KENALI ANXIETY DISORDERS DAN TIPS MENGATASI ANXIETY DISORDERS

Hi selamat pagi, pernahkah kita mendengar atau terdengar keluhan rakan-rakan kita mengenai dirinya? selepas kita mendengar, apakah tindakan kita atau bilamana selalu mendengar keluhan demi keluhan, kita mulai merasa bosan dan mungkin saja mulai menjauhkan diri atau sebaliknya kita berusaha untuk menasihati dia dan membimbing agar lebih berfikiran positif?

Haaaa…just relax ya..sebenarnya benda inilah yang saya mahu share dengan anda dan saya juga. Mari kita mulakan… šŸ™‚

Anxiety DisordersĀ Ā merupakan salah satu gangguan mental yang menyebabkan penderitanya mengalami rasa cemas yang besar dan berlebihan. Kecemasan yang terjadi mempengaruhi semua aspek kehidupannya.

Gangguan kecemasan (anxiety disorder) seringkali ditandai dengan munculnya perasaan cemas yang tidak biasa. Perasaan cemas ini disertai dengan serangan panik, jantung berdebar kencang, tubuh gemetar dan ada perasaan takut atau ketakutan luar biasa. Gangguan ini juga seringkali datang secara tiba-tiba dan seringkali terjadi tanpa sebab.

Memang sampai sekarang ini belum diketahui secara pasti apa penyebab utama dari gangguan kecemasan (anxiety disorder). Namun sebagai gangguan mental, gangguan kecemasan ini biasanya disebabkan karena kombinasi dari berbagai faktor. Faktor apa saja yang menyebabkan gangguan kecemasan (anxiety disorder)?

Kenali 5 penyebab gangguan kecemasan (anxiety disorder).

  • STRESSĀ 
    Hasil penelitian menunjukkan, Ā stres berpanjangan dapat mengubah sel-sel saraf di otak yang berkaitan dengan kontrol emosi. Stres inilah yang lama kelamaan berkembang dan menyebabkan gangguan kecemasan atau anxiety disorder.
  • TRAUMA
    Trauma yang sangat memberi kesan di masa lalu sangat berpotensi menyebabkan gangguan emosi di kemudian hari, termasuk menyebabkan gangguan kecemasan.
  • GENETIK
    Faktor genetik atau riwayat keluarga juga menjadi salah satu penyebab gangguan kecemasan (anxiety disorder) ini.
  • ADANYA PERUBAHAN STRUKTUR OTAK
    Adanya perubahan struktur otak yang terjadi akibat penyakit tertentu atau cedera boleh menyebabkan munculnya gangguan kecemasan ini. Terlebih jika perubahan struktur otak yang terjadi berkaitan dengan saraf-saraf yang mengendalikan emosi.
  • KETIDAKSEIMBANGAN FUNGSI OTAK
    Jika dilihat gelombang otaknya, anxiety disorder terjadi karena dominannya gelombang otak beta dan kurangnya gelombang aplha dan theta. Ketidakseimbangan inilah yang menyebabkan munculnya gangguan kecemasan.

TIPS MENGATASI ANXIETY DISORDER;

    • Dapatkan bantuan segera apabila sedar berlakuĀ  salah satu simpton di atas. Jangan tunggu sehingga semuaĀ  simpton tersebut berlaku.Ā  Keadaan mungkin akan lebih sukar untuk dipulihkan. Bertemu dengan pakar perubatan, psikoterapis , kaunselor atau orang-orang yang berkebolehan membantu.
      • Sentiasa hargai, sayangi, dan jaga diri sendiri. Bantulah diri sebaik mungkin denganĀ  mendekatkan diriĀ  kepada Tuhan, pasrahkan diri dan redha Ā dengan ketentuanNya.Ā  Keredhaan dan keikhlasan itu adalah penawar. Tuhan akan memberi yang terbaik, selagi kita memohon kepadaNya. Akan ada hikmah disebalik sesuatu yang berlaku. Yakinkan diri kita.
        • Elakkan bersendirian. Berhubunglah dengan rakan taulan dan saudara-mara yang boleh kita harapkan.Jika harus bersendiri banyakkan berdoa.
          • Kuatkan semangat dengan mengingatkan diri terhadap tanggungjawab kita kepada orang lain. Pada keluarga, rakan taulan, rakan sekerja, dan orang ā€“orang lain yang memerlukan kita.
            • Membaca buku-buku yang boleh membina semangat dan motivasi diri.
            • Jangan menyalahkan diri dan menghukum diri kerana kelemahan yang berlaku.
            • Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang membuatkan anda rasa selesa dan tenang.
            • Tingkatkan kesihatan diri dengan mengambil makanan yang sihat dan teratur.
            • BELAJARĀ  SEDIKIT DEMI SEDIKIT UNTUK MENERIMA KEHILANGAN YANG BERLAKU DAN MULAKAN PENGHIDUPAN BARU.Ā  YANG PERGI HANYALAH JASAD, TETAPI , CINTA DAN KASIH SAYANGNYA TETAP ADA DIHATI KITA, TEGUHKAN SEMANGAT.
            • JIKA HILANG SESUATU YANG BERHARGA PADA DIRI, BINALAH YANG BARU, KERANA SEMUA ITU TERLETAK PADA DIRI SENDIRI.Ā  ORANG YANG PALING PENTING UNTUK BERUSAHA MENGEMBALIKAN KEBAHAGIAN DAN KEHARMONIAN HIDUP KITA ADALAH KITA SENDIRI.

            Setakat ini perkongsian saya mengenai kenali anxiety disorder dan tips mengatasinya. Dengan harapan setiap yang membaca dan melawat entri saya akan mendapat sedikit sebanyak info yang berguna ni.. šŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge