BAHAYAKAH ANXIETY DISORDER DAN SUPLEMEN YANG SESUAI UNTUK ANXIETY DISORDER

Hi selamat pagi semua.. syukur, hari ini cuaca baik. Kadang-kadang, cuaca ni boleh membuatkan kita tidak selesa juga kan hehehee.. ­čÖé

 

Tahukah anda Anxiety Disorder itu, atau dengan kata lain, gangguan kebimbangan, jika dibiarkan berlarutan tanpa rawatan akan menyebabkan kemurungan (despression) dan yang lebih parah lagi, kesan daripada kemurungan boleh menyebabkan fikiran tertumpu untuk bunuh diri.

Antara tanda-tanda yang biasanya dialami oleh pesakit anxiety disorder ini ialah;

  • Nervous breakdown, seperti tiba-tiba pengsan, tiba-tiba menjadi marah, menjerit-jerit dan mengamuk sehingga mereka hilang rasa takut dan malu.
  • Mengalami kebimbangan yang melampau terhadap sesuatu isu yang remeh dan kecil.
  • Kerap memikirkan dan berasa bimbang yang melampau terhadap sesuatu yang sedang atau berlaku dalam kehidupannya.
  • Berasa sukar untuk melupakan apa yang bermain di dalam fikirannya sehingga tidak boleh tidur malam.

Hal seperti ini harus dititik beratkan dan sekiranya ada tanda-tanda seperti berikut, haruslah segera berjumpa dengan doktor. Selain itu sangat-sangat digalakan untuk mengambil suplemen seperti;

  • Vitamin B-Complex ini mesti diambil setiap hari tanpa gagal. Vitamin B12 di dalam B-Complex membantu meyeimbangkan mood dan hormon dalam tubuh kita. Kekurangan Vitamin B12 di dalam tubuh menyebabkan kita mudah merasa tertekan. Asid folik membantu meningkatkan kadar tindakbalas antikemurungan yang sangat baik.

  • Omega Guard – Minyak ikan sangat membantu dalam merawat masalah kebimbangan dan kemurungan. Ia mempunyai fungsi yang sangat penting untuk mengekalkan fungsi dan struktur neuron, iaitu sel dalam sistem saraf manusia. Menurut kajian tahun 1988 yang dipaparkan dalam lancet, orang yang banyak makan ikan yang ada lemak omega-3 didapati kurang menghidap kemurungan.

Ostematrix – Magnesium mempunyai peranan yang penting di dalam fungsi neurologi. Ia juga terlibat di dalam banyak tindakbalas kimia otak. Kekurangan magnesium telah dikaitkan dengan simptom-simptom kebimbangan dan kemurungan.

Kalsium sangat penting untuk memastikan tubuh kita berfungsi dengan baik. Kekurangan kalsium akan menyebabkan kebimbangan dan emosi tidak menentu.

Denyutan elektrik di dalam sistem saraf bergantung kepada kalsium untuk berfungsi dengan baik. Apabila terjadi  kekurangan kalsium pada sistem saraf, peluang untuk terjadinya serangan kebimbangan dan emosi yang tidak menentu akan meningkat dengan mendadak.

Kekurangan kalsium juga akan menyebabkan kekejangan otot, mengigil, kebas kaki dan jari juga jantung berdebar.

Semoga entri saya dapat memberi manfaat kepada anda dan sekiranya anda ada soalan mengenai produk shaklee, hanya hubungi saya di talian 010-9555229. Sekian dan terima kasih kerana sudi membaca dan melawat entri saya ­čÖé

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge