PENGALAMAN PERTAMA SAMBUT HARI JADI DI SEKOLAH

Hi all, selamat pagi dan selamat berhari minggu. Perkara wajib yang harus setiap hari ahad adalah ke gereja bersama anak-anak tercinta. Saya percaya begitu juga dengan rakan-rakan yang lain kan.. Apapun aktiviti hujung minggu anda, semoga semuanya dalam keadaan yang baik dan berjalan lancar.

Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman pertama saya dan anak saya menyambut hari jadinya di sekolah yang mana sudahpun genap 4 tahun untuk tahun 2017.

Pada mulanya planning saya dan husband, untuk tahun ini just buat di rumah bersama keluarga terdekat sahaja akan tetapi request daripada anak saya,akhirnya kami bersetuju untuk membuat birthday party di sekolah.

Sebagai preparation birthday untuk anak saya, saya juga ada demand tersendiri. Kalau boleh semua saya yang buat sendiri tanpa perlu melibatkan orang lain. Dengan kata lain, tidak menyusahkan orang lain dan dengan hasil usaha  saya sendiri, membuatkan saya puas hati dan yang paling penting anak saya gembira.

Apa yang saya perlu buat ialah;

  1. Kena berbincang dengan guru kelas (berapa bilangan pelajar)
  2. Membuat kad jemputan untuk rakan sekelas
  3. Menyediakan goodies untuk rakan sekelas
  4. Menyediakan menu masakan dan minuman yang bersesuaian untuk mereka
  5. Menempah kek (yang ni, terpaksa ditempah hehee..)

Jika dibandingkan dengan preparation yang kita buat di rumah atau mana-mana tempat, bagi saya sebenarnya agak berat dan memerlukan menu-menu yang berat kerana ianya melibatkan ramai orang dan kosnya juga banyak.

Manakala di sekolah, bergantung dengan bilangan pelajar. sekiranya ramai pelajar maka banyak juga benda yang harus disediakan. Tetapi dalam kelas anak saya, mereka sekitar 27 orang dan boleh dikatakan dalam lingkungan yang sedikit.

Sepanjang birthday party anak saya, saya bersama dengan mereka, dan apa yang saya lihat dan rasa, mereka begitu gembira dan teruja. Lebih-lebih lagi melihat kek ada didepan mata, membuatkan mereka tidak boleh duduk diam. Part yang paling anak saya suka ialah, dapat hadiah yang banyak daripada rakan-rakannya.

Inilah sedikit sebanyak pengalaman pertama saya dan anak saya menyambut hari jadi di sekolah, Walaupun agak simple tetapi bagi anak-anak ianya sesuatu yang  sangat bermakna dan boleh membuatkan mereka gembira.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge