RESEPI BAYI 6 BULAN KE ATAS BERSAMA LABU KUNING

Hi selamat pagi semua,Hari ini jumaat, besok cuti..yeahhh, bestkan ayat cuti tu hehe.. 🙂 Baiklah  Hari ni,saya mahu berkongsi dengan anda semua iaitu resepi buatan sendiri untuk bayi 6 bulan ke atas bersama labu kuning.

BAHAN-BAHANNYA IALAH;

  • Labu kuning – Hiris mengikut citarasa
  • Beras – sukatan mengikut keperluan
  • Garam – Campurkan dengan sukatan yang sedikit sahaja

CARA-CARANYA TERDAPAT DUA LANGKAH IAITU;

  1. Masukkan air mengikut sukatan masing-masing, masukan beras, labu kuning dan masak. Apabila mendidih, letakkan garam sedikit.
  2. Masukkan air mengikut sukatan masing-masing bersama beras. Apabila mendidih, masukkan labu kuning dan garam sedikit.

Yum..Yum..Inilah hasilnya, sangat simplekan tetapi kandungan vitaminnya tinggi…

ANTARA KHASIAT DAN VITAMIN LABU KUNING ADALAH;

  • Vitamin A dan beta karoten – Betakaroten adalah pigment kuning yang jika dicerna didalam tubuh kita, akan berubah menjadi vitamin A. Fungsi vitamin A dan bet karoten antara lain berguna sebagai kesihatan mata, kulit dan Kekebalan tubuh. Selain itu, zat gizi ini mempunyai manfaat sebagai antioksidan sehingga dapat mengurangi risiko terjadinya kanser dan penyakit jantung.
  • Vitamin C – Salah satu jenis vitamin yang larut dalam air ini, sangat diperlukan untuk metabolisme tubuh. Vitamin C juga berperanan pada fungsi kekebalan tubuh dan juga sebagai antioksidan.
  • Zat besi – Zat besi ini diperlukan dalam pembentukan darah. Khususnya hemoglobi(HB). Makanan yang mengandungi zat besi perlu, kerana zat besi dari saat ibu bayi dilahirkan akan beransur-ansur habis.
  • Kalium – Fungsi utama kalium adalah menunjang kepada kelancaran metabolisme tubuh.  Hal ini penting dalam menjaga keseimbangan air  dan elektrolit(asam-basa) di dalam sel tubuh.
  • kelebihan lain dalam labu kuning adalah kandungan seratnya yang tinggi, bermanfaat mengurangi risiko sembelit, di samping itu, kandungan lemak labu kuning juga rendah.

Sekian dulu perkongsian resepi saya untuk kali ini.. Dan terima kasih kerana sudi melawat blog saya. selamat mencuba 🙂

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge