7 TIPS UNTUK MELEGAKAN SIMPTOM MASALAH PERUT BAYI

Hi selamat pagi dan hari ini anak-anak start sudah ke sekolah kan.. anak-anak mesti ada yang excited dan ada juga yang masih mahu meneruskan cuti kan.. seperti kes anak saya, dia tidak ke sekolah kerana kurang sihat, doakan agar anak saya cepat sembuh ya, Amin.. ­čÖé

Mari kita sama-sama belajar bagaimana cara untuk melegakan simptom-simptom seperti bayi menangis berlebihan, meragam, angin dan terjeluak, yang mana sangat menganggu waktu menyusu. Terutamanya pada beberapa bulan pertama bayi dilahirkan.

Ibu-ibu tidak perlu bimbang dan harus meneruskan penyusuan ibu secara eksklusif dengan teknik yang betul. cubalah 7 tip-tip berikut untuk meredakan simptom-simptom ketidakselesaan dan masalah penghadaman;

1)Jadikan waktu penyusuan setenang mungkin untuk bayi. Jika bayi menangis, tenangkan dahulu dan pastikan dia selesa.

2)Pastikan kedudukan kepala dan leher bayi anda lebih tinggi daripada perutnya. Selepas makan, pastikan bayi anda dalam keadaan tegak atau duduk selama kira-kira setengah jam untuk mengelakkan muntah.

3)Memandangkan kapasiti perut bayi adalah kecil, adalah lebih baik jika bayi diberi penyusuan yang sedikit tetapi kerap berbanding jumlah susu yang banyak sekaligus.

4)Sendawakan bayi anda semasa dan selepas penyusuan. Ini dapat membantu mencegah angin daripada terkumpul di dalam saluran penghadamannya. Salah satu cara untuk melakukan ini adalah dengan meletakkannya di dada anda, dengan dagunya di bahu anda. Sokong dia dengan sebelah tangan dan gunakan sebelah tangan lagi untuk menepuk perlahan-lahan atau mengurut belakangnya.

5)Elak daripada mengenjut bayi anda dan bermain dengannya semasa dan selepas menyusu, kerana ini boleh menyebabkan bayi muntah atau menyebabkan simptom yang lebih serius.

6)Jika anda perlu menyusukan bayi anda dengan susu botol, Pastikan anda memilih saiz puting botol yang sesuai. Apabila anda terbalikkan botol susu, susu sepatutnya menitis keluar dengan perlahan (tidak mengalir laju) dan akhirnya berhenti mengalir.

7)Jika bayi anda menangis kerana lapar, tenangkan dahulu sebelum menyusu, supaya dapat mencegah bayi daripada tertelan angin.

Teknik penyusuan yang betul adalah penting untuk mengurangkan simptom tidak selesa yang berkaitan dengan masalah penghadaman (seperti muntah, angin dan citit birit).

Jika bayi anda minum  susu formula, Doktor atau pakar pediatrik mungkin mencadangkan menukar jenis susu formula. Bergantung kepada keadaan dan tahap keseriusan untuk membantu melegakan simptom tersebut. Oleh sebab terdapat pelbagai jenis susu formula yang dirumus untuk membantu melegakan simptom-simptom tersebut, ibu bapa harus mendapatkan nasihat daripada pakar pediatrik sebelum memulakan bayi dengan sebarang formula baru.

Sekian untuk sharing saya kali ini, sehingga kita bertemu lagi di entri saya yang akan datang. Terima kasih kerana sudi membaca dan melawat entri saya ­čÖé

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge