AKTIVITI ANAK-ANAK TERCINTA BERSAMA SAYA

Hi selamat berhujung minggu semua..Relaxkan diri sementara cuti-cuti ni kan.. Nikmati hari-hari yang indah bersama keluarga. Nak tanya ni..di hujung minggu, apa aktiviti yang selalu anda lakukan selain bersama keluarga..mari kita sama-sama berkongsi 🙂

Hahahaa… ni anak saya yang sulung, dia memang suka muzik. Asal ada muzik dan lagu dia akan menari dan ikut-ikut menyanyi. Agaknya pembawaan time saya mengandung dulu.

Yang ni selepas penat bersama gitar kesayangan dia, saya bawa dia bermain, dalam bermain saya juga selitkan aktiviti dalam bentuk pembelajaran agar mudah bagi dia untuk mengingati.

Haaa..yang ni, antara aktiviti luaran kami sekeluarga, membawa anak-anak ke taman permainan tetapi bukanlah selalu. Sekiranya Mr.husband cuti dan ada kesempatan masa, barulah akan ke tempat ini. Walaupun saya tidak turut serta bermain dengan anak saya, tetapi saya dapat melihat betapa happynya mereka.

                                                    wiefie bersama anak ke-2 saya 🙂 

Sekian dulu coretan kasih saya untuk kali ini. Terima kasih kerana sudi melawat dan membaca entri saya 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge