PENGENALAN DIRI

Hi semua selamat berhari minggu.. Sudah semestinya hujung minggu ni adalah masa untuk  bersantai dan beristrirehat bersama keluarga tercintakan.. Dan di sini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk memperkenalkan diri saya dan ingin berkenalan dengan anda juga.

Nama sebenar saya ialah marlina saidi tapi boleh panggil saya nyna. Anak ketiga daripada 7 orang adik beradik. Saya berasal dari ranau dan kini menetap di penampang kota kinabalu bersama suami dan anak-anak tercinta. Kini saya sebagai suri rumah tangga sepenuh masa kepada dua orang anak saya.

Saya akui bukan senang untuk full time babysitter ni..hehee, banyak cabaran sepanjang proses pembesaran mereka, terutamanya apabila mereka sakit, keadaan menjadi tidak tentu arah termasuklah tidak ada selera makan. Namun inilah lumrah apabila sudah berumah tangga dan berkeluarga. Yang pasti proses pembesaran anak-anak tidak akan berulang dan menjadikan ini pengalaman yang terindah buat saya.

Dalam kesibukan menguruskan anak-anak, saya juga membuat bisnes online dari rumah untuk mengisi masa-masa terluang saya bersama anak. Blog inilah tempat saya berbisnes dan jana income. Selain itu juga blog adalah tempat saya untuk menambah kenalan yang dekat mahupun jauh. Dengan harapan kita dapat saling berkongsi pendapat juga adanya persahabatan yang baik.

setakat ini coretan ikhlas saya. Untuk info, blog terdahulu saya adalah http://nyna83.blogspot.my dan ini  adalah blog terbaru saya www.nyna83.com  Sudi-sudilah melawat blog saya ya hehee… dan terima kasih kerana sudi membaca pengenalan diri saya.

HP : 010-9555229

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge