KENAPA SHAKLEE MENJADI PILIHAN SAYA

Hi semua, selamat pagi selamat bekerja kepada kita semua. Dihitung dibilang…emmm rupanya-rupanya hampir 8 bulan saya bersama dengan Shaklee dan sepanjang perjalanan saya bersama produk shaklee, walaupun boleh dikatakan agak masih baru jika dibandingkan dengan teman-teman seperjuangan yang lain.. Perubahan demi perubahan dalam keluarga itu nampak dan hasilnya tidak mengecewakan terutamanya dari segi tahap kesihatan saya bersama keluarga.

Secara jujurnya, saya mengetahui produk shaklee ni, sudah lama cuma masa itu, masih ragu-ragu dan takut untuk consume produk shaklee disebabkan terlalu banyak vitamin yang hendak ditelan. Oleh sebab itu juga saya mulakan produk shaklee dengan cleanser Nutriwhite, kerana ianya bukan untuk dimakan hanya untuk luaran, kebetulan juga muka saya masa itu bermasalah. Anda juga boleh lihat di entri terdahulu saya BAGAIMANA SAYA MENGENALI SHAKLEE DAN KENAPA SAYA MEMILIH SHAKLEE

Takut anggota tubuh rosak apabila mengambil banyak vitamin. Namun selepas menjadi ahli pada julai 2016 dan mula membaca dan mengetahui info- info tentang produk keluaran shaklee, saya temui jawapan iaitu setiap anggota tubuh kita, sebenarnya memerlukan vitamin yang berbeza. Maka dengan itulah kenapa kita perlu telan beberapa jenis vitamin untuk memenuhi keperluan tubuh.

Berbalik kepada kenapa shaklee menjadi pilihan saya? Shaklee mempunyai misi untuk memberikan kehidupan yang sihat kepada semua orang dan kehidupan yang lebih baik. Cara pembuatan  dan pemprosesan produknya adalah begitu luar biasa dan apabila kita memilih Shaklee, ada tiga perkara yang harus kita ketahui :

  1. SENTIASA SELAMAT – Shaklee sentiasa menjamin keselamatan tanpa syarat dan memulakannya dengan alam semulajadi. Para saintis shaklee mencari di seluruh dunia untuk sumber bahan-bahan semulajadi yang terbaik, kemudian menjalankan lebih 350 ujian ke atas setiap ramuan botani yang baru. Selain itu, Shaklee juga menjalankan lebih 80,000 ujian kualiti setiap tahun untuk menjamin ketulenan dan keselamatan bagi setiap produk.
  2. SENTIASA BERFUNGSI – Shaklee juga menjamin keberkesanan yang penuh dan sememangnya terbukti. Dalam 2007 kajian landmark yang dijalankan dengan kerjasama penyelidik dari sekolah kesihatan awam UC Berkeley yang menunjukkan bahawa orang-orang mengambil supplemen makanan shaklee mempunyai kesihatan yang ketara lebih baik daripada mereka yang mengambil multivitamin tunggal atau tidak mengambil supplemen langsung.
  3. SENTIASA MESRA ALAM – Memimpin gerakan alam sekitar melalui teladan. DR Forrest C. Shaklee menubuhkan syarikat ini berdasarkan pada prinsip hidup berharmoni dengan Alam semulajadi. Shaklee juga adalah syarikat pertama di dunia yang menjadi Climate Neutral yang telah disahkan untuk benar-benar mengimbangi pelepasan karbon yang menyebabkan impak sifar terhadap alam sekitar.

Inilah sebab utama dan alasan kukuh kenapa shaklee menjadi pilihan saya. Begitu semulajadi, berkesan dan berkualiti tinggi setiap produk keluarannya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge