TIPS KULIT CANTIK DAN KURANGKAN JERAGAT

Hi selamat berhujung minggu. Next week open school da kan.. So selagi ada kesempatan, gunakan waktu yang ada bersama dengan keluarga, tidak kiralah sudah plan ke sesuatu tempat or duduk di rumah saja.. Macam saya, sebetulnya plan akan balik kampung hujung minggu ini, tetapi tidak menjadi disebabkan hal lain.

Bercakap tentang kecantikan kulit, sangat sinonim dikaitkan dengan wanita kan..akan tetapi zaman sekarang bukan wanita sahaja yang menitik beratkan soal kecantikan kulit ini, malah lelaki juga mulai ambil tahu dan menjaga kecantikan kulit mereka.

Kulit yang bersih dan cantik boleh saja membuatkan kita lebih berkeyakinan sebaliknya kulit yang berjerawat dan berjeragat dan kusam boleh saja membuatkan kita rendah diri, kurang keyakinan apabila bersemuka dengan rakan-rakan.

Antara tips-tips yang boleh membantu,agar kulit kelihatan cantik dan dapat mengurangkan jeragat ;

  1. Amalkan pemakanan sayur dan buah-buahan – Membekalkan vitamin dan nutrisi penting dalam tubuh kita dan menguatkan sistem imunisasi badan kita. Jika kita tidak mengamalkan pemakanan sihat dengan melebihkan sayur dan buah-buahan dalam menu makanan harian kita, maka inilah yang akan menyebabkan kita mudah jatuh sakit dan paling ketara akan kelihatan adalah kulit kita.
  2. Bersenam – Bersenam boleh membuatkan kita berpeluh malah bertenaga semula dan melalui bersenam kita dapat membuang benda-benda yang tidak sepatutnya ada dalam badan kita, Contohnya lemak berlebihan.
  3. Air – Pengambilan air  sekurang-kurangkan 3 liter sehari boleh mengekalkan kelembapan kulit muka dan badan. Pengambilan air yang cukup juga boleh membantu untuk mempercepatkan proses penurunan berat badan.
  4. Senyum – Senyum seindah suria, yang membawa cahaya.. Senyumlah dari hati, duniamu berseri.. Haaa kan ada lagu untuk senyuman. Senyum-senyumlah selalu ya..pasti akan kelihatan awet muda dan jelita.
  5. Tidur – Tidur cukup iaitu 8 jam sehari.
  6. makanan ringan – katakan tidak kepada makanan ringan kerana ianya boleh merosakan kulit kita secara kita tidak sedar.
  7. Alat solek – sebelum tidur, bersihkan muka. Biarkan kulit muka berehat tanpa solekan

Untuk pengetahuan juga, dalaman dan luaran tubuh kita sangat berkait rapat dan dalaman tubuh kita memainkan peranan yang sangat penting. Sekiranya dalaman kita mempunyai masalah, maka kebiasannya kulit akan kelihatan dulu, seperti jerawat, jeragat,kulit kusam,bintik putih, bintik hitam dan sebagainya akan muncul tanpa diundang.

Vita-C Plus – Penting dalam pembentukan kolagen. Dengan hanya mengamalkan makanan yang tinggi kandungan vitamin C, ianya membantu dalam penghasilan kolagen.

Vita-E Complex – Terkenal sebagai vitamin awet muda, ia juga dikatakan melambatkan proses penuaan . Selain itu, Vitamin E dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Vitamin E juga membantu mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan beta karotene.

Esp –  Kaya dengan sumber protein, ianya membantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jeragat). Tompokan hitam pada kulit akibat jeragat sangat sukar untuk hilang jika sekiranya kurangnya protein  yang diperlukan oleh badan dalam membantu membina sel baru.

Sekarang ada jelas.. Kenapa muka asyik-asyik naik jerawat dan jeragat susah sangat hilang? Moga soalan-soalan anda terjawab melalui sedikit perkongsian saya mengenai tips kulit cantik dan kurangkan jeragat ini.Baiklah kita kan bersambung kembali di entri saya yang akan datang dan kita akan kupas lagi dengan lebih details.

Terima kasih kerana sudi melawat dan membaca entri saya. Sekiranya ada pertanyaan dan ingin berkongsi, sangat dialu-alukan. Hanya hubungi saya di talian 010-9555229. Sekian

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge