KENAPA SAYA SUKA TULIS BLOG

KENAPA SAYA SUKA TULIS BLOG….Meh sini,saya kongsi cerita..Mulanya saya tidak kenal si blog ni. Ceritanya bermula, dimana saya juga seorang yang suka dengan google-google benda yang ingin saya cari. Setelah sekian lama menggunakan google, satu waktu terdetik di hati ini untuk mengetahui bagaimana mereka memiliki blog sendiri dan juga bagaimana caranya.

Setelah berkenalan dan mengetahui intipati si blog melalui my upline,  juga seorang yang saya cukup kagumi iaitu Aryn Fadz Lee, barulah saya  sedar yang saya memang suka tulis blog hehee…Blog ni..kita boleh buat apa sahaja yang kita mahu kerana pada dasarnya, blog adalah media publik untuk menyalurkan apapun jenis idea, pandangan,cadangan dan catatan kita.

Secara peribadi, antara sebab kenapa saya suka menulis blog adalah;

  • Saya teringin sangat berjumpa dengan kawan-kawan lama saya yang mana, masa dulu kami sangat rapat dan akrab (Rinie & Aishah). Saya berpindah ke sekolah lain menyebabkan hubungan kami putus begitu sahaja, sebab dulu belum ada alat komunikasi yang canggih seperti sekarang. Dengan harapan Rinie dan Aishah dapat membaca blog saya ni dan kami dapat menyambung kembali persahabatan kami.
  • Saya juga ingin menambah kenalan yang jauh mahupun dekat agar kita boleh berkongsi dan mempelbagaikan story masing-masing, sentiasa memberi pandangan, nasihat, idea, berkongsi ilmu,saling membangun ke arah yang lebih positif.
  • Saya juga jadikan blog ini sebagai kamus saya atau tempat untuk merujuk dan refresh kembali, setiap apa yang telah saya kongsikan bersama anda.
  •  Walaupun masih baru dalam berblogging, saya akan usahakan dan pastikan blog saya ini sentiasa up to date, dengan harapan teman-teman mendapat info yang boleh diguna pakai dan mendapat manfaat.
  • Salah satu tempat saya untuk berurusniaga.

Inilah antara sebab kenapa saya suka berblogging dan bila saya fikirkan, bila saya ada blog sendiri, secara automatik membantu diri saya untuk lebih upgrade, salah satunya daripada seorang yang tidak suka membaca kepada suka membaca, daripada tidak suka menulis kini sangat suka menulis 🙂

Ok, sampai di sini sahaja dulu perkongsian saya mengenai KENAPA SAYA SUKA TULIS BLOG. Sekian 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge