VITAMIN ATAU PRODUK KEGEMARAN SAYA

Selamat pagi dan selamat kembali di blog saya. Untuk info, saya sebenarnya sedang mencabar diri ini untuk mengikuti CONTEST 30 HARI BLOGGING  dan hari ini adalah hari ke-2. Dengan tajuk yang diberikan adalah vitamin atau produk kegemaran saya.

Antara produk shaklee yang telah saya amalkan, ESP (Energizing Soy Protein) adalah menjadi kegemaran saya. Ada apa dengan ESP? Haaa..mari kita sama-sama baca sampai habis 🙂

Energizing soy protein dari Shaklee merupakan satu-satunya produk didalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur dan kandungan indeks Glisemik (G.I.) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai bagi penghidap kencing manis.

Satu hidangan shaklee ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia. Dan tahukah anda, 10 juta sel kulit mati setiap hari, untuk tumbuh semula, ia perlukan protein.

MANFAAT UTAMA;

  • Awet muda – Asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.
  • Baik untuk hormon – Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
  • Baik untuk prostat – Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser.
  • kulit remaja – meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, mempercepat penyembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
  • Pembekal tenaga – Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun.
  • membaiki pigmentasi – Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki pigmentasi, kedutan dan kesan tua.
  • Membaiki memori – meningkatkan kualiti memori.

KEPENTINGAN PROTIN                                                                                      Protin adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama dalam hormon manusia. Maka setiap organ kita memerlukan protin.

Kekurangan protin menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kematian.

APA ITU ASID AMINO?                                                                                       Protin terdiri daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkanjenis protin yang berbeza mengikut kepada keperluan protin dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia.

Terdapat asid amono tertentu yang dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ini dikenali sebagai asid-amino tak perlu. Manakala asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh manusia dan harus diperolehi dari sumber pemakanan dikenali sebagai asid-amino perlu.

Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali sebagai identity preserved program(IPP). Ia memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik daripada benih sehingga kepada pengeluarannya.

Sangat jelaskan, betapa kita sangat perlukan protin. Kerna itu ESP adalah salah satu produk Shaklee kegemaran saya, terlalu banyak fungsi dan kebaikkannya pada tubuh badan kita.

Untuk lebih lanjut lagi mengenai ESP atau produk Shaklee yang lain, sangat mudah just hubungi saya di talian 010-9555229 ya..terima kasih kerana sudi membaca dan melawat blog saya. sehingga kita bertemu lagi, di entry yang akan datang. Sekian 🙂

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge