berkaitan antara satu sama lain dan sememangnya diperlukan oleh kanak-kanak yang sedang membesar.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan mengenai vitamin untuk anak anda, jangan segan untuk hubungi saya ya..di talian 010-9555229. HIDUP SIHAT, HIDUP CERIA KEUTAMAAN KAMI 🙂

TIPS ANAK JADI LEBIH SIHAT DAN TIDAK MUDAH SAKIT

Halo-halo semua, selamat pagi. Moga semuanya dalam keadaan kesihatan yang baik-baik saja. Bercakap mengenai kanak-kanak yang sedang membesar, Mereka mudah terdedah dengan jangkitan kuman yang menyebabkan mereka akan sakit demam, selesema dan batuk. Sebagai ibu bapa, sememangnya sangat risau bilamana anak mereka kerap sakit.

Dengan itu betapa pentingnya mendidik dan  mengajar anak-anak supaya pandai menjaga kesihatan diri supaya risiko sering jatuh sakit dapat dikurangkan dan tentunya mendisiplinkan mereka dari kecil adalah perkara yang baik.

Kanak-kanak ini, mudah meniru gaya atau perbuatan orang dewasa terutamanya ibu bapa mereka. Oleh itu, apa kata biasakan anak-anak anda dengan beberapa amalan kesihatan  berikut supaya akan menjadi rutin dalam hidup mereka dan secara tidak langsung mengajar mereka cara hidup sihat.

1)KERAP MENCUCI TANGAN 

Tangan adalah tempat paling banyak bakteria membiak. Apatah lagi dalam kalangan kanak-kanak yang aktif meneroka pelbagai aktiviti lasak di sekeliling mereka. Oleh itu sentiasa ajar anak anda membersihkan tangan sebelum makan, selepas makan atau selepas melakukan aktiviti bermain. Ajarkan mereka langkah membersihkan tangan dengan betul sambil memberitahu apa sebab mereka perlu mencuci tangan.

2)DISIPLINKAN WAKTU TIDUR

Biasakan anak anda tidur secara teratur setiap hari. Sentiasa pastikan dia tidur pada waktu yang sama setiap malam. Tidur dengan jadual yang sama setiap hari melatih anak anda menjadi lebih berdisiplin dan paling penting dia akan lebih sihat dan terhindar daripada mudah mendapat penyakit.

3)BANYAKKAN MAKAN SAYUR DAN BUAH-BUAHAN

Amalan pemakanan yang sihat juga menjadikan anak anda membesar sebagai kanak-kanak yang mempunyai sistem imun yang kuat. Cara terbaik memenuhi keperluan vitamin dan mineralnya iaitu dengan banyak makan sayur dan buah-buahan. Pilih makanan yang kaya dengan vitamin C seperti brokoli, strawberi dan kiwi, makanan yang kaya dengan vitamin D seperti ikan tuna, susu dan bijirin. Mengamalkan makan yogurt diperkaya probiotik aktif juga boleh meningkatkan ketahanan tubuh.

4)KONSISTEN BERIADAH

Aktiviti riadah secara konsisten dapat mengurangkan risiko kerap mendapat demam selesema. Beriadah secara sihat membuatkan sel-sel menentang jangkitan kuman berjalan dengan lancar. Ia lebih baik berbanding pengambilan ubat-ubatan. Oleh itu, bawa anak anda beriadah di luar rumah atau sekadar main kejar-kejar di taman.

5)JAUHKAN ANAK DARIPADA ASAP ROKOK

Kita selalu terlepas pandang hal ini. Anak-anak yang tinggal serumah dengan ibu bapa atau orang dewasa yang merokok terdedah kepada asap rokok secara tidak langsung. Berdasarkan hasil kajian epidemiologi, risiko bagi kanak-kanak mengalami jangkitan kuman pneumonia adalah lebih tinggi. Oleh itu silalah berhenti merokok wahai para bapa yang masih menghisap rokok. Walaupun anda merokok di luar rumah dan jauh daripada anak-anak tetapi kesan asap rokok pada pakaian dan mulut anda, tetap memberikan kesan yang sama kepada anak.

Oleh kerana itu, Kanak-kanak memerlukan persekitaran yang bersih untuk membesar sebagai anak yang sihat dan tak mudah jatuh sakit. Selamat beramal 🙂

HOBI SAYA DIWAKTU LAPANG

Hi semua, nak tanya ni.. Apa hobi korang di waktu lapang. Bercakap tentang hobi memang banyak kan dan sudah semestinya hobi tu, benda yang buat kita suka, minat dan membuatkan kita gembira bila melakukannya.

                                                                    rakan kongsi sepermainan 🙂

Macam saya, asal ada masa terluang mesti bermain bersama-sama dengan anak, yang ni memang wajib. hobi juga kan, bermain bersama dorang membuatkan saya rasa relex dan kepenatan seharian membuatkan saya lupa seketika..

Selain itu saya ni suka memasak dan makan sebenarnya, suka mencari resepi-resepi masakan, akan tetapi bab memasak ni saya tidak begitu arif.. Hehee namun akan diusahakan juga nanti.

Dulu, sebelum ada anak, saya suka sangat menonton filem atau drama tv, tetapi sekarang bukan minat atau hobi tu dah hilang cuma kekangan waktu yang membuatkan saya kurang menonton.

Akan tetapi, ada satu drama bersiri ni yang sedang on sekarang,  memang saya kena ikut jalan ceritanya sampai habis iaitu pangako sa yo (Philipines drama). Minat sangat dengan para pelakon dan jalan ceritanya yang berunsurkan kehidupan kita seharian.

Sejak terjebak dengan Shaklee ni, membaca dan menulis itu seperti satu kewajiban seharian saya dan kini menjadi salah satu hobi saya juga. Banyak benda yang sebenarnya masih perlu saya belajar dan fahami.

Melancong ke negara orang juga menjadi salah satu hobi dan impian saya namun buat masa ini belum kesampaian dan moga melalui Shaklee ini, boleh membawa saya dan keluarga saya untuk mencapainya.

Setakat ini perkongsian saya mengenai hobi yang menjurus ke impian saya juga. Sekiranya korang ingin berkongsi hobi bersama saya, sangat dialu-alukan dan hanya komen di ruangan yang tertera ya 🙂

PENGEDAR DAN EJEN AKTIF DI KAWASAN PENAMPANG, DONGGONGON, KOTA KINABALU, RANAU, SABAH

Hi semua, Salam April. Bulan April ni, rasanya adalah bulan yang agak sibuk sedikit bagi saya, kerana ada beberapa perkara yang saya harus prepare.

Antaranya birthday my husband and my little princess yang mana genaplah satu tahun umur anak ke-2 saya. Juga kena sediakan hadiah birthday party untuk rakan sekelas anak saya. benda-benda seperti ini, membuatkan saya gembira melakukannya dan yang paling penting mereka juga gembira. Bukannya selalukan, hanya setahun sekali 🙂

love my prince & princess 🙂

Bulan ini sudah masuk 10 bulan saya bersama dengan Shaklee dan banyak benda yang saya telah belajar dari mentor saya iaitu Aryn Fadz Lee. Misi kami  di Shaklee ialah memberikan kehidupan yang lebih sihat untuk semua orang dan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa sahaja dan bersama Shaklee kita tahu ada tiga perkara benar iaitu SENTIASA SELAMAT, SENTIASA BERFUNGSI dan SENTIASA MESRA ALAM  🙂

Sekiranya anda perlukan suplemen atau vitamin semulajadi yang boleh membantu anda semakin sihat dan menjana pendapatan sampingan, hanya hubungi saya dan saya pasti akan guide anda sebaik mungkin sehingga kita sama-sama berjaya.

Saya Marlina Saidi dengan ID 1232615 merupakan pengedar  dan ejen Shaklee yang aktif di kawasan Penampang, Donggongon, Kota Kinabalu, Ranau  sabah dan seluruh semananjung Malaysia. Anda boleh hubungi saya melalui;

Call/Msg/Whatsapp : 010 9555229

Fb : Nyna marlina

Email : marlinasaidi@yahoo.com

 

CLOSING SHAKLEE YANG SIBUK

Hi selamat pagi.. Asal Shaklee closing mesti sibuk, asal sibuk mesti Shaklee closing hehehee… ada-ada saja ayat kan..

Pada 31.03.2017 adalah masa terakhir di mana macam-macam benda boleh buat kita sibuk bayar itu ini, sibuk kira-kira untuk mencukupkan GUV sasaran untuk bulan Mac. Sebelum saya lupa, saya sangat berterima kasih kepada upline saya yang mana mengingatkan saya tentang PUV & GUV saya untuk bulan Mac.

                      KESIHATAN DIDAHULUKAN,VITAMIN DIUTAMAKAN 🙂

Segala promosi produk bulan mac iaitu Vita-lea untuk budak, lecithin dan Alfalfa telahpun berakhir. Bermulanya April ini, pelbagai info baru akan dikeluarkan. Salah satu produk baru shaklee ialah produk mandian bayi yang mana akan masuk ke Malaysia tidak lama lagi.

Selain itu, produk shaklee juga akan menaikkan harga produk, seiring dengan kenaikan harga produk, peratusan(%) bonus untuk ejen shaklee juga akan naik.

Jika sebelum ini promosi beli 6 percuma 1 sentiasa on setiap bulan, namun bermula April, kemungkinan akan ditiadakan lagi promosi seperti ini.

Walaubagaimanapun, KESIHATAN DIDAHULUKAN,VITAMIN DIUTAMAKAN. Itu yang terpenting kan.. Buat masa ini, harga produk masih mengikut harga asal sehingga notis pemberitahuan dikeluarkan.. so selagi notis pemberitahuan belum dikeluarkan cepat-cepat hubungi saya ya..

Kepada yang belum menjadi ahli dan yang masih belum mencuba produk Shaklee, jangan segan untuk  hubungi saya. TRUST ME, anda tidak akan rugi.

Untuk info lanjut mengenai produk Shaklee, hubungi saya di talian 010-9555229. Sekian 🙂

TIPS YANG BERKESAN UNTUK MENGELAK DAN MENGURANGKAN TEKANAN

Hi semua, Selamat berhujung minggu… Ada soalan bonus ni, siapa yang belum kenal dan ingin tahu mengenai “TEKANAN”?

Tekanan ini, ia sangat berpengaruh dan tidak mengira bangsa, agama dan budaya malah akan datang sendirinya tanpa diundang dan ia juga muncul tanpa kita sedar yang kitalah yang mengundangnya masuk dalam hidup kita. Namun saya tidak akan mengulas lebih mengenai bagaimana tekanan berlaku tetapi saya ingin kongsikan tips atau cara yang berkesan untuk mengelak dan mengurangkan tekanan.

Tekanan boleh saja berlaku dari pelbagai sudut, baik dalam bentuk kewangan, beban di tempat kerja, masalah kesihatan, dan sebagainya. Namun saya pasti kita punya cara tersendiri untuk menanganinya.

Di sini, saya akan kongsikan beberapa cara terbaik untuk mengelak dan mengurangkan tekanan.

1) BERSENAM – Dengan berjogging, ia dapat membantu mengurangkan tekanan dengan banyak cara. Bukan sahaja melepaskan endorfin dan membantu melancarkan peredaran darah, malah membantu untuk kita berfikir dan mencari ilham.

2) TIDUR – Tidur yang cukup dan pada waktu yang tetap akan memainkan peranan yang penting dalam mengimbangi emosi kita dalam kehidupan seharian.

Tidur yang cukup akan mengecas bateri(tenaga) kita sepenuhnya dan mengekalkan kestabilan emosi kita, boleh membuatkan kita segar selepas kita mendapat tidur yang cukup.

Tidur seketika di waktu siang juga boleh membantu kita untuk mendapat manfaat. Tidur yang tidak lama hanya dalam lingkungan 15-30 minit sahaja. Mengikut kajian 1 minit bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam. Cukup sekadar 15 minit, ia mampu mengembalikan banyak tenaga kepada badan kita.

Tidur seketika di waktu siang mampu mengelakkan kita daripada tekanan, keletihan dan burn out. Ia seumpama system reboot, ia melepaskan tekanan dan menyediakan tubuh kita agar segar kembali.

3) ERATKAN HUBUNGAN DENGAN KELUARGA DAN TEMAN – Meluangkan masa bersama dengan keluarga dan teman, dapat mencairkan masalah. Orang yang membawa kita kegembiraan mungkin tidak tahu tentang beban atau tekanan yang kita tanggung bila kita hanya duduk dimeja dan bersandar.

Tetapi apabila kita mula bercerita, ketawa bersama mereka dan berkongsi, kita akan berasa lebih baik, lega dan masalah juga tekanan kita akan  lebih terkawal.

4) MEMBACA – Membaca buku yang membantu untuk kita lebih berfikiran positif. Dalam artikel wall street journal mengenai budaya membaca secara perlahan. Ideanya adalah dengan membaca pada waktu tertentu boleh meningkatkan ketajaman minda kita serta mengurangkan tekanan.

5) MEMBACA BUKU-BUKU AGAMA@BERITA BAIK – Mulakan hari kita dengan membaca berita baik yang mana sangat membantu untuk membuatkan hati kita tenang, tidak berserabut walaupun ada cabaran yang sedang menanti.

6) AKTIVITI SENI – Tidak kira melukis, mewarna, mengambil gambar dan sebagainya.. Ini sedikit sebanyak membantu minda kita lebih tenang dan memberi keseronokan.

7) MUZIK – Ambil sedikit masa tidak kira kita berbakat atau pun tidak samaada menyanyi, mendengar dan bermain muzik, alunan melodi dan lagu, membuatkan kita merasa tenang dengan menutup mata. Beri peluang diri untuk bersendirian seketika.

8)BERSIAR-SIAR – Lawati tempat yang aman, hirup udara yang sedalam-dalamnya dan lihatlah langit. Nikmatilah bagaimana waktu matahari terbenam, Pasti anda terpaku dan kagum dengan keindahan ciptaan Tuhan.

Ini akan membuatkan kita lagi kagum dengan kekuasaanNya dan akan rasa sangat bersyukur dengan segala nikmat yang telah dilimpahkanNya. Lama-kelamaan, rasa bersyukur dan takjub ini akan membawa pergi tekanan kita secara perlahan-lahan, jauh dari bebanan kepala kita.

9) AMALKAN SUPLEMEN – suplemen B-Complex Shaklee sangat membantu di dalam memerangi tekanan.

B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B termasuklah 100% biotin dan asid folic. Kesemua komponen ini perlu ada pada vitamin B untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.

Antara kelebihan  dan manfaat utama vitamin B-Complex ialah;

  • Menukar makanan kepada tenaga
  • Melawan tekanan
  • Membantu tumbersaran (bayi & anak)
  • Membantu memperbaiki rambut beruban dan gugur
  • Detoksifikasi
  • Sesuai untuk semua lapisan masyarakat, samaada wanita mengandung, menyusukan anak atau ibu bapa yang sudah uzur

Untuk itu, sampai di sini sahaja entri saya mengenai tips berkesan untuk mengelak dan mengurangkan tekanan. Dan sekiranya anda mempunyai sebarang pandangan dan ingin berkongsi, saya sangat menghargainya dan silalah komen di ruangan yang telah disediakan.