TIPS DAN CARA UNTUK MERIAHKAN SUSU IBU

Selamat pagi semua.. Ini adalah hari ke-3 saya untuk menyahut cabaran berblogging. Saya harap anda semua support saya ya.. πŸ™‚ Baiklah hari ini saya ingin kongsikan kepada anda mengenai tips ataupun cara untuk meriahkan susu ibu khasnya pada yang bergelar wanita. Dan kepada encik suami juga, penting untuk take info ya.

Kita sedia maklum bahawa susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi dan tidak ada tolok bandingnya. Pada awal kelahiran, supply susu adalah sangat kurang malah segelintirnya langsung tiada. Akan tetapi tahukah anda, bahawa susu permulaan yang dipanggil kolostrum itu adalah susu yang paling penting kerana, ia mempunyai antibodi yang pertama dan boleh membuat betapa kebalnya antibodi bayi itu.

ANTARA TIPS DAN CARA UNTUK MERIAHKAN SUSU IBU;

  • Offer susu ibu – Teruskan penyusuan walaupun cuma sedikit secara berterusan tanpa putus asa kerana bayi juga seperti orang dewasa, melalui proses untuk belajar sesuatu yang baru. Ini membantu ransangan agar otak dapat memberi signal kepada badan untuk penghasilan susu.
  • Jaga pemakanan – Harus menitik beratkan jadual pemakanan. Apapun keadaan jangan lengahkan waktu makan. Sekiranya lapar selepas menyusukan bayi, makanlah sesuatu bagi mengelak rasa lapar. Menyusukan bayi akan membuat anda merasa cepat lapar kerana kalori anda banyak terbakar.
  • Minum banyak air – Pastikan ada minum air yang cukup setiap hari bagi mengelak daripada dehidrasi.
  • Berfikiran positif – Penting untuk yakin bahawa susu ibu anda ada dan banyak. Jangan ragu dengan itu. Anda perlukan pemikiran yang positif untuk bantu badan anda mampu mengeluarkan susu ibu.
  • Elak stres – Memang stres apabila kita rasakan susu ibu tidak cukup untuk bayi. Tapi stres inilah salah satu penyebab utama susu ibu tidak dapat dihasilkan. Otak perlukan hormon β€˜ gembira’ daripada anda untuk meyakinkan badan anda boleh menghasilkan susu ibu.
  • Gali ilmu – Terdapat banyak ilmu penyusuan masa kini sama ada secara online atau offline. Cari ilmu berkaitan penyusuan sebelum kelahiran. Ia sangat-sangat membantu.
  • Sokongan suami – Bawa suami bersama-sama dalam menjayakan penyusuan susu ibu ini. Sokongan dan understanding suami sangat penting. Jika suami tidak faham, berikan info yang betul pada suami anda. Sokongan suami sangat-sangat membantu.
  • Talk to somebody – Jika rasa stres tidak berkurangan, talk to somebdoy yang tahu atau berpengalaman tentang susu ibu. Anda perlukan sokongan tentang hal ini. Saya pasti ramai yang boleh membantu. Anda juga boleh hubungi Kumpulan Sokongan Susu Ibu atau Unit Laktasi di hospital berdekat anda.
  • Ambil suplemen jika perlu – Suplemen yang sesuai mampu membantu anda lebih bertenaga, tidak cepat letih dan kurang stres. Ada suplemen yang boleh dijadikan sebagai Milk Booster. Apabila anda bertenaga dan happy, susu ibu pasti akan jadi lebih banyak.

Inilah antara tips dan cara untuk meriahkan susu ibu. Kepada ibu-ibu yang sedang berpantang ataupun masih menyusukan anak, selamat maju jaya dan berilah yang terbaik untuk anak anda. Sekian perkongsian saya untuk kali ini dan terima kasih kerana sudi membaca dan melawat blog saya πŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge