BAGAIMANA SAYA MENGENALI SHAKLEE DAN KENAPA SAYA MEMILIH SHAKLEE

Selamat pagi semua dan selamat menjalankan aktiviti harian, tidak kiralah yang bekerja disektor awam, swasta atau yang bekerja sendiri. Cuaca sekarang sangatlah tidak menentu kan..syukur pagi ini keadaan cuaca tidak hujan.

Baiklah pagi ini saya ingin berkongsi dengan anda semua iaitu, bagaimana saya mengenali Shaklee. Ceritanya bermula bilamana kulit muka saya mengalami masalah whiteheads, bintik hitam dan jeragat yang boleh dikatakan agak degil juga dan saya akui puncanya iaitu, saya suka bertukar produk dan yang lagi dahsyat produk2 yang saya gunakan mempunyai kandungan bahan kimia yang tinggi.

Melihat akan kulit muka yang semakin hari semakin merunsingkan, lalu terdetik di hati saya untuk mencari skincare yang benar-benar  selamat, berkesan tetapi dalam masa yang sama ianya semulajadi. Dengan adanya google, memudahkan saya untuk mencari skincare yang terbaik untuk kulit muka saya.

Akhirnya ranking produk yang menambat dan menarik perhatian saya ialah Nutriwhite skincare Shaklee. Saya terus hubungi Aryan Fadz lee (ejen shaklee) dan saya mulakan dengan gentle deep foaming cleanser. Ternyata cleanser nutriwhite sangat-sangat memuaskan hati saya. Masalah kulit muka saya kini beransur pulih.

KENAPA SAYA MEMILIH SHAKLEE                                                                 Inilah sebab kenapa saya memlilih Shaklee kerana kehebatan produknya, yang mana shaklee satu-satunya produk yang menjalankan kajian landmark iaitu kajian pertama yang direka untuk menilai kebaikan dan risiko pengambilan pelbagai jenis supplemen dalam jangka masa yang panjang.

Bermula dengan nutriwhite skincare iaitu cleanser, maka dengan itu saya sign up menjadi salah satu daripada ahli shaklee dan menjadi downline kepada Aryn Fadz Lee. Secara peribadi, saya sangat bersyukur bertemu dengan Aryn Fadz Lee kerana banyak membantu saya untuk lebih terbuka dan berkongsi dalam hal keluarga dan pandangan orang di luar sana terhadap kita dan juga sentiasa harus berfikiran positif.

Setakat ini perkongsian saya mengenai pengenalan saya bersama shaklee dan kenapa saya memilih shaklee 🙂 Sekiranya ada di antara anda yang mempunyai pengalaman sama seperti saya, dialu-alukan untuk berkongsi di sini dan tidak lupa juga, terima kasih kepada anda semua kerana sudi melawat dan membaca blog saya. Sehingga kita berjumpa lagi di enty yang lebih menarik. Sekian 🙂

HP : 010-9555229

 

 

 

2 thoughts on “BAGAIMANA SAYA MENGENALI SHAKLEE DAN KENAPA SAYA MEMILIH SHAKLEE”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge